Saturday, November 16, 2013

Daripada handbags ke badminton pula..

Assalamualaikum..salam hari Sabtu..
 

Cuti sekolah dah bermula. Hari ni nak pergi mana ya? Shopping? Beli handbags? Handbags kalau dah banyak, boleh buat muzium..haha..Wanita dan handbags berpisah tiada. 
 
Hari ni nak bercerita tentang Muzium Beg Tangan. Baru dapat tahu kewujudan muzium ni..baru dibuka pada 2012 oleh pengedar beg tangan Korea, Kenny Park. Siapa dia, entahlah tak kenal, cuma kenal Kenny Rogers je..
 
Bila on computer, tengok dalam yahoo ada artikel di Wall Street Journal bertajuk 'unique activities in Seoul, South Korea'. Macam menarik je, anything about aktiviti di South Korea, kena baca ni..penangan trip ke SoKo, macam nak repeat je..hehe..oh noo..
 
Simone Handbag Museum ni terletak di kawasan garosu-gil (tree-lined streets) di Sinsa-dong, Gangnam..kawasan garosu-gil ni memang cantik terutama pada musim luruh...
 
Yang menariknya, bentuk bangunannya pun design macam handbag, siap ada pemegang kat rooftop..cute je..

Simone Handbag Museum 

Menurut artikel tu, muzium ni mempamerkan lebihkurang 300 koleksi handbags dari kurun ke16 hinggalah sekarang.  Koleksi beg tangan yang ada kebanyakan dari Eropah dan US. Muzium ni diantara yang terbaik di dunia untuk koleksi beg tangannya.

macam-macam bentuk dan design


Yang menarik ialah beg tangan ni..


.
Sweetmeat purse, French - circa 1680-90


Apa yang uolls nampak? Hmm..dua orang lelaki sedang bermain badminton. Betul tu...adakah badminton berasal dari Perancis dan dah dimainkan di kurun ke-16? Atau ada nama lain untuk permainan dua lelaki tersebut? 
 
Ya, benar. Dua orang lelaki tu bermain permainan yang dipanggil 'jeu de volant' atau in English, 'battledore and shuttlecock'. 
 
"Battledore and shuttlecock or jeu de volant is an early game similar to that of modern badminton. This game is played by two people, with small rackets, called battledores, made of parchment or rows of gut stretched across wooden frames, and shuttlecocks, made of a base of some light material, like cork, with trimmed feathers fixed round the top.The object of the players is to bat the shuttlecock from one to the other as many times as possible without allowing it to fall to the ground."
 
Mengikut wikipedia, badminton mula diperkenalkan di India oleh tentera British pada pertengahan tahun 1800.  Kemudian, tentera British ni perkenalkan di Malaya...begitulah sejarahnya.
 
Daripada satu handbag, dah masuk ke sejarah badminton pula...hehe..for general knowledge..OK, sesiapa yang nak gi Seoul tu, bolehlah melawat muzium ni..bagi yang berminatlah, kalau-kalau dah kehabisan itinerary..

Muzium ni dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, Isnin tutup. Bayaran masuk ialah KRW5,000 (lebih kurang RM15). Bagi yang tak dapat pergi, tengok dalam websitenya pun OK juga, www.simonehandbagmuseum.co.krCheck it out..

21 comments:

  1. Menarik2 ... kebetulan plak nak terjah korea lagik nanti... bleh consider pegi sini jugak

    ReplyDelete
  2. Kreatif juga idea org Korea buat muzeum handbag macam ini kan. Kalau kakak dapat handbag yg unik sangat pun malu nak pakai. Bimbang org asyik tengok beg kita aje nak jalan pun tak selesa:)

    Oh itulah sebabnya timbu perkataan shuttlecock. Sebenarnya dah berkurun lamanya.. thanks for the info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama jg, handbag yg design lain mcm dan yg colour terang benderang, memang segan nak bawa...selalunya pilih colour yg selamat..

      badminton evolusi drpd 'jeu de volant', dah berkurun lama permainan ni..

      Delete
  3. kalah dh masuk muzium ciri2 sejarahnya kena ambil tahu....tq nohas rajin berkongsi info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak baca2 tang sejarah tu, yg menyebabkan kurang minat gi muzium..hehe...

      Delete
  4. wahh.. handbag pun ada muzium. patut la dok tengok drama korea yg pompuan tu dok usung handbag saja, ke hulu ke hilir..kak sarah bru dok sembang en suami pasai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu..pelakon perempuan dlm drama Korea..handbagnya silih berganti...memang mereka ni gemar berfesyen..

      Delete
  5. muzium handbag.... menarik tapi saya bukan peminat handbag, saya gilakan kasut... kalau ada muzium kasut mesti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di Toronto, Canada..the Bata Shoe Museum..

      Delete
  6. Sapa yg suka handbag tu mesti xsbar2 nk g sini nie..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat muzium ni ada jg artis yg design personal handbag, tapi harganya tentulah mahal..
      kita tengok dlm website pun jadilah..

      Delete
  7. cantik bangunan muzium tu. beg2 zaman dulu sume unik.

    kalau zaman sekarang buat beg ada gambar orang tengah main batu seremban ke ada orang beli tak? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bangunan tu menarik, mnggambarkan isi dalamnya..

      hehe..itu kena test market dulu, kalau saya rasanya tak kot...

      Delete
  8. wah macam best je macam comel je... emm kena tanya geng juga lah kalau minat nak ke muzium handbang... kita rasa pun macam nak kena repeat pi seoul lagi le tapi pi musim bunga and terjah jeju island pulak, mesti cantik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cute je bangunan tu..musim bunga memang cantik..time cherry blossom.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Menariknya & unik senibina muzeum tu...
    Seoul dengarnya makanan halal payah yer.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunannya unik, sesuai dengan fungsinya...

      Kebykan pilih seafood atau vegetarian food saja, ada juga kebab..kedai makanan halal Muslim banyak di kwsn Itaewon saja,.

      Delete
  11. wow muzium hangbeg..
    walaupun x mengemari benda ni..
    tapi itu satu info yg baik..
    kalau dpat p best gak leh baca sjarah dan jenis2 beg yg ada kat dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, muzium dan sejarah sangat sinonim..barang2 antik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...