Wednesday, March 12, 2014

Bukit Bintang : Berjalan kaki

Berjalan kaki ke Bukit Bintang? why not..kedua2 walkway ni dah lama dibuka, tapi nak juga buat entry...

Sebagai satu usaha menjadikan Golden Triangle ni 'a shopping paradise', maka dibina 'elevated pedestrian walkway', dibuka tahun 2012, panjangnya 142 meter, dari kawasan Bukit Bintang ke KLCC.

dari Jalan Raja Chulan

bersambung terus ke Pavillion
  Walkway ni air-conditioned, so berjalan di atas ni, bestlah ...

 
dari Jalan Pinang bersambung terus ke Impiana KLCC Hotel
Entrance/exit di kawasan Bukit Bintang ialah di Jalan Raja Chulan, Jalan Perak/Kia Peng dan the Pavillion. Di kawasan KLCC pula, boleh naik di Jalan Pinang dan the Aquaria KLCC.
 
Satu lagi tempat pejalan kaki di Bukit Bintang..the KL City Walk Tagline nya - 'why run, when you can walk' Lokasinya di lorong belakang bangunan-bangunan pejabat, sepanjang 500 meter dari Jalan P. Ramlee hingga ke jalan susur dari Jalan Pinang ke Jalan Perak. Berkonsepkan strip mall, banyaklah gerai-gerai dibina disepanjang walkway ni..tapi masa pergi, banyak gerai dah ditutup dan signage 'untuk disewa' kelihatan ditampal merata-rata..

view dari elevated pedestrian walkway
entrance dari depan Menara UOA 1
gerai-gerai yang ada, banyak yang dah ditutup



mee rebus je 'on'

Mungkin masa lunch hour, tempat ni meriah kot..check it out..

33 comments:

  1. Assalamualaikum Nohas, teringin jugak nak try walk way ni, convinient ke dengan strollers? Kedai-kedai tak berapa meriah ek, mee rebus, wah macam sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kedai2 kat KL citywalk byk dah ditutup, byk kedai makan saja..boleh try jalan2 kat sini sebelum lunch hour..ok, kalau bawa strollers, lorongnya quite spacious jg..tapi kalau lunch time, sesak rasanya..

      Delete
  2. laaa x pernah ku tau wujudnya benda benda alah ni..
    nampak sgt lama tak masuk kl jalan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah...jalan-jalan di sini..

      Delete
  3. Alkisahnya ada ek tempat jenjalan macam tu... mesti seronok berjalan dari bukit bintang ke KLCC. emm lainkali kena cubalah. Sebab selalu jem kat situ tak teringin pun nak melahu kat situ jenjalan cari makan... apa pun TQ nohas... Asyik alamanda je ... takpe tunggu IOI Mall kat depan hospital serdang tu siap hujung tahun ni.... katanya shopping terbesar di area kajang n putrajaya tungguuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boring kt bukit bintang, boleh jalan ke KLCC pula..mat salleh lalu kat sini..

      dah siap IOI Mall tu, bolehlah terjah ke sana..jalan-jalan..IOI Mall Puchong dah over-crowded..

      Delete
  4. ohhhhhh ada walk way ya, dari KLCC ke Pavilion...... tak jauh ke??? macam jauh ajer rasanya........

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jugalah..sbb exit/entrance kt KLCC di Aquaria..tapi kalau jln santai-santai, tak terasa sangat..

      Delete
  5. Emmm...dah lama sungguh saya tak menghala ke area Bukit Bintang ni... tak tahu dah apa perkembangan kat kawasan situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm dulu juga tapi infra yg berkembang..dgn pembinaan MRT..

      Delete
  6. Pernah jalan atas tu sekali ke dua kali jer.. tapi tak pernah pulak turun ke kawasan gerai2 tu.. nak juga tahu apa yg dijual huhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun first time datang sini, ke KL city walk..dulu masa mula2 buka nampak meriah, lama2 semakin suram nampaknya..

      Delete
  7. Tak tau pun kewujudan pedestrian ni..cuti hujung minggu blh terjah sini ni..thanks nohas atas info menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..bolehlah jalan-jalan di sini..selesa juga..

      Delete
  8. NAMPAK CANTIK N SELESA UTK JALAN2 SANTAI DI SINI YA...

    ReplyDelete
  9. Kalau sekadar yg datang semuanya jenjalan saja tidak mustahil satu-satu shop-lot terpaksa tutup. Sewa mahal bukan main. Bila harga mahal pengunjung pun susah nak masuk..

    Utk sight -seeing memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. city walk tu cuma meriah masa hari bekerja saja, itu pun masa pagi dan makan tengahari, ..lagipun lokasinya jauh dari kwsn pelancongan..business tak boleh nak survive..

      Delete
  10. Lama nyerr laa tak datang ke siniiii... macam2 ader dahh... padahal bukit bintang nie dengan cheras dekat jer... hehehehe... mungkin kerana tiada keperluan kot... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 infra utk keselesaan pengunjung..ya, betul, saya pun ke sini sbb ada kerja ofis..

      Delete
  11. saya ada la lau 2, 3 kali sis.. hujung minggu tapi mcm x de org lalu.. rasa sayang plak..
    sbab saya lg suka dari lrt klcc jalan kaki pusing trus ke pavi n ke bkit bintang.. tapi sayang la.. jmbatan cantik x de org.. ataupun waktu saya lalu x de org.. mugkin skrg dah lain kot :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa akak lalu, ramai juga yang guna walkway ni..mat salleh pun ramai..mungkin ramai yg dah tahu tntang walkway ni..

      Delete
    2. mungkinlah sis.. skrg dah lawa..
      anyway memng cantik jambatan ni..memudahkan nak jalan2 di ibu kota..

      Delete
  12. jumaat esok saya kan ke kl, tak sabar ingin berfoto di bukit bintang tu, best sangat laluan pejalan disana :)

    ReplyDelete
  13. Bunda pun baru tahu...jarang kesana..
    salam hujung minggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hari Isnin..kalau ke sana, bolehlah try walkway ni..

      Delete
  14. Letih juga menyusuri ruang pejalan kaki dari KLCC ni sampai ke Bukit Bintang. Saya ada sekali lalu dengan anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar...kena jalan bersantai-santai..

      Delete
  15. salam cik kak nohas tuu., 120 kotak minuman Yeo's brand utk program tuu maseh ade lagi takk?? wak nak booking kotak2 ituu bolee ?? hmmm, nnti pm wak yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam, wak..program tu dah lepas, 2/3 haritu..beli 5 katun air kotak Yeo's ni..sbb ada offer kat Giant..tapi contest ni baru start 13 March...takde rezeki..

      Delete
  16. tak pernah try lagi nih siap boleh pi klcc tu yang best tu....
    boleh la try menapak time rehat hari jummat nih...

    ReplyDelete
  17. boleh try...saei dari KLCC ke Pavillion...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...