Thursday, December 26, 2013

The Postcode: 55100 Kuala Lumpur

Jom jalan-jalan ke kawasan berposkod 55100 Kuala Lumpur..dimana??..the Golden Triangle..Bukit Bintang..tempat shopping paling glamer kat KL..


Kawasan Bukit Bintang ni is not my playground..dulu pada January 2011, dalam entry Hmm..Bukit Bintang datang sini atas urusan kerja..sekarang pun sama, urusan kerja juga..revisit, resurvey, revalue..

naik monorail lagi mudah
Jika nak ke kawasan ni adalah lebih mudah dengan KL monorail, lagipun sekarang tengah sesak dan berserabut dengan pembinaan MRT. Turun di stesen yang paling hangat iaitu Bukit Bintang station. Kenapa paling hangat? Sebab stesen nilah yang paling ramai penumpang, bersesak-sesak..local and tourists..Tambahan pula, stesen ni bersambung terus dengan Lot 10 Shopping Centre dan Sungai Wang Plaza dan within walking distance dengan lain-lain attractions di Bukit Bintang..Pavillion Mall, Starhill, Low Yat Plaza..

Destinasi utama saya ialah Lot 10 Shopping Centre. Ada apa dengan Lot 10? Lot 10 dan Starhill Gallery..dua-dua shopping centre dibawah YTL Group ni dah disenaraikan di Singapore Stock Exchange (SGX) under company Starhill Global REIT. REIT maksudnya Real Estate Investment Trust..atau dalam Bahasa Malaysianya..Unit Amanah Hartanah..nanti kita cerita mengenai REIT pula..

Selain Lot 10 dan Starhill, Pavillion Kuala Lumpur dan sebahagian Sungai Wang Plaza juga telah disenaraikan di Bursa Malaysia dibawah Pavillion REIT dan Capitamalls REIT...head to head competition..

Lot 10 Shopping Centre ni biasa je..ada Isetan, Zang Toi boutique, National Geographic dan yang terbaru - H & M outlet..dan specialty stores yang lain..nak cerita cuma yang di atas sekali dan yang di bawah sekali..kat rooftop, dah renovate dan dijadikan hutan..haha..'Forest in the City' begitulah taglinenya..jom tengok cammana hutannya..

deko lift lobby kat rooftop
suasana hijau

adalah suasana hutan sikit-sikit
Di rooftop, ada Celebrity Fitness gymnasium, Actor's Studio dan dua lagi outlets lain...OK, jom turun ke bawah sekali pula..ke Lower Ground..ada Hutong Lot 10..a foodcourt dan Isetan supermarket..

entrance ke Hutong dari Jalan Bukit Bintang
entrance dari Jalan Sultan Ismail
Hutong Lot 10
Ada satu je gerai yang menjual halal food iaitu di Sharifah Cafe..cafe ni letaknya di entrance dari Jalan Sultan Ismail. Boleh nampak masa turun tangga..
 


Nak try makan di sini, order rojak mamak dan teh panas..ada juga cendol pelbagai perisa..cendol nangka, cendol pisang..

macam sedap je
Rojak + teh panas = RM13.80..huhu..
Rojak mamak yang paling mahal pernah dimakan..RM10.30 sepinggan..Alhamdulillah, nasib baik sedap..kuah yg just nice, ada keropok kruk, kruk..cukuplah sekali..makan kat sini..

definitely..
Dah makan, jom ronda-ronda kat luar pula.  Keadaan memang sesak sebab tengah bina MRT..lupakan yang tu, let's survey..ukur jalan..

 

Tous les Jours cafe in the making
will be opened next year
Cafe Tous les Jours ni memang famous di Korea..menurut anak saudara saya..cafe ni kepunyaan ahli kumpulan SuJu..betul le kot..

Jalan lagi menyusuri Jalan Sultan Ismail, akan ternampak kedai-kedai arab macam ni..ada Nasi Hadramot, Sahara Tent, kedai runcit arab..


Ikut lorong tu, akan nampak pintu gerbang 'Ain Arabia'...mata arab? betul ke translation ni, atau tempat/benda arab..tapi tempat ni memang untuk tourists dari Middle Eastern yang ramai di kawasan Bukit Bintang ni..


