Monday 23 December 2013

Dilepas Tanpa Dibebaskan

Assalamualaikum.. 

Stress!!! dekat ofis lagi ni..jom layan puisi..puisi professional dari seorang lawyer..sourced dari www.muqreez.blogspot.com, tapi blog ni dah jadi private blog, cannot open maa..for invited readers only..to muqreez, minta halal ya, jangan saman saya....your poem is too irresistible..one in a million..

Dalam puisi ni banyak istilah undang-undang dalam bahasa Latin..tapi menarik sebab ia sebenarnya menceritakan proses undang-undang untuk membawa pesalah untuk dibicarakan didalam 'court'..dan juga suasana di dalam court..in fact, tajuk puisi ni pun sebenarnya satu bentuk hukuman yg selalu diputuskan oleh hakim...diaplikasikan dalam bentuk percintaan..untuk melepaskan si dia yang dicintai secara fizikal agak mudah tetapi mentally, untuk membebaskan sepenuhnya, agak payah juga..hmm..talking from experience?? not really..just imagination je..hehe..

Dilepas Tanpa Dibebaskan...
(Dedikasi khas untuk dia yang terlepas)

Berdiri aku di tengah ruang lakuna
Tiada locus standi untuk bicara
Bisa hanya berdiam suara
Untuk terus membela diri
Biar tak terbukti prima facie

Tiada waran yang disempurna
Sepina jua tak berpenerima
Sunyi riuh amicus curiae
Bagai di terra nullius ,aku sang persona nan grata

Bersandar hanya pada mens rea semata,
Dengan kejam telahku dihukum in absentia
Sedang cinta juga wajib dilaksana dan dilihat terlaksana..

Ku kini dimengertikan hakikat res judicata
Cinta agung tak bersatu lazimnya
Milikan eksklusif nan kekal itu, igauan cuma

Telah ku dilepaskan tanpa dibebaskan
Biar di penghujung hujahan pembelaan.....
 



tak faham?? sila google istilah undang-undang ni dan anda akan berkata ..wow..bestnya puisi ni...sangat kreatif penulisnya...percayalahh...sebab tu saya simpan puisi ni lamalah juga..bertahun-tahun..enjoy..

16 comments:

  1. puisi sang peguam maksudnya nyata tp susah juga nk faham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak faham sebab banyak guna istilah undang-undang..semuanya dalam bahasa latin..

      Delete
  2. Best puisinya...... Are u okay??? biasalah hujung tahun mesti kerja banyakkan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm OK, still under control..semuanya mengejar dateline hujung tahun ni..

      Delete
  3. Kalau saya yang baca ia membawa maksud yang lain... "ya, dilepas tanpa di bebaskan" dalam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know what you mean..memang mendalam maksudnya...

      Delete
  4. oh tidak.. stress nyer yang teramat dapat ku rasa kan hahahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang stress..otak rasa mcm nak 'jam' je...bekerja swasta mcm nilah, no job, no money..

      Delete
  5. Errkkk... pasal apakah aku menjadi semakin blurr...
    ohh.. aku sememangnya buta sastera...
    wakakakakaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sastera bahasa latin..saya pun mula2 blurr.habiss..kena guna pakcik google..hehe..

      Delete
  6. woow tinnginya bahasa.. memng sastera habis
    jenuh jugak la nak paham.. tapi memng menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sastera..cuma istilah undang-undang dlm bahasa latin..kena google, barulah boleh faham..memang menarik sbb menggambarkan suasana dlm 'court' dan kehakiman..lawyer lah katakan..

      Delete
    2. owh bahasa latin..
      ingatkan bahasa sastera..
      nampak sagat buta sastera,,
      nanti saya akan google..
      tq 4 info :)

      Delete
    3. welcome..for our general knowledge. proses undang2 kt Malaysia....

      Delete
  7. Replies
    1. lawyer saja yg faham..byk istilah undang2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!