Sunday, September 28, 2014

Japan: Day 2 : Takayama

Hari Ahad : 14 September 2014

Hari kedua di negara Abe...Shinzo Abe, PM Japan...pagi ni, breakfast nasi impit di hotel room dan buat sandwiches, bawa bekal.

Check out hotel, simpan beg di JR station dan reserve tiket ke Takayama..mula guna JR Pass..
JR Nagoya on Sunday morning
Takayama letaknya ke utara Nagoya di Gifu Prefecture, nak bezakan dengan Takayama yang lain, dipanggil juga Hida-Takayama. Sebab utama nak pergi Takayama ialah untuk pergi ke Shirakawago, kampung yang ada rumah 'gassho-zukuri'..a UNESCO world cultural heritage.

Bertolak dari Nagoya station pukul 7.45 pagi, naik Limited Express Hida dan akan sampai di Takayama pukul 10.02 pagi..dua jam setengah dalam keretapi..huhu..


menunggu train di platform
platform
Sebenarnya, Takayama dan Shirakawago ni mula-mula tak termasuk dalam itinerary sebab jauh sangat, 5 jam pergi balik dari Nagoya, lagipun dah booking hotel di Osaka, dah bayar untuk tiga malam, malas nak cancel. Untuk ke Shirakawago, lebih baik stay one night di Takayama, supaya tak terkejar-kejar masa. Kalau day trip, ambik masa satu hari juga. 

Tapi bila tengok Supermeng up gambar Shirakawago, macam menarik je, hati meronta-ronta nak pergi juga. Kakak pun asyik tanya 'tak pergi ke? tak pergi ke?, terus tukar itinerary. Day trip pun belasah je, tawakkal ja. 

Jenuh juga check timetable train di website Hyperdia, check pula timetable bas Nohi, supaya 'in sync' - Nagoya-Takayama-Shirakawago-Takayama-Nagoya-Osaka, supaya sampai di Osaka tak lewat malam sangat..tempat baru, nak cari hotel malam-malam memang sangat leceh..

OK, dah ready..pray hard supaya perjalanan smooth..train ke Takayama dah sampai..2 jam setengah dalam train, layan view kampung-kampung Jepun, sawah padi...memang berbeza dari Malaysia, tanah sekangkang kera tepi rumah pun ditanam pokok padi..tiada pembaziran tanah di sini..

sawah padi dan rumah-rumah batu
Kemudian masuk kawasan bergunung-ganang, sungai-sungai, kampung-kampung lagi.. 
 
sawah padi dan gunung-ganang
 
bersih dan kemas kawasan kampung ni
 

Sempat jugalah tidur beberapa lapse, makan, minum, tidur balik...dah sampai pekan Takayama.

Pekan Takayama - sebelah kiri JR station, sebelah kanan Nohi Bus Terminal
Turun dari train, terus ke Nohi Bus Terminal, beli tiket ke Shirakawago, bas pukul 10.50 pagi. Ada masa lagi, lintas jalan, bergerak ke Sanmachi area, Takayama's old city, yang ada rumah-rumah lama..ramai tourists sama-sama berjalan ke arah Sanmachi..Takayama, bandar kecil saja, semuanya within walking distance...cute, I like..


tourists bergerak ke arah yang sama
50m lagi
melintas sungai ni
cute marketing
cute little things
rumah-rumah lama
suasana di sanmachi - penarik lanca pun ada
Penuh sesak dengan tourists di Sanmachi area. Bergerak balik ke Nohi bus terminal.


























melintas sungai ni balik..jambatan merah nun di hujung sana
gun shop pun ada
penarik lanca di Takayama - lampu jalan yg menarik, ada lampu bunga lagi
Sarubobo dolls
tunggu bas di sini - Nohi Bus Terminal
Harga return tiket - 4420 yen - mahal nak mapoh
Naik Nohi bas, harga return tiket ke Shirakawago ialah 4420 yen=RM136. Bas pula limited, ada yang perlukan reservation, ada yang open tiket. Kami ambik open tiket. Masa riki-riki dalam internet, ada terjumpa bas yang lebih murah ke Shirakawago oleh J-Hoppers, tapi tengok masa, tak sempat nak sampai dari Nagoya. Kalau menginap di J-Hoppers Takayama, lagi murah, ada package sekali dengan hostel.

Bas dah sampai..jom naik, free seating, jangan lupa pakai tali pinggang keledar..tak sabar ni...expected pukul 11.40 pagi baru sampai..lebih kurang 50 minit perjalanan..sempat lagi tidur dalam bas..

20 comments:

  1. Replies
    1. ya, betul..berbaloi masa, tenaga dan tiket bas yg agak pricey tu..

      one of the best places to visit in Japan..

      Delete
  2. Cantik pemandangan kawasan kampung tu... hmmmm - berangan ni letakkan diri saya kat situ... ei jumpa oshin tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. view countryside yg cantik...ada nampak oshin sedang jemur padi, tapi dia pakai seluar pjg, tak pakai kimono..hihi..

      Delete
  3. SAWAH PADI N KAWASAN PERDESAAN JEPUN YG INDAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawah padi dia pelik sikit, ada pulak rumah-rumah batu di tengah-tengah sawah..

      Delete
  4. Sawah padi dan rumah2 batu... ada sikit2 rupa macam kat Perlis ni, hehee~ ;3

    Japan memang banyak benda2 cute kan, kawaii dan Jepun berpisah tiada~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pegi Perlis ni, nak mengimbau kenangan di Japan..hihi..

      ya, betul..byk benda2 cute..like 3x

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Sis nohas...Jelesnya...Nk ikot....huhuhu...

    Sis,
    Buat lah photobook ur trip...

    cekidout de promotion...

    http://hnr318.blogspot.com/2014/09/photo-book-sale-n-promo.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam...In shaa Allah, akan sampai jg..

      syukran, nak buat jg..thanks for the link..

      Delete
  6. tengok langit pun tau, udara bersihkan..

    ReplyDelete
  7. Cantik pemandangan.
    Bersih ajer negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. view countryside..kpg2 mereka, bersih je..

      Delete
  8. Thank you for all the info. Boleh jd rujukan ni nnt kalau pegi jepun. X pernah sampai lg.

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih berkunjung ke sini..

      dah visit ke sana and follow sekali, tak sabar nak baca entry ke Tasmania..

      Delete
  9. Subhanallah cantik nyer Negara dorang kak nohas... antara Negara impian idah nak singgah...
    sanmachi tu macam yang dalam criter bersiri o-shin dulu2 tu... kedai dia... cantikk... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. view countryside...rumah2, kedai2 di sanmachi area memang di preserve style dulu2..for tourism purpose...memang cantik..

      Delete
  10. pandai diorang preserve culture dalam arus kemajuan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun dan Korea memang pandai preserve their culture utk generasi baru...jd tarikan pelancong tempat2 mcm ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...