Thursday, September 25, 2014

Japan : Day 1 - Nagoya (Part 2)

Sambung perjalanan di Nagoya.  Dah beli one-day pass, destinasi pertama ialah Masjid Nagoya.

Nak ke masjid, naik subway Higashiyama, turun di Honjin station, dua station je dari Nagoya station. Keluar exit 3, ikut main road ke kanan.

Lokasi Masjid Nagoya
Honjin station - atasnya ada terminal bas
Kami ambik exit 4 dulu sebab nak lunch di Turkish Taste, tapi tutup pula. 

Takde rezeki makan di sini
Kemudian turun balik ke stesen (sebab takut sesat), ambik pula exit 3 untuk ke masjid. Berjalan menyusuri main road ni, terpesona melihat kawasan sekitar yang bersih di sana-sini. Semasa jalan kaki ni, kena berhati-hati dengan penunggang basikal yang tiba-tiba muncul di tepi anda.

jalanraya, siarkaki yang bersih
Di Jepun, ada disediakan lorong-lorong khas untuk penunggang basikal, akan jumpa pelbagai penunggang basikal, dari pekerja pejabat, suri rumah, budak sekolah, dll. Enviromental friendly..sistem pemanduan dan jalanraya di Jepun sama macam di Malaysia, driver sebelah kanan, senang nak comprehend..

Masjid Nagoya letaknya sebelah kanan jalan raya ni..di celah bangunan..Alhamdulillah, dah sampai. Semasa kami sampai, ada seorang muslimat Indonesia pun sampai juga, dia suruh kami masuk ikut pintu sebelah kiri, naik ke tingkat satu..dan beritahu ada tempat wuduk di atas..

Masjid Nagoya
ruang solat muslimah - cantik carpetnya
Di ruang solat muslimat, ada dua lagi wanita Indonesia sedang menunggu untuk solat Zohor berjemaah. Rupa-rupanya waktu Zohor masuk pukul 11.30 pagi, tapi solat berjemaah hanya dilakukan pada pukul 12.30 tengahari.

Gembira berjumpa saudara seakidah di rumah Allah..nama mereka Shanti, Ika dan Mia. Mereka semua tinggal di Nagoya. Mia berkahwin dengan orang Jepun. Mereka beritahu malam ni ada kuliah ilmu di masjid ni selepas Maghrib, kemudian ada jamuan makan.

solat berjemaah dah bermula - tengok dlm CCTV
solat jemaah muslimah
view dari ruang solat muslimah - first time tengok wayar elektrik mcm tu
lokasi Masjid Nagoya di antara dua bangunan
Selepas solat, mereka mengajak kami makan siang di restoran halal dekat kawasan masjid. Alhamdulillah, takde rezeki makan di Turkish Taste, makan di sini pun OK juga, asalkan halalan toyyibban..

lorong menuju ke restoran halal
rumah Jepun yang kecil lagi cute
ini restorannya - Gandhaara Restaurant
Kecil je restorannya..muslimah Indonesia ni beritahu kari di sini yang paling sedap..tapi kami order nasi beriyani ayam..lapar nasi..

nasi beriyani, roti naan & kuah kari dan salad
Mia dan Ika order roti naan dan kuah kari dan bagi kami cuba rasa kari Jepun..hmm..lebih susu dari kari, rasa karinya tidak begitu terserlah, very mild..kari sudah popular di Jepun, banyak kali juga jumpa curryhouse Jepun semasa di sini..

Selepas makan, mereka mengajak kami naik kereta kawan mereka, muslimah Indonesia juga, beria-ria nak menghantar kami ke Noritake Garden. Kami menolak, tapi mereka bersungguh-sungguh mengajak, pening macam ni..nak tak nak, naik jugalah, nasib baik MPV..muatlah tujuh orang semuanya plus one budak..Alhamdulillah, mereka berkata bersilaturrahim itu indah..ya bagus sekali..

