Sunday 26 October 2014

Japan : Day 6 - Kyoto: Toei Kyoto Studio Park

Salam Maal Hijrah 1436..semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..

Sambung kisah jalan-jalan di Kyoto. Ada beberapa tempat lagi di Kyoto, esok dah nak bergerak ke Tokyo. 

Dari Saga-Arashiyama station, naik JR Sagano line ke Uzumasa station, nak pergi ke Toei Kyoto Studio Park.


Di Uzumasa station, cuma ada satu exit saja. Keluar ikut exit ni dan akan nampak signage ke Toei Movie Studio. Jalan kaki menyeberang trek keretapi Sagano line, melewati kawasan perumahan.

 
ikut jalan ni selepas menyeberang trek keretapi Sagano line
Tertarik tengok rumah ni, rasa macam tak stabil je, kurus tiangnya..muat je kereta bawah tangga..


rumah extended
rumah teres tapi design lain-lain
centralised car park
Melintas trek keretapi Keifuku line (Randensaga) pula. Trek keretapi di Jepun ni dekat sangat dengan kawasan perumahan.


Keretapi Randensaga Keifuku
Jalan lagi, masuk simpang sebelah kiri..

masuk simpang kiri - bersih kawasannya
Lalu depan deretan rumah-rumah kediaman, seperti biasa, macam-macam design..comel-comel rumahnya..

Toei Studio Park ni letaknya betul-betul sebelah kawasan perumahan. Suasana sunyi-sepi..takde orang, yang ada cuma dua tiga pak guard saja..

PIntu masuk utama (bahagian belakang)

entrance fee - 2200 yen
Layout of Toei Kyoto Studio Park
"Toei Kyoto Studio Park is the only theme park in Japan where you can observe the filming of period dramas (jidaigeki films). Here you can walk freely around the Toei Kyoto Studio film set. This set depicts the street from the Edo period"

entrance ke studio park
pelakon-pelakon Jepun - semua tak kenal
Yang tak bestnya Studio Park ni, walaupun dah bayar entrance fee, nak masuk rumah-rumah Ninja ni, kena bayar lagi. Malas pula nak masuk, cuma jalan-jalan sekeliling, tengok apa yang best..
kawasan Ninja - Ninja Training Dojo, Ninja Mystery House & Ninja Star Dojo (souvenir shop)
Ninja training
Ninja toys - getah je ni, bukan besi
Teringat filem Ninja Assassin..ganas, brutal..Rain berlakon jadi ninja.

Masuk kawasan re-creation of Edo period township

Port town - ada naga mekanikal dalam air - tak sempat snap, dah tenggelam
Nagaya-mon - Gate ke rumah Samurai
Nampak ada gerai-gerai berjualan di kaki lima. Mari usha apa yang bolehlah dikategorikan halalan toyyiban untuk alas perut..
kembali ke zaman Edo

Ada gerai jual 'kakigori'..ABC Jepun dan juga jagung bakar..bolehlah try..

pelbagai perisa kakigori
Matcha kakigori dengan kacang merah dan jagung bakar
Masa ni hujan rintik-rintik, tukar tempat duduk, bawah payung. Kakigori tu OK jugalah, tak berapa manis sangat, yang tak best, aisnya dikisar kasar-kasar, jenuh juga nak menghabiskan. Jagung bakar, not bad, sedikit overdone. Alhamdulillah, rezeki, takleh nak komplen banyak..

suasana pekan di zaman Edo
staff berkimono depan Nakamuraza Theater

'gay' yg bermaksud 'pleasure'..

kedai makan
kedai makan - ditepinya bangunan moden zaman Emperor Meiji


tempat utk photo shoot
staff bersiap-sedia untuk pertunjukan
kawasan kedai-kedai souvenir
Ikan-ikan diawet - display utk kedai runcit zaman Edo
watch tower rest area - kanak-kanak sekolah sedang makan
Castle Gate

staf berpakaian zaman Edo

bersiap sedia utk pertunjukan
Pukul 1.30 tengahari, ada dua pertunjukan: the Chanbara (Samurai sword fighting) di Edo Town 3rd Avenue Square dan Ninja show di Nakamuraza Theater. Dua-dua macam best, rasa nak pergi tengok dua-dua show ni. Disebabkan dah berada di Edo town, tengok the Chanbara dulu..ambil tempat masing-masing..

