Thursday, July 25, 2013

Sambelnya Juara 1Dunia!!!

Assalamualaikum..salam Ramadhan...

Hari ni ada majlis perpisahan untuk dua orang colleagues, seorang join bank, seorang lagi gi developer company. So, HR arranged majlis sekali dengan berbuka puasa di Dapur Penyet di Maju Junction Mall, depan office sahaja. 

Dah ada jejantas, senanglah nak melintas. Hmmm..idok guna juga, tengok jalan clear, terus melintas jalan dengan riang-ria..hehe..old habits, die hard..

at Maju Junction Mall
food, food and more food
yang mana satu?
ayam bakar madu dgn nasi putih
close-up - ayam bakar madu
iga bakar dan the red devil sambal tumis udang petai

The verdict: Sambal-sambalnya..ya ampon, pedas giler..aku yang tersakiti makan sambal-sambalnya..terpenyet..terhenyak...Judika pun setuju..Sambelnya Juara 1Dunia!!!..bukan 1Malaysia ye..

betul, betul..betul
Rupa-rupanya Judika ada datang makan di sini bulan lepas....semoga dia tidak setengah mati merindu sambel-sambel disini...silalah mampir ke Dapur Penyet and feel the moment..

Friday, July 19, 2013

Sudah dibuka..skywalk..

Assalamualaikum, salam Jumaat..sudah 1/3 bulan Ramadhan, tinggal 2/3 lagi, tingkatkan pecutan ibadah..
......................................................................

Sehari sebelum bulan puasa haritu, jejantas berbumbung di depan pejabat ni dibuka untuk orang ramai. Jejantas ni panjang, dari stesen LRT Sultan Ismail hingga ke stesen monorail Medan Tuanku. Untuk kemudahan mereka yang menggunakan kedua-dua public transport ni.

ke stesen LRT Sultan Ismail

ke stesen monorail Medan Tuanku
view from Tune Hotel
berlindung dari panas dan hujan

view from the skywalk - entrance to Maju Junction



Tune Hotel KL

Kira OKlah ada skywalk ni, takdelah menunggu lama untuk melintas Jalan Sultan Ismail. Nak pula ada polis trafik jaga, memang lamalah kena berdiri di traffic-light.  Semoga banyak lagi idea-idea dari DBKL untuk keselesaan masyarakat..

Tuesday, July 9, 2013

Hadirnya fajar Ramadhan, bagaikan bertemu kekasih..

“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.

Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”
Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Sunday, July 7, 2013

Jalan Tengah KL

Assalamualaikum..lagi tiga hari nak menyambut bulan puasa, marhaban Ya Ramadhan..

Baru-baru ni saya ke Menara Dion di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Kawasan ni memang famous sebab banyak upmarket, high-end kondominum, hotel, bangunan pejabat  dan kompleks membeli-belah. Semasa nak balik naik monorel di stesen Raja Chulan, ternampak ramai penjaja sedang membuka khemah di sepanjang jalan di tepi Menara KH (dahulunya Menara Promet). Rupa-rupanya ada Bazaar Tengahari hari ni, hari Jumaat. Inilah pertama kali menjejakkan kaki di bazaar ni.


Jalan ni namanya Jalan Tengah, mungkin sebab berada di tengah-tengah, menghubungi Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee. Bazaar ni bazaar yang ada permit nya, so takde lah DBKL datang angkut naik lori..



berlatar-belakang St Mary Residence
the entrance to St Mary Residence
high-end condominums and retail lots
dereten gerai-gerai
Di kunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat, sampaikan orang sakit mental ni pun ada. Terambik gambar pulak, candidlah katakan..Kebanyakan pengunjung ialah pekerja-pekeja pejabat di sekitar kawasan Bukit Bintang. Menurut seorang peniaga di sini, waktu makan tengahari, kawasan ni penuh sesak dengan pengunjung.

