Sunday, November 10, 2013

Mari buat Kimbap

Orang Korea panggil kimbap. Orang Jepun panggil ni sushi. Kalau di Sogo, dilabel sebagai Californian roll. Apa-apa pun, kita panggil sushi jelah, yang ni lagi famous,kan..

Hari Sabtu semalam, sesi menghabiskan boreh sushi yang ada separuh peket lagi. Sebenarnya, ni kali kedua buat, first time dulu, masa sesi makan-makan sempena Aidil Fitri. Masa first time buat, rupanya tak semenggah sikit, berserabut.. 

Resepi ambil kat blog model 80an, disini.

bahan-bahannya - beras sushi, seaweed, jejari ketam & cuka epal
beras calrose

Untuk buat sushi, guna beras calrose. Beras biasa pun boleh kot (tak pernah try). Beras calrose ni dibeli di Sogo. Beras ni cuma basuh sekali saja, sukatannya 1 cawan beras, dua cawan air. Masak seperti nasi biasa, bila dah kering sikit airnya, campur cuka epal dan sedikit gula.  Kacau supaya dua-dua bahan ini sama rata. Tutup dan biarkan kering.  

Rebus jejari ketam. Kalau ada timun jepun, zuccini, lagi best, sebab dia rangup.  Cuma ini saja yang ada dalam peti sejuk, belasah sajalah.

Siap untuk dikerjakan
ni untuk buat sushi saiz besar
 
siap digulung, tunggu utk dipotong

sushi saiz kecik dan besar
Dah habis jejari ketam, selongkar peti sejuk, ada sosej dan daun bawang. Rebus sosej pula.

Inti sosej dan daun bawang

inti dah lari ke tepi

sepinggan sushi
Sepuluh helai seaweed dapatlah sepinggan besar sushi ni..puas makan. Untuk makan tengahari..sepatutnya makan dengan kicap wasabi, tapi saya makan begitu saja...

32 comments:

  1. Assalam, selamat hari isnin dan selamat menjalanai tugas harian...sushi satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, selamat hari isnin, Bunda..dah habis, tahan dua hari..

      Delete
  2. Salam Nohas....... nak sushi satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..berjaya dihabiskan dlm dua hari..

      Delete
  3. Oh banyaknya!!... gigih betul buat sendiri puas makan. Kakak tak pernah lagi buat sendiri. Berasnya pun tempat kakak ni tak tahu nak cari kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak habiskan semua bahan, dua hari baru habis mkn sushi ni..memang puaslah mkn...beras calrose ada di jual di Aeon Jusco, Tesco..

      Delete
  4. whoahhh,byk nye buat.. :D
    nk 1 roll..ahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepuluh keping seaweed, dapatlah sepinggan..

      Delete
  5. Wasabi tak sanggu makan... pedasnya menyengat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kicap wasabi mcm cuka, menyengat..tapi sushi ni makan mcm tu saja pun dh OK..

      Delete
  6. PANDAI BUAT SUSHI YER...ELOK BUAT SENDIRI PUASHATI MAKAN DGN YAKIN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ikut resepi org lain, try n error..OKlah, utk makan sendiri saja..

      Delete
  7. Woohoo.. banyaknyee.. makan sorang je ke tue? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan berdua dan bagi kat adik satu bekas..tahanlah dua hari sushi ni..

      Delete
  8. Sya suka mkn sushi..buat pakai beras biasa x bleh ke ya?knyang mkn byk ni..hehe

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi guna beras biasa...beras sushi ni melekit sikit..

    ReplyDelete
  10. anak akak suka sgt sushi...rajinnya dok gulung..sempoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepuluh keping seaweed...buat secara santai..sambil gulung, sambil ngap masuk mulut..hehe..

      Delete
  11. Macam sedap je macam sedap je... sebenornya den tak minat tapi masa makan kat seoul garden ada member yang suka makan sushi , sepiring dia ambik dengan pelbagai rasa, jadi testing lah rasa wah enak banget dong.... hehehehe tekak org kampung kalau pelek sikit dah jakun makan.... walhal dah merata gie obersea hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu saya pun tak minat sushi ni..tapi bila dh makan sekali, rasa nak lagi...kena adventurous sikit dlm hal makan2 ni..

      Delete
  12. lady pernah mkn shushi.. tp xleh nak telan.. xthla kalu buat sdri leh telan ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akak mula2 mkn sushi ni, dlm minda dok fikir ni nasi..hehe baru boleh telan..

      Delete
  13. Oh.. kakak nak carilah beras tu kalau dapat nak cuba juga. Seaweed banyak tempat boleh cari.
    Tunggulah tapi entah bila hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, boleh jumpa beras ni...selamat mencuba..sonang bonar buatnya..

      Delete
  14. Waaa.. pandai nyer buat sushi.. by the way panggil je la sushi pening nak fikir yang lain.. :P
    tak kisah la saiz berbeza.. janji bila makan sedap yer... boleh try resipi ni huhuhuu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks..try and error..utk makan sendiri..nak beli mahal bebenor..

      Delete
    2. alaa.. makan sendiri.. ape kisah... bukan nak kene letak atas talam kat function pun :P

      Delete
    3. ya, betul tu, belasah je..asal nampak dan rasa mcm sushi jadilah..

      Delete
  15. Replies
    1. InsyaAllah, jadi sbb senang nak buat...tq for visiting here..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...