Wednesday 16 July 2014

Singapore - Day 3 : Bugis Junction, Clarke Quay & Singapore Swing

Assalamualaikum..

Balik dari jungle-trekking, berhibernasi dalam bilik hotel. Cuaca panas diluar, pukul 3.00 lebih, baru keluar. Kali ni naik bas je, dari Geylang Road terus ke Victoria Street. Ternampak masjid ni, Malabar Muslim Jama-Ath Mosque atau Masjid Malabar...blue-tiled masjid..



Destinasi utama petang ni ialah Clarke Quay. Masa balik tadi, ternampak suasana meriah di kawasan Singapore River, dengan bangunan yang tingkapnya colourful..tapi sebelum tu cari makan dulu..

Turun di bus stop depan Bugis Junction..
Bugis Village and Bugis Junction
Logo CapitaMall ni dan juga CapitaLand memang banyak nampak di bangunan2 di Singapore..one of the main players in REIT..CapitaLand REIT..

bangunan tatau nama
Masuk Bugis Junction ni..jalan-jalan nak cari makan, masuk Food Republic, tapi macam tak berapa yakin..nampak Yoogane - Korean outlet for fried rice...lastly, decided pergi ke kawasan Arab Street...makan di Restoran Minang, ketika azan Asar berkumandang dari Masjid Sultan..

Masa nak bayar, ada pulak scene seorang pelanggan ni naik angin kat waiter di restoran tu..marah-marah di khalayak ramai..macam nak bertumbuk lagaknya..nasib baik ada orang yang menenangkan..

Lepas makan, naik bas di North Bridge Road..di belakang Masjid Sultan..terlepas bas stop ke Clarke Quay, turun di Cross Street..jalan ke arah utara..lalu di Nankin Street...penempatan awal pendatang dari negara China..


Sampai di Boat Quay dan Elgin Bridge..di sini dulu kawasan perniagaan utama di Singapore..


Lokasi Elgin Bridge tu sebenarnya lokasi jambatan pertama yang dibina pada tahun 1823 merentasi Singapore River yang dipanggil Presentment Bridge.

Berjalan menyusuri Singapore River menuju ke Clarke Quay..dari jauh dah terdengar suara orang menjerit-jerit..rupa-rupanya mereka naik buaian gergasi..Singapore Swing..


Disini ada tempat untuk naik the river cruise. Takde buat apa-apa aktiviti, cuma duduk-duduk, people-watching, tengok air sungai mengalir lesu...



MICA Building - bangunan bertingkap colourful
tempat utk kunci mangga
Tak berlama-lama di sini, turun ke MRT station dalam Promenade ni, menuju ke Farrer Park stn, nak ke Mustapha Centre sekali lagi sebab ada pulak tambahan kiriman dari adik-beradik..berkorban mengharungi lautan manusia..

Depan Mustapha Centre ni ada Hindu temple dan kebetulan hari tu ada upacara keagamaan, (tengok berita dalam TV..ada menteri datang rasmikan di kawasan Little India)..maka ramailah penganut Hindu berada di kawasan ini..amma..appa..ayoyo..memang wrong timinglah time ni...apa nak buek..go head, gostan lah..

Selepas berjaya meloloskan diri dari lautan manusia itu tadi, terus balik hotel. Singgah dinner di restoran mamak depan Aljunied station, Mufiz Restaurant. 

Dekat kawasan lapang depan station tu, ramailah pulak yang duduk bersantai-santai..di bawah bulan purnama..bersembang-sembang..berkelah pun ada, kebanyakannya warga asing..biarlah..asal mereka bahagia..

Dah kenyang, balik hotel and zzzz..

6 comments:

  1. naik river cruise tu best...ke mana menghalanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. River cruise tu dari clarke quay ke area Marina Bay, kemudian berpatah balik

      Delete
  2. river singapore bersih, ada projek bersihkan river dulu. pernah ikut adik business trip ambik hotel kat situ, bulan puasa masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore River tu memang bersih...dah jadi tourist spot...

      Delete
  3. salam aidil fitri dan salam merdeka nohas, dah bulan merdekakan nohas cepat masa berlalu, bil pun tak bayar lagi heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil fitri dan salam merdeka juga...ramai yg terleka, mood raya..terlupa bayar bil..dah masuk bln Ogos..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!