Thursday 4 September 2014

Blissful Sunflower - Bhg 2

Assalamualaikum..sambung kisah pengembaraan cucu dan nenek di Xinjiang. Mereka naik bas, tinggalkan kampung doktor haiwan..

bentuk mukabumi Xinjiang

Kali ni mereka bertemu dengan Aminah yang turun di tempat yang sama. Aminah sedang mencari teman lelakinya yang mengikut expedisi geologi.


Dalam scene ni, kita dapat melihat rupabentuk mukabumi Xinjiang yang bukitnya berbongkah-bongkah..menarik..

Mereka bertemu dengan pasukan geologi yang sedang dicari oleh Aminah..ini Ding, ketua pasukan geologi..background yang cantik..

Ding beritahu nenek yang teman lelaki Aminah telah mati semasa kejadian tanah runtuh. Dia dalam dilema samada nak beritau berita tersebut kepada Aminah. Nenek suruh Ding bawa Aminah bersama dan khabarkan berita tersebut pada akhir pengembaraan mereka...*wise guy*


kenderaan pasukan geologi berlalu pergi
meninggalkan Amanguli dan neneknya
Mereka meneruskan perjalanan ke pasar..


nenek buka bekalan minuman untuk cucunya, dia tak minum sebab tak cukup

Tiba-tiba Amanguli hilang dari pandangan, puas nenek mencari, rupa-rupanya Amanguli pergi beli ais krim untuk neneknya..sebab dia nampak bibir nenek dah kering..sangat *touching* scene ni..bonding session..dan budak kecik ni memang sangat natural lakonannya..

Amanguli, sebenarnya adalah duit sikit, mak dia bagi dalam beg sandangnya..


Kali ni mereka bertemu dengan lelaki bermisai ni yang ada kaitan dengan Alhemeidi..

Lelaki ni sangat marah dengan Alhemeidi sebab dia berkahwin dengan adik perempuannya yang cantik jelita, kemudian pergi meninggalkan isterinya itu. Perempuan tu mengaku yang dia tak tahu Alhemedi telah berkahwin dan mempunyai anak..

Nenek happy sebab dia ada points nak mengatakan bapa Amanguli tu jahat tapi Amanguli tak mahu dengar bebelan neneknya itu..lalu keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu. Tiba-tiba mak tirinya keluar..duduk bersembang-sembang dengan Amanguli..dia bagitau Amanguli yang Alhemeidi lelaki yang paling baik dan paling kacak yang pernah dia temui..Amanguli gembira mendengarnya..


Nenek dan Amanguli bergerak semula. Dah tak tahu tempat yang nak dituju. Tiba-tiba bas lalu di kampung nenek, mereka turun di sini. Dah 40 tahun lebih, nenek meninggalkan kampung halamannya. Scenery memang awesome..

Mereka berjalan lagi dan bertemu dengan seorang anak muda bernama Alif. Alif membawa mereka ke rumahnya.


Selepas melihat gambar keluarga yang ada dalam ruang tamu tu, nenek meluru keluar, tergesa-gesa nak balik. Alif terkejut..kenapa nenek tergesa-gesa nak balik? hehe..rupa-rupanya itu rumah bekas kekasih nenek..huhu..sungguh tragis..kalau saya, lari sekuat hati macam Usain Bolt..tapi macam tak sopan pulak kan..


Tak sempat nenek nak balik, tiba-tiba tuan rumah yang balik..jeng jeng jeng..
rumah-rumah mereka mesti ada pokok labu air tu, nampak cantik le pulak..
Suratan atau kebetulan..jejak kasih..kesian nenek..nama bekas kekasihnya tu Kurban. Isteri Kurban tu sporting habis..bagi peluang suaminya bersembang-sembang dengan bekas kekasihnya tu..mengimbau kenangan lama..nenek ternampak seruling balamand kepunyaan Kurban..ingat lagi tak masa awal-awal episod..nenek menangis masa dengar tiupan balamand kat kedai alat muzik..rupa-rupanya terkenang kekasih lama...


