Thursday, March 28, 2013

Anak Muda Malaysia: Mengembaralah!



2013/03/07 - 08:25:20 am oleh Johan Jaafar (sumber: bhonline)

Amat kurang anak muda kita yang mengembara. Saya tidak bermaksud mengembara ke luar negara sahaja tetapi juga di dalam negara sendiri. Satu tinjauan yang dibuat oleh sebuah syarikat pembekal peralatan pengembaraan mendapati kurang daripada lima peratus anak-anak muda Malaysia yang ‘berhasrat untuk mengembara’. Lebih malang lagi hanya satu pertiga daripada jumlah itu yang benar-benar keluar dari rumah dan mengembara.

Tidak banyak anak-anak muda kita yang mengetahui negara sendiri melainkan hanya daripada apa yang dipelajari dalam mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Mungkin hal ini ada kaitannya dengan persaingan hidup. Anak-anak muda mengejar kerjaya dan dengan terbabit dalam adventure atau pengembaraan akan menjejaskan haluan kerjaya mereka.

Ambil cuti panjang


Di Barat, anak-anak muda mengambil cuti panjang selalunya pada musim panas untuk mengembara ke negara lain. Mereka tidak bergerak dalam kumpulan pelancong yang dipimpin oleh pemandu pelancong dan tinggal di hotel-hotel pelancong. Anak-anak muda ini berada di pantai-pantai terkenal di Thailand, sebahagiannya berada di Pulau Pinang atau di Bali. Ada yang mengejar ombak untuk tujuan surfing, ada yang mencari pengalaman merantau ke negara orang bagi menambah ilmu.

Sebahagian daripada mereka menaiki motosikal atau basikal atau bergerak menggunakan kemudahan awam seperti bas dan tinggal di hotel murah atau homestay. 


Catatan perjalanan anak-anak muda ini ada yang dirakamkan di dalam blog atau media sosial seperti Facebook dan kemudian dibukukan. Buku-buku ini banyak yang laris di pasaran. Sayang sekali anak-anak muda Malaysia tidak tertarik dengan adventure dan pengembaraan. Banyak yang tidak pernah keluar daripada tempat tinggal mereka. Kalau adapun hanya pulang ke kampung ke rumah nenek atau menghadiri majlis-majlis perkahwinan di tempat-tempat tertentu. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dari perjalanan dalam negara sendiri. Bayangkan pergi ke pekan-pekan yang pelik namanya, atau tempat yang kedudukan geografinya unik seperi Tajung Piai di Johor atau Simpang Mengayau di Sabah.

Rakyat Malaysia sendiri tidak banyak yang tahu wujudnya Kampung Tanduo di Lahad Datu atau Kampung Seri Jaya, Simunul di Semporna atau bandar Kunak sehingga peristiwa berdarah membabitkan pencerobohan di Sabah. Tidak banyak rakyat kita yang tahu nama tempat Bunohan sehingga Dain Iskandar Sid mengarahkan filem bernama sama dan menggondol hadiah utama Festival Filem Malaysia baru-baru ini.


Banyak di antara anak-anak muda kita yang mengambil mudah keistimewaan negara sendiri. Apa yang tidak ada di Phuket atau Koh Samui yang tidak ada di Malaysia? Apakah pantai Bali lebih istimewa daripada Pantai Timur Semenanjung atau Langkawi. Berapa ramaikah di antara anak-anak muda kita yang telah bergerak ke semua bandar dan kampung seluruh Malaysia?

Saya percaya semangat adventurisme ini perlu digalakkan sejak di bangku sekolah lagi. Memang mengembara tidak selesa dan menyulitkan malah ada bahayanya sendiri. Tetapi pengalaman dan pengajaran daripada perjalanan itu amat istimewa sekali.

Saya pernah menulis tentang seorang pengembara muda wanita dari Indonesia yang menamakan dirinya Trinity. Beliau telah menghasilkan tiga siri buku Naked Traveler. Beliau kini berada di negara Amerika Latin sejak beberapa bulan yang lalu. Kita memerlukan Trinity dalam kalangan kita yang dapat memacakkan bendera Malaysia di mana-mana di dunia.

Kita sepatutnya berbangga dengan dua pendaki Malaysia yang menjejakkan kaki di puncak Everest pada tahun 1997 – M. Naggapan dan M Munisamy. Muhammad Muqharabbin Mokhtharuddin (Qobin) pula bukan sahaja telah mendaki Everest tetapi kesemua puncak tertinggi di semua benua di dunia. Beliau sedang menghabiskan pendakian semua gunung dan bukit yang disebutkan dalam al-Quran.

Kita juga berbangga dengan Mohd Noor Mat Amin, jurufoto Utusan Melayu yang sehingga kini telah mendaki Gunung Kinabalu 200 kali. Sewaktu Malaysia mencecah usia 50 tahun beliau cuba mendaki gunung itu 50 kali dalam masa 50 hari. Pada tahun 2009/2010, Mohd Noor telah mendaki Kinabalu 111 kali dalam masa 111 hari!

Contohi Adnan Osman, Wahab Hamzah

Ramai di antara kita yang mengagumi Adnan Osman yang kini hampir mencecah 70 tahun tetapi berbasikal ke Sukan Olimpik Beijing (2008) dan London (2012).
Pengkritik filem terkenal, Wahab Hamzah menghabiskan masa 113 hari melalui 21 buah negara untuk sampai ke Sepanyol. Beliau melalui tempat-tempat di mana terdapat sejarah para ilmuwan dan pemikir Islam tersohor.

Banyak sebenarnya pengembara kita yang melalui jalan darat dengan kereta pacuan empat roda, motosikal, basikal atau berjalan kaki. Tetapi kebanyakan mereka bukan anak-anak muda lagi.

Pada masa mudalah, anda patut mengembara! 

p/s : Never too old to discover the world..

Tuesday, March 19, 2013

Dua yang telah berlalu

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Dua Matta Fair telah berlalu..September 2012 dan Mac 2013. Tiada concrete deal yang dibuat kali ni sebab perancangan Matta Fair tahun lepas masih lagi tertunggak, kali ni to firm up the planning with the travel agent, InsyaAllah.

Collect brochures untuk planning own trip for travel wishlists..ontahbilonokpoei..

Travel wishlists


Indonesia? dah pergi a few places, stop dulu for a while, intai yang dibelakang..Be Inspired

Turkey
Iran

Japan



 .................................

 Brochure negara Iran yang masih dalam simpanan dari tahun lepas. Buat bacaan ringan dan juga general knowledge mengenai sejarah dunia Islam Memang menarik..

brochures mengenai Iran - the Persian history

Info mengenai negara Iran
.............................................................................. 
 Cultural Performance
Untuk menimbulkan minat pelancong-pelancong, beberapa pertunjukan kebudayaan dari pelbagai negara juga diadakan di Matta Fair ini. Ini semasa Matta Fair September 2012..

Cultural dance performance from Iran
Pertunjukan gendang dari Iran - gendangnya sebesar talam
Sangat best performance ini - first time tengok live










Yang dibawah ini tarian dari negara Jepun

Nenek dan cucu in action
Tarian kipas

Walaupun mereka berusia 80an, tetapi tetap cergas..

Wednesday, March 6, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...