Tapi macam 'hidup segan, mati tak mahu' je tempat ni, yang ada cuma taman kecik ni, arca-arca dan replika teko arab..haha..

replika teko arab
batu bersurat??
 Lokasi: Jalan Berangan, Bukit Bintang, KL


Hmm..Bukit Bintang..revisited.

46 comments:

  1. Walaupun dok KL, sampai sekarang tak tahu jalan dalam K>L. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni dah mudah, boleh guna GPS...

      Tq for visiting here..

      Delete
  2. Kakak memanglah tak pernah sampai pun situ. Tapi itulah yg terkilan kalau kepunyaan bukan Melayu langsung mereka abaikan bahasa Melayu ye. Dah macam bukan di M'sia kakak tengok bila signboard utk kedainya guna bahasa mereka. Sedih jugalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka guna tulisan Cina dan English sbb foodcourt ni non-halal, cuma Sharifah Cafe saja jual halal food..personally, OK jg guna bahasa mereka sbb kalau guna BM rasa tak sesuai gitu..sup b*b*, b*b* panggang..mcm tak best pulak nengoknya..

      Delete
  3. Nampak Cafe Tous les Jours terus rase mcm kat korea ... sebenarnye dah lameeee sangat2 tak masuk KL jalan2 kat bukit bintang nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar, rasa mcm kat Korea...kwsn Bukit Bintang ni lain sikit environment nya..

      Delete
  4. Bila ingat Bkt Bintang teringat masa pi conference casemix kat Hotel Parkroyal tahun 2010. 2 hari conference 2 hari salah train. Hari 1 salah naik monorail. Sepatutnya ke stesyen Hang Tuah tapi ke stesyen Raja Chulan la pulak. Lepas tu naik LRT kat stesyen Hang Tuah sepatutnya ke Sri Petaling ternaik train ke Ampang. 2 hari asyik tersilap jo. huhuhu Itulah memori yg timbul bila kata pasal Bkt Bintang. Ni bukan tempat permainan saya jadi memang tak tahu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parkroyal ni sebelah Lot 10 saja..ye lah, kalau kita tak familiar, kebarangkalian utk sesat tu memang tinggi..ni mesti kes jarang naik public transport..hehe...apa2 pun, sesat tu satu pengalaman baru...

      Delete
  5. bukit bintang ni macam kat hong kong ya...tapi bagaimana nk menghutankan bandar ya jikalau akar pokok2 besar yg ditanam akan menjalar n menjejaskan keutuhan binaan...org kampung aunt kalau bina rumah batu pokok2 besar sekeliling rumah habis ditebang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih relax dr Hong Kong kot..tak sesak sangat...pokok2 yg ditanam diatas bumbung Lot 10 ni, jenis segera, pokok hiasan...ya, betul tu, akar pokok2 besar ni merbahaya, boleh rosak bangunan kan..

      Delete
    2. singgah lagi isi tabung lagi...

      Delete
    3. Alhamdulillah, syukran..tak lupa pd kawan2..

      Delete
  6. Replies
    1. best gak kwsn ni, cuma sekrg ni berserabut sbb ada construction MRT...

      Delete
  7. Lama dah x sampai KL ni...kalau p sna mesti dok heran2..dulu masa belajr dkt ikm pj pernah smpai juga dkt bkt bintang ni..mahai pasembur dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL yg dulu dah tak sama dgn yg sekrg...byk perubahan...memang mahal pasembur tu, nak kata Hutong tu high-class, takde lah sangat tapi harga mcm apa je...dah order, baru tgk harga..ingatkan dah simple habiss makanannya...

      Delete
    2. Nohas..nak tau tahun bila kak sarah dok sna..1988-89..lama tu..last p kl 2002 kot..tu pun punya lah jakun..klau la ni tak tau la..msa tu naik bas mini 50sen tmbg.

      Delete
    3. lamanya..dah lebih seploh tahun..saya pun dulu naik bas mini juga kt KL...kenangan lama..hihi..

      Delete
  8. Setahun tak sekali pun jalan2 kat sini... tak ada keperluan... kalau ada pun mungkin sebab pegi low yat kot.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul tu..kalau takde keperluan, memang tak gi kawasan ni...ramai org, mahal lak harga brg2 kat sini..