Isteri Kurban walaupun sporting..jeling-jeling juga ke arah suaminya tu..yelah..perempuan kan..jeles tu mesti ada..nampak tak Alif yang sedang tersenyum-senyum..sedang mengusik maknya tu..hehe..kelakar scene ni, walaupun takde dialog..cuma body language saja..

Di antara scene yang saya suka...luahan perasaan dua hati yang tidak dapat bersatu...view yang sangat awesome..*falling in love with Xinjiang*..

 
 
 
 
 
Rupa-rupanya mereka hampir berkahwin tapi tidak kesampaian sebab Kurban pergi bekerja di tempat lain sedangkan pinangan sudah dibuat. Nak elakkan malu, nenek kahwin dengan orang lain dan keluar dari kampung..huhu..sedih...*cinta tidak semestinya bersatu*..

Nenek dan Amanguli meneruskan perjalanan meninggalkan rumah Kurban. Nenek tidak dapat menahan perasaan sedih..lalu breakdown and cry..Amanguli beri nenek selendang yang Kurban bagi pada dia..nenek menangis tersedu-sedu..sungguh berat bebanan perasaan yang ditanggung nenek selama ini..setelah 40 tahun baru terjawab segala pertanyaan..ohh..

Di rumah, Kurban ternampak beg sandang Amanguli tertinggal di bawah sofa. Dia panggil Alif supaya cari Amanguli dan bagi balik beg tersebut..

Alif membaca perkataan di beg sandang Amanguli
Laa..kalau tau baca, dah lama dapat clue. Rupa-rupanya bapa Amanguli bagi beg ni pada isterinya. Alif dengan senang hati menghantar nenek dan Amanguli ke Pekan Suheya..

chef tu sedang buat mee tarik
Itulah Alhemeidi..jadi chef rupanya..kacak juga orangnya..Amanguli tunduk makan dengan lajunya, sebenarnya malu-malu nak bertentang mata dengan bapanya itu..tiba-tiba masuk seorang wanita dengan baby..

chef melayan baby ini
Amanguli merajuk dan lari keluar..menangis ingatkan bapanya ada anak lain..


Akhirnya, nenek bersemuka dengan Alhemeidi...siap pukul dengan penyapu lagi..marah benar nenek dengan menantunya tu..sebenarnya perempuan tu sepupu Alhemeidi..

 Alhemeidi hampir pengsan mendengar berita isterinya dah mati..
Sesi luahan perasaan, brain storming, post-mortem
Father and daughter bonding time - uli tepung
Happy time

nenek pun join sekali

 
 Nenek dengan confident keluar pagi-pagi sebab nak tinggalkan Amanguli dengan bapanya, tiba-tiba dalam bas terdengar ada orang ketawa - Amanguli dan bapanya ketawakan nenek, mereka pun turut balik kampung
  
Tamat sudah
 Xinjiang sangat cantik dalam filem ni. Silalah menonton untuk keriangan berganda. Satu lagi filem menarik di A-List ialah Myn Bala..filem Kazahstan..filem epik setanding dengan Red Cliff, Gladiator..nominated at Academy Awards.dan yang bestnya view, scenery yang awesome and breathtaking..highly recommended..

33 comments:

  1. Ha... pepagi lagi kakak kena ke sini sebab nak baca kisah selanjutnya.
    Happy ending.. suka juga kakak membaca dan rasa puas
    Scenery pun cantik-cantik..

    Terima kasih kongsi cerita. Macam novel juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Ya, betul mcm novel juga, teruja nak lihat kehidupan saudara seagama kita di Xinjiang..

      Delete
  2. pengakhiran yg membhgiakan...view xinjiang amat cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy ending..ya, betul..Xinjiang ni cantik, teringin nak jejakkan kaki di sini..

      Delete
  3. view yang amat cantik.. cerita pun best.macam baca novel bergambar..tima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf terpaksa tumpabg komen kat sini, Assalamualikum Nohas, miss u tau, cuma tak sempat nak komen. nice story, rasa macam nak travel, simple je bila ada tujuankan dan scenery sangat unik.

