Thursday 30 October 2014

Wow!! Menara DBKL 2

Assalamualaikum..

Break sekejap dari cerita Jepun. Kita cerita KL pula. Hari Khamis minggu lepas, ada urusan di Menara DBKL 3 di Bandar Wawasan. Tengok di ruang legar bangunan, ada macam pameran..bila pergi close-up, rupanya ada pertandingan. Pertandingan memilih rekabentuk bangunan Menara DBKL 2. Bangunan yang ada nak dirobohkan dan dibina baru.

Menara DBKL 2 ni bangunan lama, dulunya Wisma PKNS. Lokasinya depan Bangunan KWSP, bersebelahan bangunan DBKL (Menara DBKL 1) di Jalan Raja Laut. Bangunan 'old school', zaman 70'an dulu.


pameran sedang berlangsung
yang mana satu pilihan hati

Menariknya, untuk Menara DBKL 2 yang akan dibina, orang awam boleh mengundi design bangunan yang dipertandingkan. Ada enam semuanya. Melihat pada design yang dipamerkan, nampaknya bangunan DBKL yang sediada dikekalkan. 

Mari kita lihat design yang dipertandingkan.(snap guna hp..kurang memuaskan)..wow..world class..canggih DBKL macam ni..setanding Seoul City Hall..

Firma A - triangular shape




wow



wow..wow
Dan undi saya ialah..tiada rahsia diantara kita..hihi..


Memilih design yang selamat, yang conventional, design Firma E..

Warga KL, anda sudah mengundi?? ke dah tutup..lupa pulak nak check..

Timing yang bagus untuk redevelop bangunan ni, diseberang Jalan Raja Laut, Menara Tun Razak pun dah dirobohkan dan akan dibina semula dengan design yang sleek and modern..

MTR
     Will revisit this space in a few years' time for a new KL skyline..

32 comments:

  1. hehe..sometimes classic is better.amboi,design yang F tu dahsyat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...yg penting bangunan tu user-friendly..

      Delete
  2. oh aci pilih pulak.. D tu mcm kat beijing...A tu mcm futuristik

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah, tak tahu samada undian awam ni dikira ke tak, final decision oleh juri-juri professional..

      design D tu mcm kat Beijing..world class DBKL ni..

      Delete
  3. Waah... gah gitu kan.
    Apa yg kakak suka dia buat undian ok juga kan caranya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar, nampak gah..tak taulah undian awam ni berapa peratus dari jumlah keseluruhan, final decision oleh juri-juri professional..

      Delete
  4. Pembangunan untuk dijadikan manfaat bagi manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan sediada dah lama sangat, semua facilities old fashion..sebab tu nak dibangunkan semula..untuk manfaat pengguna juga..

      Delete
  5. Tudiakkkk... in the name of capital development, sakan sakan~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar setanding dgn city hall negara2 lain..semoga service yg diberikan pun setanding juga kan...

      Delete
  6. Huhuhu... idah yang kerja hari2 dalam Menara 2 pun tak tau cerita... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..kerja kat bangunan ni ke..mungkin lama lagi kot nak dibina semula..baru nak pilih design bangunan..

      Delete
  7. perhh..giler gempak design-design, boleh tarikan untuk M'sia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, boleh jadi tourist spot mcm bangunan Seoul City Hall..

      Delete
  8. macam-macam design ada, yang senget skit tu untuk dapat lebih perhatian kut :)

    ReplyDelete
  9. Tu dia bukan main lagi design2 untuk menara DBKL.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk menaikkan status DBKL sebagai local authority yang menjaga ibunegara Malaysia..

      first impression kena gempak sikit..semoga selari dgn perkhidmatan yg diberi..

      Delete
  10. agaknya design syarikat mana yg terpilih...xmustahil undian xterpakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..juri-juri professional yg akan mengadili pertandingan ini..saja je kot buat undian2 ni..

      Delete
  11. people (designer,client,owner) always forgot, design bangunan serba futuristic tp elemen2 spt maintenance cost yg inccur lps bgn siap atau 20 ke 40 tahun lps tu plus arah kiblat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. design vs cost..kena fikir utk masa jangka panjang juga..

      Delete
  12. tertarik dgn design gambar yg paling akhir tu..

    ReplyDelete
  13. design menara biarlah yg dapat menarik perhatian pelancong mcm kat macau tu . Barulah ada byk tarikan di KL ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya design yg pelik2 ni maintenance tinggi..tapi suka tengok bangunan2 di Putrajaya, menarik je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!