menunggu the Chanbara show

dah start
Pertunjukan dalam bahasa Jepun, tak faham dialog..tapi bolehlah agak sikit-sikit - kisah tiga orang pemuda berebut seorang perempuanMana perempun tu? Nun, salah seorang penonton yang duduk di luar, tengah makan ais-krim, tiba-tiba jadi pelakon tambahan..

dah tergolek sorang
Tak menunggu sampai habis pertunjukan the Chanbara ni, berkejar ke Nakamuraza Theater pula, untuk tengok Ninja Show, tak nak lepaskan peluang. Ingatkan show Ninja yang serius (mungkin part ni dah terlepas), masa kami sampai, dah masuk part komedi..ada pulak ninja berambut merah..

Ninja show - yang kiri tu berambut merah




Tak menunggu sampai habis Ninja show tu, bergerak balik ke Uzumasa station, ikut jalan yang sama tadi..


JR Uzumasa station
Di Kyoto station, berkejaran ke platform 9/10, untuk ambik keretapi ke pekan Nara. Mengejar masa sebelum hari gelap.

Bersambung di last entry for Kyoto..

26 comments:

  1. saya tertarik ngan rumah extended tue.. unik...
    kakigori... unik nama nya heheeh..mcm kakigoreng plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah extended Jepun tu cute je..lain sikit designnya...
      kakigori..ais kacang Jepun...

      Delete
  2. comwl rumah extended tu, salam maal hijrah Nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah to you too..memang comel..

      Delete
  3. sorry comel :) oh tengok show juga ye. pengalaman yang berharga semua ni, tak senang nak lalui lagi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dua show ni saja..pengalaman sekali seumur hidup kot..tiada yg kedua, ketiga, rasanya..

      Delete
  4. banyak lagi tempat menarik d kyoto rupanya...siap ada pertunjukan ninja lagi, best nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Kyoto, byk sangat tempat menarik, belum masuk shrines and temples yg ada senibina dan taman yg menarik, dua hari tak cukup masa...dua2 show ni time yg sama, dua2 best..

      Delete
  5. Wah....bestnyaaaaa....memang mengimbau zaman ninja dulu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..mengimbau zaman samurai, ninja..staf pula berpakaian zaman dulu..

      Delete
  6. Replies
    1. takde gambar 'close-up'..yg sebelah kiri tu yg berambut merah..

      Delete
  7. jepun dgn budayanya yg unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar sekali..masih mengekalkan budaya timur..

      Delete
  8. nak plastic shuriken (ninja star throwing blade) tu satuuu! hehehe... (ada satu 4-tip shuriken fridge magnet dok melekat kat peti ais rumah... hehee) X3

    ano matcha kakigori wa oishiso! (ais kacang matcha jepun tu nampak sedap!) X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakigori tu OK juga rasanya..penyejuk badan...tak beli shuriken ninja tu..ambik gambar saja..

      Delete
  9. Hebat kesenian mereka kan.. kakak tertarik. Tempat kita belum setanding lagi.
    Tetiba kakak ternampak satu perempuan berbaju macam budak sekolah rendah tempat kita:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak rombongan budak2 sekolah ke sini....uniform mereka mcm uniform sekolah rendah kita..warna biru tua..

      Delete
  10. Replies
    1. W'salam, lama x dengar khabar...

      Seronok juga melawat tempat2 mcm ni..

      Delete
  11. Idah ada tengok tempat dan show tu dalam 1 rancangan yg host dia zizan razak.... tapi tak ingat rancangan apa ek... menarik la rumah extended tu... tapi cam scary skit la nak dok bawah tu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..program Jejak Jepun..haha..mmng nampak scary...rasa mcm tak stabil je..

      Delete
  12. berbeza sggh seni bina bangunan dna rumah2 di sana yer, but sgat indah & cantik ler !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..mcm2 design..seronok pulak tengok..

      Delete
  13. serius menarik!tapi apa kena-mengena gay ngan ladies happiness?confuse nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila saya google, rupa2nya 'gay' tu bermaksud 'pleasure'..Yoshiwara ialah 'red-light' district and the ladies here referred to ' the prostitutes'...hehe..susah bila one word ada byk maksud, pulak tu digunakan di tempat mcm ni, kita yg baca pun tersalah faham..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!