Sunday 4 May 2014

Jejak Warisan KL: Chinatown

Assalamualaikum..

Hi everybody..hopefully, life is treating you well today..hmm..as for me, ada masalah sikit. Blog yang bermasalah, ruang komen takleh buka, blank mcm tu je, kalau guna Mozilla Firefox..dulu dah pernah kena, dah scan malware, adware, mcm2 ware lagi guna kapersky tdsskiller yang free tu, remove all cookies..dah OK, sekarang kena lagi..

Banyak sangat cookies..kalau boleh dimakan, best juga kan, di waktu petang2 begini. Sedang dibaiki, InsyaAllah, harap2 pulih seperti sediakala 'musang berapi' tu..sebabnya lebih suka guna firefox...terpaksalah guna Google Chrome..sama je kan sebenarnya...cuma..'lebih suka' itu ajer..hehe..
........................................

Well, lupakan problem tu..nak cerita aktiviti semalam. Asalnya nak bayar saman di Ibupejabat Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, dekat area Chinatown Jalan Petaling..wa kena saman beb, sebab parking tepi jalan..hihi..Sampai balai polis dah pukul 12 lebih, kaunter pun dah tutup..huhu...


Tapi takpe, alang-alang dah sampai area ni, jomlah kita jalan2 menjejak warisan..dah lama tak ke sini sebenarnya..sekarang ni tengah sesak dgn construction MRT..

Bersebelahan balai polis ni, ada satu bangunan rumah Melayu..cantik senibinanya...milik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara..


Tahun 2014 ada banyak aktiviti kesenian di sini nampaknya..



Nampaknya, boria dan wayang kulit gedek dah terlepas..yang terdekat ada tarian klasik India dan Borneo, mak yong dan menora..jom pi tengok..start pukul 8.30 malam..

Gambar bangunan lagi...tak jemu pula mata memandang..



Berjalan ke arah Jalan Panggong...ada satu bangunan bersejarah...lokasinya betul-betul dekat selekoh..

Pejabat Pos Jalan Panggong

Pejabat pos ini dibina tahun 1911..maknanya dah 103 tahun usianya..semoga utuh ditelan zaman..sekarang ni jadi restoran Malaya Hainan..

setem kenangan

Berjalan lagi ke Jalan Balai Polis..ada dua restoran yang unique, rustic and antique..

Ali, Muthu & Ah Hock
Restoran ni ada pernah baca review dalam blog Zila..ala yang 'AkuLoveTravel' tu..kalau dalam entry tu nampak resto ni mcm old school, yang ni lagilah old school..original state of condition..mula2 rasa macam nak masuk, jenguk ke dalam..nampak ramai bangsa asing je, tak jadi masuk..tapi sempat lihat internal deco, macam kopitiam era 60'an...

Disebelahnya..the Old China Cafe and Gallery...


Pintu di restoran ni sangat antik..ada galeri juga..

Kita minum dulu, bersambung next entry..

22 comments:

  1. Replies
    1. Ya, betul, semoga dapat dikekalkan ditengah2 pembangunan yg semakin pesat..

      Delete
  2. blog nohas boleh jadi reference untuk jalan-jalan tempat yang unik dan menarik. ok sila sila minum dulu, ingat kita tau heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi tempat2 di KL ni yg belum di explore...minum air masak saja..hehe..

      Delete
  3. Saya pulak lebih suka Google Chrome... rasa ringan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula suka Google Chrome..guna dua2..

      Delete
  4. Replies
    1. saya pun baru tahu..dah duduk KL bertahun-tahun lamanya..

      Delete
  5. Harap2 pejabat pos tu kekal utuh walau di telan zaman.. jangan la ada pihak yang nak sentuh2 bangunan tu huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begitulah hendaknya...sebab kat KL ni dah tinggal berapa je bangunan2 lama..kalau tak digazet sebagai harta warisan, lambat laun akan di redevelop juga..tambahan pula dkt dgn stesen MRT..harga tanah naik mendadak..prime land..

      Delete
  6. idah selalu lalu kat situ... tapi tak pernah perasan pun tempat2 menarik tu... selalu pegi situ tau makan jer... ada nasi kukus ayam berempah... sedappp... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari ni..tempat makan yg ada kat sini yang depan panggung seni tu..

      Delete
  7. cafe tu menarik perhatian umie woo woo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, dua2 cafe tu walaupun old school, tapi menarik..tidak berubah ditengah2 kemajuan bandaraya..

      Delete
  8. Rasa macam nak pergi jugaklah merayau-rayau kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jalan2 sambil tengok bgn2 lama...foreign tourists pun ramai jalan2, snap2 gambar kawasan ni..

      Delete
  9. itulah kak..samala..klau cookies tu boleh dimakan sedap jugak... he..he..
    cantik view dia..membawa kita ke zaman yg lain...
    tempat2 kat sini memng comform saya x tahu.. tq sharing... nice view.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cookies yg menyusahkan kita, buat blog jd slow..

      akak pun baru first time jalan2 kat sini..dulu selalu jg pergi Petaling Street..tapi tak pernah nak gi area ni...

      Delete
    2. owh lpas baca entry smbungan rasanya saya pnah sampai sini tapi dah lupa yg pasti ni kawasan ah loi..apatah sejarah lama2 tu..betul ke sis? tapi suka view dia old school n klasik

      Delete
    3. menurut wikipedia, Yap Ah Loy membangunkan Petaling Street, bina kilang tepung..bina jalanraya...byk jg bangunan yg dah redeveloped..

      Delete
  10. Lukisan setem kat dinding tu unik...rasanya belum ada mana2 bangunan dilukis setem untuk diabadikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, setem yg sinonim dgn pejabat pos..idea yg kreatif..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!