Wednesday 29 October 2014

Japan : Day 6 - Kyoto: Nara Park & the rest of the day

Assalamualaikum..terakhir di Kyoto.

Meneruskan kembara di hari ke-enam, kita ke Nara pula. Nara juga pernah jadi ibunegara Jepun, sebelum Kyoto. Banyak tempat menarik di Nara, tapi kami cuma nak pergi Nara Park saja, nak tengok rusa..hihi..

rapid express ke Nara
Sampai di JR Nara station, singgah di Tourist Information, tanya makcik yang jaga kaunter, macamana nak ke Nara Park. Makcik tu cakap ada dua pilihan, jalan kaki atau naik bas.  Kami pilih naik bas, naik di Platform 1, depan stesen saja, tambang bas 220 yen.  Berpandukan map yang makcik tu bagi, turun depan Nara Park. Dari jauh, dah nampak rusa-rusa berkeliaran..

rusa-rusa berkeliaran
Rusa-rusa ni nampak jinak-jinak je, tapi takdelah nak pergi dekat-dekat, nak belai-belai sebab bau BUSUK..snap dari jauh je..

the lone ranger

sedang berlawan - tanduk-menanduk

close-up
Rupa-rupanya rusa-rusa ni bukannya jinak, liar juga, nasib baik tak kena side kick atau knock down...

amaran

Disebabkan banyak rusa, signage mcm ni byk kat sini
istana lama
Tak berlama-lama di sini, hari pun dah hampir malam, ambil bas, balik ke JR Nara station. Singgah di AEON yang ada di stesen ni untuk beli bahan-bahan untuk masak dinner malam ni..beli ikan, sayur dan roti nan.













gambar rusa juga

Balik ke Kyoto, sambung berjalan lagi..kali ni ke Nishiki Market, walaupun dah lewat, nak pergi juga..sesat barat mencari..


Nishiki Market
Tapi adalah juga dua tiga kedai serbaneka yang masih dibuka, pasar basah dah tutup kedai. Nishiki Market ni panjang dan bersambung dengan Teramachi dan Shin-Kyogoku shopping arcade.

Lokasi Nishiki Market, Teramachi dan Shin-Kyogoku

dari Nishiki Market ke Teramachi

Teramachi shopping arcade
sejarah Teramachi

Kemudian berjalan ke Shin-Kyogoku pula. Barang-barang di sini seperti T-shirts, fridge magnets, murah-murah juga.

Shin-Kyogoku

kuih mochi dan kek green tea+soya bean (bawah) tu nampak sedap

entrance dari Shijo-dori
Entrance Shin-Kyogoku di Shijo-dori dah dekat dengan stesen keretapi Kawaramachi untuk Hankyu Kyoto line, Alhamdulillah, tak payah berjalan jauh. Naik keretapi ke Karasuma stesen, kemudian ambil subway ke Kyoto station, guna ICOCA card untuk kali terakhir. Esok dah nak ke Tokyo, walaupun boleh guna kad ni di Tokyo, tapi disebabkan flight balik ke KL dari Tokyo, terpaksa pulangkan malam ni juga.

The card

Disebabkan ICOCA card ni dikeluarkan oleh JR West, ianya mesti dipulangkan ke JR West juga untuk dapat balik deposit 500yen. Banyak juga tu. Di Tokyo, ada JR East. Walaupun sama-sama JR tapi lain-lain entiti. Kalau nak guna juga ICOCA card, terpaksa burn deposit tu, kemudian kena top-up lagi, stored value yang tinggal 540yen tak cukup untuk jalan-jalan guna subway di Tokyo. Setelah ditimbang-tara, difikir-fikir, lebih baik rugi sikit, daripada rugi banyak kan..

Baki stored value yang ada, kalau boleh nak dihabiskan, kalau tidak, kena tolak 220yen. Masuk dua tiga kedai di station, semuanya tak accept ICOCA card untuk transaksi jual-beli...apa nak buat, redho je lah, hari pun dah lewat. Nak tak nak, menapak ke JR West Ticket Office untuk pulangkan ICOCA card dengan stored value 540yen + deposit 500 yen = 1040 yen.

Dapat refund 820yen, setelah ditolak 220yen. Alhamdulillah, lepaslah beli one-day Metro pass di Tokyo nanti. Dah habis urusan, jomlah kita balik asrama, perut pun dah lapar, nak kena masak lagi ni.

On the way balik, lalu depan vending machine, tiba-tiba ternampak lambang ICOCA card kat situ..hee..kenapalah tak terfikir nak guna ICOCA card, membeli-belah kat vending machine..*nangis dalam hati*. Barang yang lepas, jangan dikenang..220yen je pun..haha..