      Delete
    2. Kak Nah - sama2, view Xinjiang memang cantik..dekat dgn padang pasir

      babYpose - Wa'alaikumussalam. dah lama BY tak update blog, I know you're busy. cerita ni kisah family dn kehidupan, jarang dapat menonton filem org Muslim Uyghur ni..

      Delete
  4. haaa... nasib dah ada part 2... tak payah tunggu... hehehe... kesian kak zakie kena tunggu part 2... kekeke... :D best laa filem nie... touchingg... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..suka usik kak zakie...memang best..lakonan yang natural, view yg cantik..jln cerita yg simple tapi menarik, penuh pengajaran...

      Delete
    2. nanti nak suruh en.suami cari vcd cerita nie... tapi mesti susah nak cari kan filem lama nie kan kak...

      Delete
    3. rasanya cerita lama, tak dapat cari info tentang filem ni dalam internet..mungkin tajuk filem dlm bahasa mandarin.. .

      Delete
  5. Assalamualaikum...
    Hi sis... lama x komen... tapi i read most all ur entries setiap kali sis update.
    It just kt mc pc n lapy; x keluar kotak komen ne...
    I need to use handphone. Hihihi...

    Btw... sgt best citer ne.... ya Allah... gigih betul sis siap bawak kamera dpn tv...

    At 1st i tot u prnt scrn dr your lapy... hihihi...

    Seriously nice story n scenary...
    Tengs for sharing....

    Sila lh kongsi myn bala pula...
    Hihihi...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, nhhas..thanks. tak kluar kotak komen kt pc n lappy? Akak pun x tau nak buat mcmana.....

      seblm dpt tengok filem ni, try cari dlm youtube, takde..sebab tu just snap terus dr dalam tv..hihi..

      Masa first time tgk Myn Bala, just enjoying the film, ingatkn nk snap lain kali, tapi bila dah masuk bulan Sept, dah takde cerita tu..frust jg..tapi myn bala ni ada jmpa dlm internet, maybe boleh nonton, blm try lg..

      Delete
  6. Wahhh mantap betul review filem nihhh, rasa mcm baru lepas menonton sama2 dgn sis lah, serius... tetiba rasa mcm baru lepas mkn popcorn butter flavored je, dasyatlah... hehe, thanks for sharing! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..try to be as detail as possible..nak abadikan filem ni dlm blog ni..cari dlm internet tak jumpa..

      Delete
  7. pemandangan yg sangat memukau...complete dgn penceritaannya...happy ending ke tragik ending..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. view memang cantik..happy ending..Amanguli dapat berjumpa dgn bapanya dan semua mereka balik kpg bersama nenek...

      Delete
  8. Panjang lagi ke ceritanya.... kisah kehidupan dan kasih sayang di satukan dalam saru scenery yang cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis kak, dua bahagian je...byk kisah kehidupan digarap dlm filem ni..ditambah dgn view yg cantik dan menarik..highly recommended..

      Delete
  9. Awesome. Jalan cerita dia menarik. Rasanya, berbaloi juga kalau melanggan A-List ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu cerita yg menarik di A-List, selain Myn Bala..

      ada yg best, tapi byk yg tak brp best (mengikut cita rasa saya la)..rasanya dlm masa sebulan, setiap hari repeat filem yg sama..

      Delete
  10. Assalammualaikum...

    mselim3 baru mengikuti cerita nie... tapi sekali imbas cerita nie penuh dengan nilai2 kekeluargaan yang baik.. mselim3 kena baca daripada part 1.. pemandangan tempat pengambaran nie... menarik dan cantik tenang sekali....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam..
      Ya betul, filem ni sarat dgn nilai2 kekeluargaan yg baik..kena baca dr mula..tk

      Delete
  11. Nak kena start daria awal sbb baca sikit part 2 ni pon memang best citer nya..

    ReplyDelete
  12. singgah tengok sama ada entri baru....semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy sikit lately...cuma blogwalking..thanks..

      Delete
  13. best cerita ni tapi tak apply a - list lah pulak . ok lah dpt imagine sinopsis kat sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg menarik cerita ni..tapi takde dlm internet..Myn Bala ada kt youtube..best jg cerita ni..filem Kazakhstan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!