Monday, October 6, 2014

Japan : Day 3 - Osaka Namba

Masih di hari ketiga di Jepun. Balik dari Nagasaki, dari Shin-Osaka, ambil Midosuji subway ke downtown Osaka, kali ni ke Namba station. Hasrat hati nak ambik gambar Glicoman di tepi terusan Dotonbori, the famous icon kota Osaka. Ramai blogger dah bergambar di sini. Jom kita cari.

dalam Namba station menuju ke exit
Keluar saja dari subway, akan masuk ke underground shopping mall yang dipanggil Namba Walk. Besar juga underground mall ni dan banyak exit. 


Tak ingat keluar exit berapa, tapi bila naik ke atas, nampak entrance ke shopping arcade Ebisu-bashi-suji yang berhadapan dengan Takashiyama retail mall.


Masuk entrance ni dan jalan terus akan bertembung dengan Dotonbori Street dan jambatan di sebelah Glico image. Senangkan? tapi kami lalu je depan arcade ni, mengikut langkah kaki, sampai jumpa Daiso, siap beli barang kat Daiso, kemudian tanya adik jaga kaunter, dia cakap belah sana. Tak berapa faham sangat direction yang diberi. Belasah je, mencari tempat di waktu malam, memang selalu lost orientation.

Patah balik ke sini, tak masuk juga Ebisu Bashi-Suji ni, ikut jalan besar, at last jumpa juga terusan Dotonbori. Ramai orang sedang snap-snap gambar. Rupa-rupanya Glicoman dah bertukar jadi Glicogirl..huhu..tak pasang lampu, tak best le pulak.

Glico image di Terusan Dotonbori
Glico Girl - gaya dan posisi yang sama
Dotonbori river cruise
Jalan-jalan ditepi terusan ni, masuk Don Quito, penuh sesak, ramai orang, keluar balik. Di sepanjang terusan ni, memang banyak cafe-cafe jual takoyaki, streetfood Jepun yang famous, yang berasal dari Osaka. Ada yang gandingkan dengan okonomiyaki.

Teringin juga nak rasa takoyaki Jepun ni. Singgah beli di kedai ni. Enam biji for 450yen.

Laju je dia buat
Takoyaki ni macam cekodok octopus (sotong kurita). Takoyaki yang kami beli memang special request, takde sos.  Balik hotel, makan dengan sos cili dari Malaysia. Sedap juga.
Takoyaki without sauce
Lintas jambatan, berjalan ke arah Dotonbori Street yang happening, yang banyak dengan restoran-restoran, cafe-cafe.

Terusan Dotonbori
Yang menarik di sini ialah replika-replika sotong kurita, ketam dan macam-macam lagi, yang bersaiz besar diletak didepan kedai untuk menarik perhatian pelanggan.

ketam dan muka orang bengis (tak tau kedai apa tu)
kedai sushi
sudah semestinya - kedai takoyaki
Jalan-jalan lagi, masuk satu simpang, kawasan berbumbung
penunggang basikal tu pun nak menyelit juga
jumpa outlet Turkish ais-krim ni.


Tanya kat dia, ada tak kedai halal atau kedai kebab kat area ni? Dia suruh keluar balik, jalan ke kanan, ada kedai Turki, kami pun laju je pergi. Cari-cari, tak jumpa pun. Jumpa yang ni, daging lembu terbaik di dunia..Kobe beef. Non-halal. Saja je, kalau halal, nak juga rasa..huhu..


Patah balik, just strolling lazily, mengikut langkah kaki sampai ke entrance Ebisu Bashi-Suji.

Dotonbori Street
jumpa juga - Glicoman
Decided balik hotel, turun di stesen, jumpa curry house ni, San Marco Curry House. Ingatkan kedai mamak je nama curry house, kat Jepun pun ada. Ada jual mee kari, nasi putih dengan kuah kari..tengok kat display je, takdelah nak masuk..hehe..


Sampai di stesen Nishinakajima-Minamigata, top-up ICOCA card, sebab dah surut. Ada instruction dalam English, mudah saja prosesnya, dapat dilakukan dengan jayanya.

percubaan top-up ICOCA
On the way balik ke hotel, singgah supermarket 24 jam ni, Gourmet City, yang jual barang-barang brand Aeon. Beli roti, sayur fresh, air dan buah-buahan.
 
Gourmet City - gambar disnap dipagi hari
Dinner tonite - mee segera + sayur fresh
Balik hotel, makan takoyaki sementara tunggu maggi masak. Maggi bubuh sayur fresh, memang nikmat. Rasa macam dah lama tak makan sayur. Minum pulak air Coca-Cola Zero. Sungguh unhealthy. Sekali-sekala, teringin.

Apa yg zero? Zero calorie
Lepas makan, buat semakan itinerary untuk hari esok. Thanks for reading, bersambung next entry.

18 comments:

  1. pergh ... confirm sakit kaki ni mengukur jalan . Dah tu tujuannya ya dak . redah jer la janji x membazir peluang yg ada ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...selagi larat berjalan, teruskan..balik hotel, urut kaki dgn minyak TYT, dibawa khas dr M'sia..hehe..

      Delete
  2. Waaah happening sungguh Dotonbori Street, king crab tu popular tu, popular dan mahal huhuu~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. happening dgn tempat makan..tapi x leh nak makan..huhu..ketam memang mahal harganya..

      Delete
  3. Gigih mencari Glico san... akhirnya pakai skirt pulak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan tersilap..rupanya dah bertukar...

      Delete
  4. Dari supermarket tu, encik jalan terus sampai ke blok yg ada traffic light...belok kiri, jalan lagi dalam 300 meter akan jumpa satu restoren pakistan :) halal restoren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the info, jauh juga dari supermarket tu, kami melintas di jambatan dkt kedai takoyaki...

      Delete
  5. Idah suka ada sungai dalam bandar macam tu... cantik kan... ala2 venice gitu... hehehe...
    Banyak kedai2 ada replica macam2 bentuk tu menarik... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada river cruise lagi..air sungainya bersih..

      Delete
  6. Apa yg kakak suka sebab pergi tanpa sekatan masa suka-suki nak masuk mana pun ok
    Tanya bila perlu. Macam seronok kakak rasa
    Makan meggi pun ok jugalah rasa ikut selera kita.. sayur kat sana mesti fresh

    Sukalah kakak baca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, travel sendiri boleh suka-suka nak gi mana2, free n easy, tapi letih berjalan, turun/naik tangga.subway..

      Dah tiga hari x makan sayur fresh, rasa best je dpt makan dgn maggi..hehe..
      .

      Delete
  7. JALAN2 SUKA HATI NIKMATI PENGALAMAN BARU TAPI JGN LUPA BAWA MAGGIE YA...SEDAPTU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maggie..senang dimasak, sedap dimakan...penyelamat di kala kelaparan, bawa pun dua bungkus je..

      Delete
  8. Walaupun maggie... tapi bila di makan di sebuah negara lain... tetiba je rasa dia jadi lain... sedap dan nikmatnya susah di tafsir... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul..rasa nikmatnya dapat makan makanan berkuah yang panas + sayur fresh...enjoy the moment..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...