Macam-macam ada dijual disini, daripada makanan, pakaian hinggalah ke pokok bunga.


pokok bunga
di celah-celah pembangunan kotaraya
Bagi sesiapa yang berada di kawasan Bukit Bintang pada hari Jumaat, bolehlah singgah di sini, tapi kurang sesuai untuk lelaki Muslim sebab mereka kena gi solat Jumaat. Bazaar ni dibuka sehingga pukul 3.00 petang..check it out..

Wednesday, July 3, 2013

Trip to South Korea 2013 : An Overview

Assalamualaikum..

Selesai sudah entry mengenai trip 8H7M ke South Korea. Alhamdulillah, secara keseluruhan, sangat berpuas hati dengan trip ini sebab almost 100% trip ni saya yang prepare, daripada booking flight ke Seoul dan Jeju, booking accommodation, itineraries di Seoul dan Jeju. Segala research dan planning, Alhamdulillah, berbaloi rasanya, walaupun ada tempat-tempat yang dah plan tapi tak dapat pergi. Itu biasalah, kekangan masa dan juga fizikal.

Perbelanjaan keseluruhan trip ni lebihkurang RM4,000. Untuk flight tiket dan accommodation sahaja RM2,116 (yang ni dah settle sebelum pergi).  Untuk perbelanjaan 8 hari di Seoul dan Jeju, saya tukar RM2,000, dapat KRW700,000 dan RM500 ke USD. 

Yang RM500 tak terusik, bawa balik Malaysia. Duit won ada baki 94,050, selepas tolak beli barang guna credit card, maknanya memang lebihkurang RM4,000 dah dihabiskan untuk trip ni. Entahlah, OK kot rasanya..8H7M Seoul and Jeju..

Untuk baki duit won, saya tukar 80,000 ke USD semasa di Incheon Airport sebab USD lebih stabil. Lagipun nak tukar KRW ke RM di money changer kat Malaysia ni, exchange rate nya rendah sangat. Adalah lagi notes KRW11,000 dan syiling 3,050 dalam simpanan, buat kenang-kenangan..

OK, done with the expenses, now post-mortem on the itineraries.  Itineraries untuk trip ni saya prepared mengikut faktor usia dan minat, memandangkan kami ni bukanlah berusia 20an, yang energetic, full of energy.

Summary of itineraries:
Day 1 - Cheonggyecheon Stream
Day 2 - Namdaemun / Sungnyemun Gate / Namdaemun / Gyeongbokgung / Myeongdong/ NamsanTower/Sungkyunkwan University/Dongdaemun
Day 3 - Nami Island/Petite France/the Garden of Morning Calm/Myeongdong
Day 4 - Bukchon Hanok Village/Cheongwadae/Itaewon/Namdaemun/63 Building
Day 5 - DMZ and Seoul City - Seoul City Hall/Gwanghamun Square/Namdaemun/Cheonggyecheon
Day 6 - Jeju Island
Day 7 - Korea Folk Village/Cheongdamdong
Day 8 - Namdaemun Market

Itineraries ni berselang-seli diantara yang dekat city centre dan di luar Seoul, untuk bagi masa rehat, supaya tak letih sangat. Cuma Day 6 dan 7, kedua-dua tempat di luar Seoul, tak dapat dielakkan. Tempat yang dah plan tapi tak pergi - Insadong, Gwanjang Market dan Ewha Women University. Ada yang tak plan, pakai terjah je - Seoul City Hall, Sungnyemun Gate dan dua Duty Free outlets.

OK, mari lihat apa yang dibawa balik ke Malaysia dari South Korea..hehe..

Hallabong dan Korean melon
buah ceri
kimchi - 3 bekas ni
kuih Ta-Rae
seaweed - original dan perisa kimchi
coklat from Jeju Island
Facial mask
fridge magnets
Handbag
Tak termasuk jagung rebus, T-shirts dan sudu garpu. Dengan my sister beli bedcover lagi, macamana lah beg tak beranak-pinak.

Sedikit tips daripada pengamatan..

