Tuesday, September 23, 2014

Japan: Day 1 - Nagoya (Part 1)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat mendarat di tanahair pagi Ahad lepas. Lapan hari mengembara di negara Jepun, the land of the rising sun, memang best..nak abadikan pengalaman ini untuk kenangan dan juga untuk panduan di masa depan..



Untuk trip ni, fly in to Chubu, Nagoya and fly back via Haneda, Tokyo. Naik Air Asia dgn total airfare - RM1,028.45. Lepas raya, beli Japan Rail (JR) Pass di Bangunan Amoda, dapat harga RM932.

Tiket pergi dibeli dalam bulan Januari lagi, kemudian rancang-rancang perjalanan secara kasar, baru beli tiket balik dalam bulan Mac, selepas kakak saya balik dari umrah. Dalam bulan Mac juga settle booking semua hotel. Gigih betul, bersemangat nak gi Jepun, 6 bulan buat itinerary, buat research..Lama juga nak tunggu trip to realise, lebih kurang lapan bulan gitu, orang lain dah pergi berhanami, bersakura-san, bersushi, bershinkansen, kami  memendam rasa..huhu..counting months...sabar, sabar...

At last, hari yang ditunggu sekian lama dahpun tiba, bergeraklah ke KLIA2 malam 12 September. Flight pukul 00:45, pukul 7.30++ mlm, dah check-in (sebab malas nak kehulu kehilir dengan beg besar)...sekali, masa tunggu nak boarding, ada announcement nama kami berdua, suruh pergi verify boarding pass kat kaunter gate berlepas...entahlah, mungkin check-in awal sangat kot..tak dapat boarding pass yang kertas keras tu...huhu..

six and a half hours to go


Alhamdulillah, selamat mendarat di Chubu Centrair International Airport, Nagoya..pukul 8.20 pagi waktu tempatan...


Alhamdulillah, proses immigration sekejap je, then pi collect beg, freshen up, kemudian bergerak ke Access Plaza untuk ambil sky train ke Nagoya station. Skytrain ni under Meitetsu line, so Japan Rail Pass memang tak cover. JR Pass pun kena di activate di JR station di Nagoya city.


Laluan ke Access Plaza
Information Centre
Kami beli first class car ticket yang berharga 1,230 yen, dapat dua tiket ni. Untuk masuk ke platform, tiket yang kecik je di slot in ke dalam tiang dan akan keluar balik di hujung tiang. Jangan lupa ambik balik tiket kecik ni..

Dalam tiket, dah ada nombor koc dan no. tempat duduk, so tunggu di koc yang betul..

no. koc ada ditulis diatas pintu kaca di depan pintu train
Train dah sampai, wahh..teruja betul nak naik train di Jepun ni..nampak pekerja-pekerja membersihkan koc..siap pusing-pusing kerusi..canggih-canggih..


Tiket yang besar diletak begini untuk conductor check...tak tahu sebenarnya, tiru passenger Jepun buat..hihi..


Train bergerak laju, mengambil masa 28 minit ke Nagoya station..sampai di station, blur sekejap..ramainya manusia, bergerak ke sana-sini, dari setiap penjuru..ambik nafass...nasib baik sebelum fly ke sini, dah study map Nagoya station ni, study macam nak ambik exam, so tahu yang train ni berhenti di Meitetsu station yang bersambung dengan JR station..so ikut je signboard JR, end up keluar bangunan dan masuk ke JR station..

Masuk je entrance JR, nampak coin lockers, tapi bila check, locker yg besar semuanya dah taken up.  Alhamdulillah, ada seorang pakcik pekerja JR, nampak kami dok melilau cari locker, dia pun bagi isyarat yang locker penuh, dia suruh kami ikut dia pergi ke locker di tempat lain..kena pulak menempuh main entrance JR station yang penuh dengan ribuan manusia..

Tambahan pula hari Isnin ialah cuti umum di Jepun, ramai sungguh yang nak balik kampung, cuti tiga hari..dengan shopping complex Takashimaya pun dekat situ juga..



Dapat juga meloloskan diri, ikut pakcik tu, turun ke basement, ada banyak locker, dekat Exit 11 subway Sakura-dori, dekat dengan basement B1 & B2 Takashimaya..Alhamdulillah..ambik satu locker dgn harga 700yen..

Kira-kira duit syiling tak cukup pula, duit syiling 500yen takleh masuk..tanya kat satu couple Jepun ni, yang lelaki bersikap gentlemen, siap naik atas, tolong tukar duit..Alhamdulillah..arigato gonzaimas..

locker tempat simpan beg
Masalah beg dah settled..sekarang nak activate JR pass pula, dah pukul 10.00++, kena activate di JR office. JR office ni letaknya diantara silver clock tower and gold clock tower, two famous landmarks in Nagoya JR station.


silver clock tower
gold clock tower

JR @ Takashimaya
Hisho 'flight' monument and spiral building
Beli JR pass untuk tujuh hari, pass activate keesokan harinya..hari Ahad,14 September. Lagipun di Nagoya, JR pass sangat limited. Subway, bas dan train semua tak dicover oleh JR pass. Memang plan untuk stay satu malam di Nagoya untuk tunggu activate JR pass hari Ahad.

