Friday 3 October 2014

Japan : Day 3 - ke Pulau Kyushu

Hari ketiga: Isnin, 15 September 2014.

Hari ni ialah Keirō no Hi (Respect for the Aged Day), cuti umum di Jepun. Diraikan pada hari Isnin minggu ketiga dalam bulan September. Hari meraikan warga emas.

Suasana lengang di pagi hari, masa ni pukul 6.15 pagi. Morning walk ke stesen Shin-Osaka.

best macam ni...laju je jalan

tempat parking basikal
Cuaca sejuk, 15 minit berjalan, sampai di stesen Shin-Osaka. Hari ni nak pergi lebih jauh, memaksimakan penggunaan JR pass. Kita ke Pulau Kyushu, ke bandar bom atom kedua, Nagasaki.  Disebabkan shinkansen tak pergi ke Nagasaki, kena transit di stesen Hakata di Fukuoka.


Seperti biasa, reserve tiket. Kali ni naik shinkansen Sakura, pukul 7.15 pagi. Dua setengah jam untuk sampai di Hakata station. Train ni pergi ke Kagoshima, stesen shinkansen terakhir.

ini shinkansen nya
Hari ni baru nak explore facilities dalam shinkansen, semalam ramai penumpang.
ada dressing room, ada powder room dan toilets. Yang ni toilet with diaper changing facility
Toilet memang canggih, nak lower kan toilet seat, guna sensor, nak flush pun guna sensor. Bila nak keluar, buka je kunci pintu tandas, toilet seat akan naik secara automatic. Canggih gila.

Baca suratkhabar dulu, sementara tunggu train conductor datang check tiket.


What's the interesting news? PM Jepun, Abe 'neutral' on consumption tax hike to 10%. Kalau jadi, October 2015, consumption tax akan naik 10%, sekarang dah 8%. Bertambah mahal lah hotel room.

Layan juga view pemandangan sebelum terlelap berkali-kali..


Dah sampai Hakata station, reserve tiket Limited Express Kamome ke Urakami station. Kenapa Urakami? Kenapa tak Nagasaki station? sebab nak pergi ke Peace Park, lagi dekat dari Urakami station.


Peace Park letaknya ke utara Urakami station
Naik ke platform, terjumpa suami isteri orang Indonesia nak pergi ke Huis Ten Bosch. Platform sebelah-menyebelah je. Tergugat perasaan, rasa macam nak jump train je..hehe..

Train dah sampai, jom naik. Mak aii, cantiknya train ni..dua jam duduk dalam train yang cantik, OK jer..

 
Ada semi-compartment seat
Layan view dari Hakata ke Urakami, view countryside, sawah padi lagi..


 Dah nak sampai Urakami, view laut pulak..



Dah sampai Urakami, singgah toilet dulu, ada langsir, pink untuk wanita, biru untuk lelaki..hehe..


toilet with langsir
Di Urakami station, hanya ada satu exit/entrance, keluar je, terus ke jalan besar. Untuk ke Peace Park, kena naik tram.  Di Nagasaki, takde subway. Hiroshima pun sama. Kenapa ye? entahlah, mungkin sebab dua-dua bandar ni pernah kena bom kot.

Stesen tram depan stesen Urakami, tengok makcik depan berlari-lari anak. Oh, tram dah nak sampai. Kami pun ikut berlari-lari juga. Terus lompat ke dalam tram..terus gi ke tempat pemandu. Tunjuk kat driver, duit syiling 140yen atas tapak tangan. Dah buat research, lupa pulak tram fare berapa yen. Driver tu baik, asingkan dua syiling 10yen, oo maknanya..tram fare ialah 120yen, kemudian dia bagi isyarat bayar masa nak turun. Tram fare di Nagasaki ialah flat rate 120yen.

Dah duduk, snap-snap gambar dalam tram. Old school sikit tram ni. Antik and klasik.


 


Dah sampai di stesen Matsuyamamachi, driver tu siap paling belakang, bagi isyarat supaya kami turun disini. Macam tahu-tahu je. Yelah, mana lagi nak pergi kan, melainkan tempat tourist yang famous di Nagasaki. Lintas trek tram dan lintas jalan utama, sampai di peta ni.

Layout Peace Park
Ada dua bahagian. Kita pergi ke kiri dulu , ke Peace Park yang ada monument dulu, nun atas bukit. Alhamdulillah, ada escalator.


 Jumpa fountain ni. Fountain of Peace.




Kemudian ada monumen-monumen lambang keamanan sumbangan dari negara-negara Barat seperti Jerman, Rusia.


Monument sumbangan negara Jerman
Bell of Nagasaki
the Peace Statue
Monument utama - the Peace Statue
The Peace Statue ni dibina pada tahun 1955 selepas 10 tahun peristiwa pengeboman oleh tentera US pada 9 Ogos 1945 dalam Perang Dunia ke-2. Tahun ni genap 69 tahun peristiwa tersebut.



total disaster
Dekat mana-mana plague/information yang ada di Peace Park ni, takde tulis pun US yang bom. Faham-faham sendiri.


Yang ni apa? Cuba teka


Hadiah pokok Dogwood dari US untuk rakyat Japan pada tahun 2013 sebab kerajaan Jepun bagi 3,000 batang pokok Cherry Blossom kepada US dalam tahun 1912. Ni kira membalas hadiah selepas 100 tahun..lama tu. US dan Japan dah ada diplomatik relationship sejak tahun 1912, tapi tahun 1945, US bom juga dua bandar di Jepun ni..hii..tak faham betul. Masa perang, kawan jadi lawan.