Kami diturunkan di depan Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology..rasa malas pulak nak masuk..just ambik gambar saja..

Toyota Museum

Kemudian berjalan ke arah Noritake Garden...ada banyak entrance, kami masuk ikut north entrance, agak jauh juga berjalan dari Toyota Museum..

North Entrance


Masuk ke garden ni free, tapi nak masuk ke craft centre kena bayar 500yen. Ada muzium, cafe and galeri. Noritake ni porcelain Jepun, yang popular di Malaysia ialah pinggan mangkuknya..harga ribu-riban..tengok je lah..



Cuaca masa ni sangat panas, ada anak sungai yang dingin airnya..




Tak berlama-lama di sini, kami pun dah tak larat, berjalan ke Kameshima station, ambik Higashiyama line ke Nagoya station. Ambik beg dan berjalan ke hotel. Hotel dekat je dengan station, landmarknya Exit 2 subway station.

Nagoya Ekimae Montblanc Hotel
Untuk satu malam di Nagoya, booking hotel ni via Agoda..ambik small double room (yang paling murah - RM330 per night without b/fast..huhu)..sleeping beauty..full hotel facilities..

 
bilik air yang moden
yg penting ada ni..remote control bidet
Lastly, only in Japan..penutup manhole in Nagoya..



To be continued..

18 comments:

  1. Wah, Nagoya tempat yang menarik juga...
    kalau x silap, ada bazar di nagoya tu...
    area Naka-ku Nagoya
    ehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, bandar2 di Jepun memang menarik utk diexplore..

      tak habis study Nagoya city ni, Naka-ku??..entah dimana..

      Delete
  2. sama ler duduk hotel montblanc tu. tp time tu dpt murah skit kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dkt dgn station, pejam mata booking jg, tapi share dua orang x terasa sangat..

      Delete
  3. tak borong noritake ker??? kalau kat malaysia harga sebiji proton........

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dkt tanah kelahirannya, di convert-convert, masih tak mampu..huhu..

      Delete
  4. Kalau mai sini better stay kat Montblanc Hotel eh? Wokeh noted!~ XD

    Cantik cuaca sana time ni noh, cerah dan bersinar-sinar~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Montblanc ni kira dekat sgt dgn Nagoya station..yg belah kiri station pun ada hotel yg dkt, tapi tu red-light district..

      memang bersinar-sinar..memancar-mancar..panas betul..

      Delete
  5. Masalah saya bila travel adalah makanan... Ada kedai nasi beriyani... hmmm! orait jugak tu... saya ni bab makan cerewet jugak nohas... Dulu pernah ke Beijing seminggu... punyalah payahnya nak makan... saya tak lalu mkn nasi dan lauk2 yg di masak style org tempatan dan hidangan tea china... payah sangat nak dapat air kosong atau mineral...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bawa bekal Brahims, canned foods..nasi beli di 7-E...tapi bila jumpa kedai halal, terus masuk dan makan sebab susah nak jumpa...

      lauk dimasak org tempatan tidak memenuhi citarasa kita..takde rasa, tawar, tapi makanlah juga utk tenaga..

      Delete
  6. Salam jumaat yer ! wah best2 nampak menarik kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali...terima kasih berkunjung ke sini..

      Delete
  7. Wah ada restoren cita rasa Msia....ok lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beriani OK, cuma kari dia style Jepun, kurang rasa karinya..

      Delete
  8. kak nohas tak masuk ke noritake museum tu... setidaknya tak dapat pinggan mangkuk tu dapat tengok jer pun jadikk laaa... hehehe... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk..mula2 sebab nak pegi toilet, lepas tu ronda-ronda sekejap, banyak pamer sejarah2 noritake, pengasasnya..lepas tu ada dokumentari filem, dalam bahasa Jepun, rasa mcm boring..keluar gi galeri, yg ni lagi best..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...