Tiba di hostel, settle urusan peribadi, kemudian turun ke dapur untuk masak dinner. Menu malam ni - roti nan, sup sayur dan ikan bakar.. 

ikan bakar dan sup sayur

Jemput makan, satu terover masin, satu lagi tawar, eloklah saling melengkapi...Alhamdulillah. Lepas makan, masuk bilik dan mula aktiviti kemas beg. Stress packing beg dalam bilik yang sempit..haha..kenangan malam terakhir di Kyoto..

 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mari survey hostel pula..boleh klik website Piece Hostel untuk maklumat lanjut.

Piece Hostel
reception area

Lounge 1
Lounge 2
peta Kyoto di dining area

kitchen and dining area

part of kitchen area
breakfast time

outdoor seating area - entrance from kitchen

outdoor laundry area
powder room

shower rooms
bilik yang kitaorang ambil - private twin bed (source: Piece Hostel)

.
dorm untuk 4 orang (source: Piece Hostel)
Sebagaimana dalam gambar, begitulah realitinya..ada juga private room with en-suite bathroom.

Ada rooftop terrace di tingkat 3, Sora Terrace..yang ni tak sempat nak pergi..

One of our smoking area and terrace on the third floor, a.k.a the SORA Terrace. This terrace was built with the concept of enjoying the changes of the four seasons, with various plants and flowers blooming throughout the year. This terrace also has the best view in our hostel, as it provides a fabulous view of Kyoto City. The terrace is located on the same level as the Shinkansen platforms, so you can get a very good view of the Shinkansens passing by. 

Overall, recommended for those looking for a good and cheap accommodation in Kyoto - walking distance from Kyoto station, modern design, spacious area and good facilities. Check it out.

21 comments:

  1. Pre order bagelen atau brownies kartika sari dan amanda fresh from Bandung,Indonesia
    whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks..saya suka bagelen Kartika Sari..

      Delete
  2. naraaa naraa hihi.. mujur tak kena tanduk hahahaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..dah pergi tengok rusa, snap sana-sini, baru terjumpa signboard ni...

      Delete
  3. masak roti nan, masak sendiri rasa macam ti ggal di sana, dorm untuk 4 orang tu really to save space kan. very interesting trip nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dapurnya menarik..rasa seronok nak experience masak kat sini..

      ya, betul..dorm utk 4 org tu.cam menarik..

      Delete
  4. Heheheh tergelak tengok warning signage tu... "bite, kick, butt, knock down", yang kena serang pulak hanyalah nenek tua dan budak perempuan... rusa2 tu lebih tertarik pada nenek2 dan budak2 perempuan agaknya, hehe~ X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. rusa-rusa ni menyerang golongan yg lemah fizikal je kot..hehe

      Delete
  5. Replies
    1. bakar dlm oven..habis satu kitchen, bau ikan bakar..

      bila pergi supermarket, rambang mata, mcm2 nak makan..

      Delete
  6. 1. Rusa pun ada juga ye tempat mereka. Sembelih ni bagus hahaha
    2. Kakak tertarik dgn bilik dia buat macam compartment - nampak selesa walau kelihatan macam asrama:)
    3. Masin ke tawar kalau dah lapar ngap ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Rusa-rusa ni dipercayai sebagai 'messenger to god' dlm agama Shinto.di kwsn ni, byk shrines..
      2. Itu memang asrama, dorm utk 4 org, ada yg utk 8, 12,16, org..tapi katilnya nmpak best je.
      3. Ya, betul..makan juga sampai habiss..

      Delete
  7. tq berkongsi pengalaman... bilik2 dier menariklah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome...bilik2 dia modern type...hostel baru, black n white concept..

      Delete
  8. rusa liar rupanya..kalau memang bela, mesti tak busuk dan tak menanduk orang.
    thanks sharing hostel tu.memang teringin nak ke Jepun, tapi rambang mata tak tau mana nak start..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak tahu pada mulanya, tengok signboard tu baru tahu..

      you're welcome..Jepun sangat menarik, seperti tagline JNTO..endless discovery..sila start planning..

      Delete
  9. Cantik la senibina jepun nie... minimalis tapi tetap ada seninya tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..simple tapi menarik..tak sarat mata memandang..

      Delete
  10. Kalau kat malaysia confirm hilang sekor dua setiap bulan rusa2 tu hahahaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..mesti ada orang aim rusa-rusa ni..buat gulai sedap ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!