Friday 24 October 2014

Japan : Day 6 - Kyoto: Falling in Love in Arashiyama

Masih lagi di pekan kecil Arashiyama. Keluar saja dari Bamboo Forest, terserempak dengan penarik lanca ni di lorong depan cafe..

bestnya naik lanca
Jom jalan-jalan menyusuri jalan utama pekan Arashiyama..environment yang menarik. Di sepanjang jalan, banyak roadside cafe dan kedai-kedai kecil menjual souvenirs dan kraftangan Jepun. Kedai-kedainya lebih kepada boutique shops - bangunan setingkat dan dua tingkat and traditional design..menambah lagi keunikan pekan Arashiyama..

jalan utama
Kami berjalan ke arah selatan untuk ke jambatan kayu yang menjadi mercu tanda pekan Arashiyama iaitu Togetsu-kyo Bridge. Menurut maklumat, jambatan ni dah berusia 400 tahun..lamanya..

penarik lanca
Sakurabiyori - kedai payung dan beg kecil
entrance ke Tenryu-ji Temple

kedai souvenirs lagi
suasana depan Arashiyama station
Jalan sampai stesen keretapi Arashiyama. Stesen ni untuk keretapi Keifuku Electric Railroad.


Arashiyama station

Masa ni ada pertunjukan Japanese silk untuk kimono di stesen ni..banyaknya kain..cantik-cantik pula tu design dan colournya..

geram tengok kain-kain ni
 
deretan kain-kain ditepi trek keretapi
retro train
Dah habis snap-snap gambar di stesen ni, bergerak semula ke jalan besar.

ada juga Ogawa coffee, ingatkan urut badan je
breaking the rule..hehe
Akhirnya sampai di simpang jalan ni..jalan terus menuju ke Togetsu-kyo Bridge..

simpang jalan utama
Togetsu-kyo (Moon Crossing Bridge) berlatarbelakang Arashiyama Mountain
Duduk di bangku batu di tepi Sungai Katsura, menghilangkan dahaga dan lenguh-lenguh kaki sambil people-watching. Ada photoshoot geisha kecil ni.

the smiling 'geisha'
Dan yang membawa anjing bersiar-siar..

I don't want to touch a dog..walaupun dog ni kiut giler
Masa untuk bergerak pulang..masuk sekejap di Akogareya..kedai kraftangan Jepun..window-shopping je..

souvenir shop
Nak balik ke JR Saga-Arashiyama station, ikut short-cut, masuk tepi kedai kipas Jepun ni..ternampak signboard kecil diletak di dinding kedai semasa berjalan ke Togetsu-kyo..

kedai kipas Jepun

lalu tepi kedai ni
Lalu kawasan perumahan, ikut signage JR..end up di trek keretapi..

kena lintas trek keretapi
mari melintas trek keretapi
kain-kain sutera sampai ke sini

lintasan keretapi, ini utk pejalan kaki dan basikal - pemandangan biasa di Jepun

Teruskan perjalanan sampai ke jalan besar dan jalan lagi ke arah timur.

centralised parking - sebelah kiri tu flat kos rendah..hehe..
foldable gate tu nampak kemas..
Yang menarik di sini, takde kereta parking tepi-tepi jalan, semua parking di centralised  car park, untuk kedai-kedai dan juga rumah-rumah di sepanjang jalan ni..

Pension House - Mind Games
Pension House ni alternatif kepada hotel, hostel, BnB dan ryokan, macam guesthouse juga. 

A pension is a type of guest house or boarding house. This term is typically used in Continental European countries, in areas of North Africa and the Middle East that formerly had large European expatriate populations, and in some parts of South America such as Brazil and Paraguay. Pensions can also be found in South Korea and Japan. In contrast to bed and breakfasts, pensions typically do not only offer breakfast, but also lunch, dinner and sometimes even tea. Rather than paying for the room and each meal separately, guests select a plan which either comprises overnight accommodation, breakfast, lunch and dinner (full pension) or the preceding minus the lunch (half pension) - source: Wikipedia

berselirat wayar-wayar - ada yang dicucuk ke tanah
dah sampai di hujung jalan, lepas ni jalan ke arah utara pula
Kedai disebelah kiri ni ialah kedai runcit. Di kaki lima, di luar kedai ada diletak barang-barang jualan..bawang tu besar-besar saiznya..

jualan di kaki lima
kedai buku
suasana pekan kecil Arashiyama - garmbar yg pertama tu ada pokok pisang di sebelah kanan
Jatuh cinta dengan pekan kecil Arashiyama, menarik dan sangat laid-back.

laluan yang diambil di Arashiyama
masih lagi guna aerial TV tulang ikan
Menunggu keretapi di JR Saga-Arashiyama station untuk ke destinasi seterusnya..kembali ke zaman Edo..

14 comments:

  1. Bawang-kentang-sayuran tu beli utk masak sendiri ke? Best juga kalau dpt masak sendiri.
    Tapi kakak tertarik tengok geisha tu. Comel-kecik aje orgnya.
    Lagi satu lanca tu, agaknya utk tourist aje kot. Pandai mereka jadikan income mereka kan..
    Kakak rasa macam best aje naik hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawang dn kentang tak beli kak, cuma ambil gmbr saja..geisha tu mungkin utk photo shoot saja kot, mcm kecik lagi..lanca tu lalu kwsn tourist, rasa mcm best tapi seriau jg, takut terpelanting ke belakang je..hehe..tapi pemuda2 yg menariknya nmpk gagah perkasa..

      Delete
  2. Geram tengok negara Jepun...terasa nak naik Lanca..beli tak kain tu ? teringin bawa balik Geisha...comel sungguh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara Jepun ni byk sgt tempat menarik..can't get enough...kain2 tu rasanya utk display for kimono forest..bawa balik geisha..haha..bahaya ni..nanti kena 'fire' dgn Cinta..

      Delete
  3. Wahhh makin menarik tempat2 yang sis sempat explore kat sana, barang2 kat sana (payung, kain, souvenirs, makanan, bahan2 fresh ingredients), semuanya memang memikat hati. Ada beli payung lipat nippon tak? Yang leper, kecik dan bentuk segiempat tepat tu? ^^

    Breaking the law, park basikal kat signage "no bicycles", hehee... biasa la tu, budak2/adults nakal ada gak kat sana, ada jugak nampak beberapa basikal parked dekat tempat yang tak kasi park tu masa merendek around Kamata aritu hehee~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu..payung segiempat tepat...tak jumpa pulak...tempat strategik utk park basikal..hehe..

      Delete
  4. Salam. Hee saya pun sudah lama tidak ke Jepun. Cantik suasana dan budaya orang-orang Jepun.

    ReplyDelete
  5. tengok lanca teringat citer rin hane koma n oshin kat tv dulu...xdpt ke jepun tp dua kali ulng baca ok juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma tahu cerita oshin je..rin hana koma x prnah tengok..mesti best jg..

      Delete
  6. ish kalau saya naik lanca tue larat ka dia nak tarik saya yang besar nie...
    elok2nya bawang dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian tengok penarik2 lanca tu..tapi nampak mereka happy je...

      bawang2 tu dijual sebiji sebiji sbb saiznya yg besar..

      Delete
  7. payung tu dipamerkan gitu jer ek... tak terbang ker payung2 tu kan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..display mcm tu je..mungkin tengok cuaca jg, kalau angin kuat tak kot..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!