Untuk bergerak di Nagoya, kami beli weekend eco pass yang berharga 600yen, one-day pass untuk subway, city bus dan sight-seeing bus (Me-guru).


beli di ticket machine
Dah ada one-day pass, jom kita ronda-ronda Nagoya city, ada enam line subway, tapi yang sempat guna cuma tiga saja..



Nak ke mana kita? moh beli kain..haha..

Itinerary pertama, let's check out Masjid Nagoya ..bersambung.

26 comments:

  1. wah...sukanya saya kawan-kawan dapat ke Nagoya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket ke Nagoya considered yg paling murah utk ke Japan...

      Delete
  2. Selamat kembali dari bercuti..... banyak beli kain ker???

    ReplyDelete
  3. Itulah pentingnya study macam nak exam sebelum pergi ye. Kena sesak-padat umat manusia taklah tercengang-cengang. Satu yg pasti org sana memang sangat helpful dan majoriti mereka sangat bersopan itu yg suka kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, bila pergi sendiri ni, kena study secara detail, supaya tak hilang panduan. Org2 Jepun pun suka membantu, kdg2 bersusah payah cuba nak bantu, respect mereka tu..

      Delete
  4. alamak.. dah siap update.. bagus. bagus..

    * menunggu mood rajin gak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara ada mood rajin nih...nak menunggu full entry Japan kali-2 Meng entah bila nak kluar...

      *huh, huh, tiup mood rajin..

      Delete
  5. Okaerinasai...

    Travel kat Jepun memang best.. semuanya punctual...cuma kos agak tinggi...

    Tak tau lah bila dapat mengulang ke sana lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. enam bulan En Mie tinggal di sana mesti dah byk jalan-jalan...ya, betul, kos agak tinggi, tapi bolehlah berjimat-cermat..

      Delete
  6. wah dh pulang dari jepun ya mesti banyak cerita yg nk dikongsikan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat pulang...

      Delete
  7. Senang tak dapat makanan halal kat sana nohas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah, kak..tapi kedai Turkish kebab ada di kebanyakan bandar2 besar..

      Delete
  8. Salam perkenalan Nohas..
    Akak suka follow blogger yg rajin travel.. seronok baca kisah perjalanan mereka.. pastu dapat info yg bagus bila kita nak pergi travell pulak kan..
    Bila baca entri Nohas sebelum ni macam diri akak pun ada di Jepun ehe :)

    Akak follow nohas #123 jemputlah ke blog kecil akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kak Nur Hayati,

      Terima kasih follow blog kecil saya ni, saya travel sekali-sekala je, In shaa Allah, akan coretkan catatkan perjalanan ukt kenangan dan panduan..semoga bermanfaat..

      Dah follow blog akak, thanks..

      Delete
  9. Okaeriiii~ XD

    Waaa ada japanese guy tolong tukarkan duit... sangat gentleman nippon-jin ni, shinsetsu desu ne (baik hati kan)... sis beli kain? ada beli kimono atau yukata ka? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..baik hati and gentlemen Japanese guy tu..lama juga dia kat atas tukar duit syiling..

      takdenya beli kain, kimono or yukata...saja je, kat Malaysia, Nagoya kan kedai kain..hehe..

      Delete
  10. bestnya dah sampai jepun, rasa macam mimpi bila dah sampai balik, Alhamdulillah. enjoy reading and buat rasa nak pi la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..rasa mcm mimpi dapat jejakkan kaki di Jepun, masa kecik2 dulu, rasa Jepun tu jauh sangat...

      Delete
  11. samala kita nohas, masa buat itinerary travel tu, 5,6 bulan baru siap, ahaha...menarik entry ni, nak tau jugak ada apa yang best dekat nagoya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat research utk itinerary, 5,6 bulan, rasa puas hati...di nagoya city, tak byk tempat menarik, di luar nagoya yg byk spt Shirakawa-go, Karenkei Valley.

      Delete
  12. mmg kena kental jiwa bila travel ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, kena kental jiwa..bila bergerak sendiri, segala masalah kena selesaikan sendiri, walaupun terpaksa berkomunikasi bahasa ayam, itik, bahasa isyarat..

      Delete
  13. Bangunan mencakar langit yer kak... tapi Negara dorang bersih la kan... kagum tau...
    ada masalah komunikasi tak kak? dah la pergi sendiri kan... ermm kalau communication breakdown payah gak tu... tapi idah nampak byk juga tulisan English... jadi mudah laa... ingatkan orang sana takmo pakai English... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab bersih tu memang kagum betul...susah nak cari tong sampah kat tepi jalan...

      memang banyak signboard in English, senang sikit pergerakan..walaupun org Jepun ni tak faham English, tapi mereka sanggup bersusah payah nak tolong kita, itu yg respect..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...