Thursday 23 October 2014

Japan : Day 6 - Kyoto : Arashiyama - Romantic Train & Bamboo Forest

Day 6 : 18 September 2014

Awal pagi dah bangun, maklumlah , kena share toilet and shower room, takut lambat-lambat nanti, ramai pulak orang. Breakfast ala kadar, dah siap, bergerak ke Kyoto station.

Pagi ni kami nak ke pekan kecil, Arashiyama dengan menaiki JR Sagano (San-in) line, which is covered by JR pass. Kena tunggu di platform 33, jenuh juga nak berjalan ke platform ni, bersesak-sesak dengan orang nak pergi kerja, nak gi sekolah..

platform 33
Di pekan Arashiyama, JR Sagano train berhenti di station JR Saga-Arashiyama, di utara bandar ni. Keluar south exit, terus ke kanan ke Saga-Torokko station untuk beli tiket Romantic train. Tertarik dengan cerita that Chinese lady kat hostel semalam, langsung 'on' balik keputusan nak naik Romantic train ni..

The Sagano Scenic Railway (also known as the Sagano Romantic Train or Sagano Torokko) is a sightseeing train line that runs along the Hozugawa River between Arashiyama and Kameoka. Its charming, old fashioned trains wind their way through the mountains at a relatively slow pace, taking about 25 minutes to make the seven kilometer journey and giving passengers a pleasant view of the scenery as they travel from Arashiyama through the forested ravine and into rural Kameoka. 
JR Saga-Arashiyama station
South Exit
Saga Torokko station

Di sebelah station ni, ada 19th Century SL & Piano Museum...SL tu steam locomotive kot..sebab ada locomotive tepi bangunan..

19th Century SL & Piano Museum

Masa sampai baru pukul 7.00++ pagi, kaunter tiket belum dibuka lagi.  Ronda-ronda dalam bangunan, takde apa yang menarik, kedai souvenirs pun masih belum dibuka.

wall painting dalam bangunan Saga-Torokko
Tepat pukul 8.30 pagi, kaunter tiket dibuka. Kami ambil train yang pertama - pukul 9.05 pagi. Beli tiket sehala, harga 620yen, dapat car no. 5, yang last sekali, takde dinding..open-sided..

Romantic train
Dapat seat no. 4A and 4B, sebelah kanan..yuhuu..menurut maklumat, disebelah kanan, view lebih menarik..

seat number
Sebelum bergerak, ada beberapa staff lalu lalang, jual air kopi.

coffee..coffee..
Train dah bergerak..lalu di tepi Sungai Hozu..mula-mula view sebelah kiri yang menarik..bergerak ke kiri sebab nak snap gambar...




view from the train

monyet-monyet perut buncit - mascot Arashiyama

Sekejap je yang sebelah kiri, lepas tu view sebelah kanan pula yang menarik..lagi lama..sampai ke stesen terakhir, Torokko-Kameoka station..


Menghampiri station Torokko-Kameoka, nampak orang ramai sedang berjalan menuju ke sungai, siap berhelmet dan bawa pendayung..ada event..white-water rafting kot..

 
Turun di stesen terakhir, Torokko-Kameoka station, jalan kaki ke JR Umahori station pula. Nak patah balik ke Saga-Arashiyama station, boleh guna JR pass..maklumlah beli one-way tiket je, berjimat-cermat..620 yen tu banyak juga..

Jalan kaki pun tak berapa jauh..adalah 800 meter..suasana sawah padi, countryside Jepun..
kawasan sawah padi di Torokko-Kameoka station
Dah sampai di Umahori station, tunggu local train di Platform 1 untuk ke Saga-Arashiyama station..


menunggu local train di Umahori station
Dah sampai di Saga-Arashiyama station, ambil south exit dan kali ni kita ke Bamboo Forest yang terkenal di Arashiyama ni. Ikut lorong kecil depan station, jalan terus ke barat, lalu depan rumah-rumah comel orang Jepun.

laman rumah muat-muat satu kereta je  & gate jenis lipat
Akan jumpa dua jalan besar dan jalan besar yang kedua ialah jalan utama di pekan Arashiyama...pekan kecil yang comel..suka, suka..

kedai di jalan utama

pekan Arashiyama

cafe

laluan ke Bamboo Forest
Sebenarnya tak tahu laluan nak masuk ke Bamboo Forest, tapi tengok orang ramai berkumpul di cafe ni, kemudian ramai pula yang masuk lorong ni, tengok dari simpang ni macam hutan kat hujung tu..rasa-rasa ni lah kot laluannya..

bamboo design
Akhirnya..a must visit place in Arashiyama...ramai orang, takleh nak berpose-pose solo..



tong sampah pun dari bamboo juga
Ada perkuburan Jepun juga..macam ni kuburnya..

kubur Jepun

another view
Jalan lagi..to a more densely bamboo forest...walaupun itu cuma pokok buluh, tapi bila ditanam macam ni nampak menarik..







Ada dua tiga shrines dan temples dalam Bamboo Forest ni..yang ramai-ramai ni depan Nonomiya Shrine..


penarik lanca

Dah habis jalan sampai ke stesen Torokko-Arashiyama, patah balik ikut lorong tepi cafe tadi.
mesin air batu
Pelbagai jenis minuman dan ais krim ada dijual di cafe ni..termasuklah 'kakigori'..ABC style Jepun..bersambung jalan-jalan di Arashiyama in next entry..

18 comments:

  1. sungai bersih semua bersih di japan ni ye, bamboo forest tu menarik meninggi jadinya,, parents saya first oversea trip ke Japan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ditanam mcm ni, menarik jadinya pokok2 buloh...almost semua tempat di Jepun ni, bersih-bersih, jarang nampak sampah sarap di tempat awam..

      Delete
  2. CANTIK SUNGGUH VIEWS JEPUN NI...WALAU MRK NEGARA MAJU ALAM SEKITAR DIJAGA SEBAIKNYA

    ReplyDelete
  3. Huh! menggoda sungguh scenerynya... hmmm! terkelip-kelip jelah nengok dan baca cerita.... ..glup!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musim autumn lagi cantik scenery nya...ajak anak2 gi Japan..

      Delete
  4. Kakak tertarik open train tu. Kalau hujan boleh tempias tak agak-agaknya. Fresh-air gitu!
    Bamboo dia nampak bersih dan lurus cantik. Senang ni nak buat lemang hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Open train ni masuk je terowong, bunyi sgt bingit..kalau hujan rasanya tempias jg..tengok pokok buloh, mmg teringat lemang..hehe..

      Delete
  5. Cantik-cantik betul pemandangannya. Macam gambar pemandangan yang biasa kita tengok dalam kalendar-kalendar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan mmg cantik..ya, betul mcm gambar dlm kalender..

      Delete
  6. Replies
    1. Kawasannya berbukit..tapi tak berapa tinggi sgt..

      Delete
  7. indah sungguh pemandangannya . negara jepun ni bersih kan ...

    ReplyDelete
  8. subhanallah cantiknya!!! open train bestnyaaaaa dapat tengok and ambil gambar jelas gitu. kalau dapat terjun berkubang dalam sungai tu pun syok gak.. nape tak ada orang mandi. CT ada kawan study kat jepun and rasanya tempat buluh buluh ni la kot dia penah post dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak nampak pulak org mandi-manda di sungai..depa jadikan sungai sebagai tmpt rekreasi..air sejuk kot..mungkin tmpat lain ada..

      Delete
  9. untung nya pegi sini time x ramai orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jg tapi tak bersesak..nak posing sorang2 tak dapek..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!