      Delete
    2. Singgah lagi.. isi tabung nohas.. :D

      Delete
    3. Alhamdulillah..syukran..InsyaAllah, tak lupa kawan2, sama2lah kita bersedekah..

      Delete
  9. saya nama je anak jati KL..tp kalo bab jenjalan kat BB, KLCC ke.. Times Square ke... memang tak tau sgt... nak naik train pon kena tgk map dulu..kang tersesat... keh keh.... masa ada urusan kerja kat area BB pon..sanggup naik teksi... xmoh drive, xmoh naik lrt... pening kepala nak pusing2 kat situ.. ngeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. public transport ni mudah, tak jem...tapi.akak pun naik teksi jg..hehe..malas nak jln, panjat tangga...

      Delete
  10. Nampak nyer rumah saya ni pun menggunakan poskod 55100.. tapi pernah pulak ke kawasan bukit bikntang nie.. menarik mcm bukan di KL hahahaa.. ke sebab sy jer yang yarang jalan KL .. hurmmm renung2 lah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn2 sekitar guna poskod yg sama...Bukit Bintang ni lain sikit suasananya..byk tourists, alfresco cafe, restoran arab..ala-ala overseas jugaklah..hehe..

      Delete
    2. Boleh la nak tiru gaya Tuan Nohas.. shoot gambar sekitar 55100 ni.. boleh feel macam tourist sket hahaha... :D

      Delete
    3. boleh aja...photo shoot di sini menarik jg..

      Delete
  11. alamak baca entry ni..mengimbas masa practicle kat kl..
    dgn tau x jalan..jalan jem.. memng culture shock sat..
    area bukit bintang memng best..tambah waktu mlm..
    ada live band... memng best la... puji kawasan tu memng bersih..
    tapi kat area port arab dah kurang bersih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. praktikal kt KL...pengalaman tu..tak pernah gi area ni waktu mlm...tapi kwsan ni bersih sbb tourist area, kt depan je, bhg belakang tak tau mcmana...hehe..

      Delete
  12. pening kalau jalan2 ke kl.. asyik kene pusing2 jer.. minyak hbs sebab pusing2 jerk.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 memang tak familiar..tapi kalau dah byk kali, mudah saja..tapi lg mudah kalau guna GPS..hehe..

      Delete
  13. poskod opis saya pun 55100..... tapi dah bertahun tak ke Bukit Bintang ni. Dulu2 masa baru2 jadi warga kota rajin terjah ke Sungei Wang ngan Lot 10 ni... Lama sungguh dah tak gi area sini sebabnya sesak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. area dkt BB ni share poskod yg sama...kwsn ni memang sesak, sentiasa je ramai orang...kalau takde urusan, memang malas nk ke sini..

      Delete
  14. miss my previous house using postcode 55100 , saya sampai selalu tersalah tulis postcode untuk rumah baru . 55100 tu mcm tinggi nilai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. postcode 55100..meaning that your house is near BB area..memang tinggi nilai rumah2 di KL..

      Delete
  15. waa bestnyer gi saner...dekat jugak ngan opis saya tuh...kalo hari jemaat kekadang pergi jugak kesana shoping moping hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg area ni...tapi time kerja pun ramai org..

      Delete
  16. Sya pg aritu kak..pnyala sesak..huhu..rasa mcm nk ddk dlm bilik htel je..dgn parking sshnya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni memang sesak kwsn ni sbb ada construction MRT...selalunya parking di Pavillion saja sbb byk parking..or better naik monorail saja..

      Delete
  17. saya tak pernah lagi sampai pavillion. bangunan yang mana satu pun tak tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sampai disini, boleh nampak sbb dekat2 je bangunannya..

      Delete
  18. Allah! tak tersedak ke makan rojak mahal tu...??heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak makan dgn pinggan2 sekali..hehe..sewa mahal kot, tempat mcm biasa je..

      Delete
  19. tu rooftop lot te ke nohas? la tak tau pun, adik duk bagitau jugak bintang walk ada "dinner in the dark", tak nampak makananan lebih terasa sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, rooftop Lot 10..'forest in the city'..yg 'dinner in the dark' tu tak tahu pulak...bahaya jg, tk nmpk mkn..takut trcekik..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...