Wednesday 8 October 2014

Japan : Day 4 - Hiroshima

Day 4 : Selasa, 16 September 2014

Hari Malaysia, cuti umum di negara tercinta. Hari ini, kami meneruskan misi menjejakkan kaki ke satu lagi kota bom atom di Jepun iaitu Hiroshima

Tak sempat nak breakfast di hotel, bubuh satu bekas tupperware, satu tin baked beans, sepeket serunding dan sebuku roti dalam backpack, naik subway, off to Shin-Osaka. Pagi ni, dah ramai di jalanraya, di stesen, dah start hari bekerja.
 
Shin-Osaka di hari bekerja
Reserve tiket shinkasen pukul 8.17 pagi ke Hiroshima station. Dijangka sampai pukul 10.00 pagi. Shinkansen tak penuh, selepas saja stesen Okayama, tukar tempat duduk. Duduk depan sekali, yang ada meja keras. Selalunya penumpang guna untuk pasang laptop. Tapi kami guna untuk breakfast..hihi..dah takde penumpang yang akan naik, lepas ni dah stesen Hiroshima. Empat barisan semua kosong, dua-dua belah, takde lah segan sangat. So, buka bekalan..bismillah..
Alhamdulillah

Dah sampai
Tempat pertama yang nak dituju sudah semestinya Hiroshima Peace Memorial Park. Seperti di Nagasaki, di Hiroshima juga pengangkutan awamnya ialah 'tram', selain bas dan teksi.


stesen tram di Hiroshima Ekimae
Untuk ke Peace Park, station yang paling dekat ialah Genbaku Dome Mae station. Boleh guna ICOCA card untuk naik tram di sini, so mudah sikit, just touch n go.


tram yang lebih moden
Tersilap naik tram, melencong ke arah Nagasaki Port. Terpaksa turun dan berjalan ke stesen Kamiyacho-higashi. Sebenarnya, boleh je nak jalan kaki terus ke Peace Park, tapi disebabkan cuaca panas, decided naik tram.


shopping arcade
On the way to tram station, lalu depan shopping arcade ni. Tak tau nama apa.


Teruja nampak Sogo. Dah plan nak pergi Sogo masa balik nanti. Nak check out Sogo Jepun, sama tak macam kat KL...hihi..


Tunggu tram di Kamiyacho-Higashi station
naik di bahagian tengah
OK, dah sampai di Genbaku Dome Mae station. Menyeberang jalan dah sampai di Peace Memorial Park.


Ground Zero - Sarugaku-cho Neighbourhood
Menurut wikipedia, bom atom telah digugurkan di bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Bom tersebut meletup di udara dan kesan letupan menyebabkan kerosakan tetapi Prefectural Industrial Promotion Hall cuma terjejas sedikit saja, masih teguh seperti dalam gambar di atas.

Prefectural Industrial Promotion Hall now commonly known as the Genbaku (A-bomb) dome. This building was designed and built by the Czech architect Jan Letzel, and was only 150 m (490 ft) from ground zero. The ruin was named Hiroshima Peace Memorial and was made a UNESCO World Heritage Site in 1996.

Genbaku A-Bomb Dome
Otagawa River
Children's Peace Monument

Children's Peace monumen ni ada kisah sedih. Inspirasi untuk membina monumen ini datangnya dari Sadako Sasaki, yang terkena radiasi nuklear dari bom atom pada usia dua tahun. Sepuluh tahun kemudian, Sadako mendapat leukemia dan meninggal dunia. Kawan-kawan sekelas dia syorkan satu monument khas dibina untuk kanak-kanak yang meninggal dunia kerana bom atom.

Memorial Cenotaph for the A-bomb Victims
Let all the souls here rest in peace for we shall not repeat the evil
the stone chamber in the centre contains the Register of Deceased A-bomb Victims
Peace Memorial Museum
 Berpatah balik ke Genbaku Dome Mae, menyusuri Otagawa River.

Ota River
Hiroshima's mile zero
pagoda

Dah habis ronda Peace Memorial Park, berjalan kaki ke Sogo Department Store. Masuk sekejap, sejukkan badan. Sogo Jepun ni lagi best dari yang kat Malaysia.

Hiroshima city
  
SOGO
Pacela Shopping Centre

Berjalan menuju ke utara, ke arah Hiroshima Castle. 

Hiroshima Prefecture Government buildings
Hiroshima Museum of Art
The outer moat of Hiroshima Castle
pelan susunatur
Ninomaru
Hiroshima Castle dibina oleh Terumoto Mori, a feudal lord dalam tahun 1591. Telah dibom pada tahun 1945 dan dibina semula tigabelas tahun kemudian.

inner moat
Shinto shrine dalam kawasan castle
the reconstructed castle


Berjalan kaki menuju ke tram station dekat Sukkeien Garden, berehat sebentar di tepi castle ni.