Sentiasa ada 'subway map' untuk rujukan - keep it handy.
Bagi yang banyak menggunakan subway di Seoul ni, umum mengetahui ada 15 lines subway yang dikelaskan mengikut kod warna. So, bagi tourists, subway map sangat penting untuk perkara berikut:

1) Line mana nak diambil untuk ke destinasi dan berapa banyak line nak kena ambil.

2) Platform mana nak turun untuk tunggu train ke destinasi. Untuk pergi ke platform yang betul, kena tahu stesen-stesen lain yang berada di Line yang sama sebab kadang-kadang stesen yang kita nak pergi, tidak ditulis di platform. Selalunya, stesen-stesen besar sahaja yang ditulis.

Platform di stesen subway ada dua jenis: ada yang berada di tengah-tengah macam kat KLCC, two-sided - maknanya boleh tunggu dua-dua belah untuk naik train, kalau tersilap, boleh pergi ke sebelah je; satu lagi, platform one sided, memang khas untuk train ke destinasi yang dah ditentukan (yang ni kalau tersilap, kena naik/turun tangga untuk cross ke platform sebelah).

3) Sebelah mana nak tunggu train di platform (for two-sided platform). Yang ni pun tricky juga, akan di tulis stesen sebelum dan selepas dan arah laluan train ditunjuk dengan anak panah..seperti dibawah..

Ini di stesen Seoul National University of Education. Maknanya tunggu train di sebelah ni, kalau nak ke Gangnam atau stesen-stesen seterusnya. Ditulis juga stesen sebelumnya iaitu Seocho.

3) Station mana untuk turun/transit dan nak keluar ikut exit mana. Yang ni penting sebab setiap exit akan membawa kita ke kawasan yang berlainan dan ada subway yang mempunyai berbelas-belas exit, seperti Euljiro sam(3)-ga, ada 12 exit.
 
Walaupun dah download Seoul Metro apps di tab dan handphone, tapi lebih mudah menggunakan subway map hardcopy ni. Map ni depan saja tulis DMZ tapi dalamnya ada banyak map seperti Downtown Seoul, Itaewon, Hongdae dan lain-lain tempat di Seoul, memang dibuat khas untuk tourists. Sampai koyak dan lunyai lah map ni dikerjakan..fully-utilised..




Adopt mentality orang South Korea
1) Melintas jalan di tempat yang telah dikhaskan dan tunggu sehingga lampu isyarat melintas, barulah melintas jalan. Jangan melintas jalan sesuka hati macam di Malaysia.

2) Elakkan duduk di bangku yang dikhaskan untuk orang tua, perempuan mengandung dan OKU di dalam subway. Saya lihat rakyat Korea mereka sanggup berdiri dari duduk di tempat khas ni, walaupun ianya kosong. Jangan jadi macam sesetengah orang lelaki di KL ni, koc komuter khas untuk wanita pun mereka nak masuk.
-----------------------

South Korea sebuah negara yang menarik, cantik dan bersih. Satu enigma - modern but yet traditional, described seorang tourist di dalam buku Lonely Planet.

With this entry, my story on the trip to South Korea is officially wrapped-up. Thank you for reading..

Tuesday, July 2, 2013

South Korea : Day 8 - The Final Countdown

Assalamualaikum..

Day 8 - Rabu, 22/5. Hari terakhir di SoKo.  Kena check-out pukul 12.00 tengahari, flight balik pukul 5.20 petang.  Masih ada masa lagi nak meronda Seoul. Keluar awal pagi, ke Namdaemun Market, untuk kali ke lima..hehe. Entah apa yang merasuk fikiran sampai lima kali ke sini, seronok benor dengan Namdaemun ni. Kali ni naik subway, untuk kali terakhir..tsk..tsk..

ohh...subway
Bila dah akhir ni, mulalah nak snap semua benda. Gambar kabinet ni pun nak ambil, curious, tengok banyak benda ni kat subway..ada pulak bungkusan2 di dalamnya..

almari keselamatan
Rupa-rupanya ada topeng gas dalam bungkusan banyak2 tu, untuk digunakan jika ada contamination CBR chemical-biological-radioactive di subway..suspens ni..(dah last day, baru nak suspens)..hehe..

cara-cara memakainya..mcm demo dlm flight..
Di Namdaemun Market, shopping spree bermula. Dari buah-buahan, seaweed, kimchi, facial mask, semua sambar. Jagung rebus pun nak beli, bawa balik Malaysia. Singgah di Paris Baguette, beli beberapa buns untuk bekalan lunch.