OKlah, dah habis ronda di sini, bergerak ke peace park di sebelah kanan pula, akan jumpa ni. Ground Zero. The Hypocenter of the Atomic Bomb Explosion. Tempat bom atom jatuh dan meletup pada pukul 11.02 pagi, 9 Ogos 1945.


gambar dalam plague ni diambil dalam bulan Oktober 1945

monumen 50 tahun
Naik lif untuk ke muzium, escalator takde, tak larat nak naik tangga, sayup, tinggi.

mascot muzium

view dari muzium
Malas nak masuk muzium, cuma pergi ke museum shop saja. Bergerak ke tram station. Kali ni nak naik train dari Nagasaki station.


tram station

takde palang pun tapi ada trafik light



Tram penuh sesak. Maklumlah hari cuti.

Nagasaki city

Nagasaki station bersambung dengan shopping complex
Yang berdiri pakai baju hitam dan bertopi jerami tu sebenarnya peminta sedekah. Bila lalu je tepi dia, terus dia buka tangan, nampak bekas untuk isi duit. Buat don't know je..


Sampai di station, nak reserve seat ke Hakata, dah habis reservation. Ramai sungguh nak balik, maklumlah cuti panjang. Takde reservation pun takpe, sebab train start dari station ni, boleh pilih seat..yuhuu..dalam train, apalagi berehat (baca: tidur).

tempat simpan beg mcm dalam kapal terbang. Keretapi Limited Kamome trainnya cantik-cantik
Dari Hakata ke Shin-Osaka pun tak dapat reservation, dah habis juga. Yang ni, kena beratur siap-siap, nak rebut seat sebab shinkansen dari stesen Kagoshima, dah ada penumpang, tapi Alhamdulillah, dapat juga seat. Ada yang kena berdiri.

full house di non-reserve coach
Dalam shinkansen, sambung berehat..hehe. Keseluruhan perjalanan, 9 jam dalam train, 3/4 dari masa jaga ku. Pergi balik : 5 jam (Shin Osaka - Hakata) dan 4 jam (Hakata-Nagasaki). Nak sangat maksima, ambik kau, sampai rasa cemuih naik keretapi.

Till then, Selamat Hari Raya Aidil Adha.

20 comments:

  1. wow hebat.. sampai ke nagasaki.... thanks for sharing nagasaki peace park punya pic

    ReplyDelete
    Replies
    1. misi menjejak kota 'atomic bomb'...you're welcome.

      Delete
  2. Seriously wow... awesome giler lah, sampai ke nagasaki tu... boleh tengok sendiri ground 0 tu... sugoiii!~ (hebat!) X3

    Ya... sejarah mereka, US, dan sejarah kita... saling berkaitan. Bab perang2 ni, kalau tok nenek masing2 negara berkawan dulu, tak menjamin anak dan cucu masing2 tak akan berperang juga, apatah lagi bila tiba zaman cicit piut nanti... friendships never last for generations, nobody can estimate the future... huhuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak merealisasikan subjek 'Sejarah'..hehe..menjejak kota bom atom...takde hebatnya..just duduk + tidur dlm train, sampailah kita ke Nagasaki..

      entahlah, kalau x gugur bom atom ni, mungkin perang dunia berlarutan bertahun-tahun lagi..perangai tentera Jepun dulu memang teruk sangat, berbeza sungguh dgn orang Jepun sekarang..

      Delete
    2. betul tu sis... segala benda yang berlaku tu ada hikmah di sebaliknya ^^

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Selamat melancong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakummusalam, Alhamdulillah...dah selamat pulang..

      Delete
  4. Jauhnya merayau... untunglah sebab sistem kereta apinya yang cekap dan menepati masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, sistem keretapinya yg cekap dan selesa, membuat perjalanan yg jauh tak terasa letih..enjoy the ride..

      Delete
  5. Samalah kita, selamat hari raya aidil adha & maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum kak..seronoknya dpt berjalan pai jepun ni..bersih ya kak..dpt tgk gmbq pun jadila kak..tq kak..kongsi gmbq2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ya, betul, Jepun negara yg bersih.

      Delete
  7. bagusnya ada aged day for warga emas, one day we'll be there too. maaf zahir batin nohas.

    ReplyDelete
  8. Wah... macam2 kenderaan sis cuba dan naik kat sana yer...
    Jalannya kosong jerr... tak banyak kenderaan... mungkin majoriti naik public transport yg cekap kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik public transport lagi mudah...mungkin hari cuti, tak banyak kenderaan di jalanraya..

      Delete
  9. train dia canggihnya bersih lak tu . heaven jer bila travel time cuti ... rugi tu pi tido . banyak pemandangan yg menarik . bkn dpt tgk lagi bila dah balik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limited Kamome cantik2 trainnya, memang selesa...mula2 tengok juga pemandangan kat luar, tapi dah x larat, terlelap jg..

      Delete
  10. Kalaulah saya berpeluang melancong ke Jepun... apa yang saya teringin adalah menaiki shinkansen...keretapi terlaju di dunia tu... dan melawat Sapporo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, semoga tercapai segala impian akak..Sapporo memang cantik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!