Naik tram, balik ke JR Hiroshima station, reserve tiket shinkansen ke destinasi seterusnya, Okayama. 


Shinkansen waiting room
To be continued.

24 comments:

  1. Nampak kemas dan bersih je.... Kenapa perancang bandar kat negara kita tak contoh perancang bandar negara2 seperti Jepun, Australia dan paling dekat dgn kita S'pore... tengok mana ada kios2 peniaga gerai didirikan tepi2 kakilima jalan... itu yg buat nampak kemas... sepanjang saya mengikuti cerita pengembaraan nohas ni... apa yg saya nampak sebuah negara yang kemas dan bersih, teratur dan kalau 'ikut' ke kampung2nya... scenery mcm tak di usik pun... penduduknya patuh pada undang2 kerajaan dan undang2 alam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana mcm ni boleh dilihat di Putrajaya dan Cyberjaya..the planned township..kemas, bersih dan teratur...tempat2 lain, susah nak berubah...yg berniaga di kaki lima, paling2 teruk kena angkut dgn majlis, kena denda, lepas tu ada balik..sebab ada pemintaan..

      Budaya dan mentaliti negara maju..dari kecil lagi, mereka sudah dididik supaya berdisplin, menjaga kebersihan...kita melihat ciri-ciri Islam di negara non-Muslim..

      Delete
    2. Dan satu lagi nohas... negara2 non Muslim pukul 7 malam dan tutup... tak ada lagi aktiviti malam. ... di Beijing... pukul 7 malam dah sunyi sepi. Malah di Sheffield United Kingdom pun, pukul 5 / 6 petang dah sunyi. Negara kita ni khususnya KL ambil model LA. Bandarnya hidup 24 jam.

      Delete
    3. ya, betul...shopping complex,kedai2 tutup awal...yang beroperasi malam2 cuma club, bar dan night markets...mungkin negara kita belum bersedia ke arah itu...longer opening hours = more income...malam2 ramai yang pergi shopping..

      Delete
  2. walaupun sudah dibom, hiroshima still membangun..bangunan berdiri dgn gahnya. Castle tu sangat2lah lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang hancur, mesti dibangunkan semula utk meneruskan kehidupan...Hiroshima castle memang cantik..

      Delete
  3. cantik la pemandangan di castle tu... menenangkan... cuaca panas tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sangat panas masa tu...pukul 12++..

      Delete
  4. Dpt jejak bandar bom atom juga akhirnya. Live depan mata semua memori yg selalu dibaca dari buku kini ada depan mata. Mestilah teruja - kakak yg baca pun teruja sama. Selalu tengok gambar-gambar macam ni kat kalendar kali ini ada dari blog kawan - rasa nyamannya tak sama sebab membayangkan suasananya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merealisasikan subjek Sejarah...walaupun hari bekerja, suasana tak berapa sibuk...tenang je suasana...

      Delete
  5. bersihnya tempat orang.....
    Banyak ker shopping kat Sogo?

    ReplyDelete
  6. what a wonderful place...bila lak next trip...bole joo..ein....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau lagi...belum habis letih berjalan..hehe..

      Delete
  7. menatap pic hiroshima seakan xpercaya bandar ni pernah jadi padang jarak padang terkukur akibat bom atom kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiroshima membangun dgn pesat..69 tahun telah berlalu..

      Delete
  8. Oh..ada tram ke...memang bersih sebersihnya negara Jepun kan...... rindu nak kesana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tram di Hiroshima dan Nagasaki..memang bersih negara Jepun..kagum..3x

      Delete
  9. negaranya bersih dan tempat2nya menarik.. orgnya pula berdisiplin..

    ReplyDelete
  10. Wow... another ground zero review from puan nohas... *tepuk tangan!* XD

    Awsome pictures, cuaca yang sangat ohsem untuk take pictures! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..berjaya menjejaki dua kota bom atom...

      cuaca sangat panas masa ni..pukul 12 lebih..huhu..

      Delete
  11. Jepun antara negara yang menjadi impian saya untuk diziarahi. Saya sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan rekaciptanya. Seronok dapat baca entry puan. Terima kasih, dan jemput singgah blog saya.

    syikinmaarop.blogspot.com

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkunjung ke sini. Semoga impian saudari menjadi kenyataan, In shaa Allah.

      Orang Jepun sangat berdisplin dan berdaya maju.

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!