Namdaemun..bilakah bertemu lagi..
ahjumma jual jagung rebus
kedai jual seaweed & kimchi
yang ni pun ada - ingredient siput bab*
Masa nak beli facial mask di Face Shop ni, ternampak ada pulak yang jenis siput ni..lengkap daripada sabun muka, moisturiser dan facial mask..macam-macam ada untuk kecantikan..

Dua jam juga kami di sini, balik ke GH naik teksi. Start packing dengan tambahan barang-barang yang dibeli tadi. Beg dah beranak-pinak, setiap seorang ada dua luggage, satu backpack, satu beg plastik dengan handbag lagi. Mula-mula nak naik airport limo je ke Incheon. Bila dah macam ni, takleh jadi, nanti terbarai tengah jalan. Bus stop jauh pulak tu. Nak tak nak booking teksi last minit, teksi yang sama masa pergi Gimpo itu hari. Teksi charge KRW65,000 ke Incheon. Pukul 12, check-out dan terus ke airport.


Incheon International Airport
Sampai di Incheon, tengok kaunter AAX buka pukul 2.15 petang. Lepak-lepak sambil makan bekalan dan kemudian ke money changer, tukar duit KRW yang ada ke USD. Warga Malaysia semakin ramai berkumpul di bangku-bangku berhampiran kaunter AAX.

steel portal framework with glass cladding
Selesai urusan check-in dan imigresen, terus ke Concourse terminal dengan shuttle train. Kemudian ke Gate 121, untuk ambil barang my sister yang dibeli di Dongwha Duty Free.

Concourse terminal.  Museum of Korea Culture di atas tu
to pick-up centre
Kemudian, naik ke atas ke prayer room untuk solat jamak Zohor dan Asar. Pandang belakang tengok ada tiga orang sami Buddha pun sama menuju ke arah prayer room. Nasib baik kami dah berada di pintu, considered first come first serve.  Sami-sami tu terus menuju ke tandas lelaki di sebelah prayer room. Dibuatnya mereka masuk sama, tak ke haru..



Prayer room ni untuk semua agama. Ianya sebuah bilik, bukan prayer room khas seperti di main terminal, maka tiadalah patung Buddha atau lambang salib. Cuma ada tanda arah kiblat sahaja, Alhamdulillah. Sangat selesa sebab toilet pun dekat dan takde orang, boleh angkat kaki, basuh di sinki..darurat..

dalam prayer room, ada tanda arah kiblat
Selepas solat, sambung aktiviti lawatan untuk kali terakhir, iaitu ke Museum of Korea Culture. Muzium ni kecik je, ada empat bahagian - the Royal Culture, Traditional Art, Traditional Music dan Print Culture.

View of the museum from the prayer room

Dinasti-dinasti kerajaan beraja di Korea
Muzium ni memaparkan barang-barang antik dan replika beberapa binaan yang ada di zaman dinasti-dinasti di Korea. Juga ada kronologi dinasti-dinasti, yang berakhir dengan Dinasti Joseon pada tahun 1910.  Kebanyakan pameran di dalam bentuk touch screen video.

Sebelum turun ke departure gate, lepak-lepak di lounge di depan muzium sebab masih ada banyak masa lagi.

comfortable lounge
Ada tempat boleh baring-baring lagi

Bergerak ke Gate 112 untuk pulang ke tanah air tercinta.


Kapalterbang dah bersedia
Alhamdulillah, perjalanan smooth sampai ke LCCT, naik skybus ke KL Sentral dan ambil teksi ke rumah. Home sweet home. The End.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...