Wednesday 5 November 2014

Japan: Day 7 - Tokyo (Part 3)

Assalamualaikum..


Sikit lagi nak habiskan entry trip Jepun ni..ok, sambung kisah di Tokyo..dari stesen Asakusa ke stesen Yoyogueihara, naik tangga, keluar exit 1 (south).

Exit 1 (South)
Lepas tu belok kanan, jalan terus, jumpa simpang, belok kiri, lalu depan mini market Aeon ni.

cross jalan di sini menuju ke Koban (pondok polis)
Koban
Nak cross jalan pun boleh, nak terus jalan tepi Koban ni pun OK, jalan sampai jumpa rumah-rumah banglo. Kena mendaki..sikit je..

cross jalan di sini
Dah sampai di Tokyo Camii & Turkish Cultural Center..

the Masjid
Di tingkat bawah ni ada Turkish Cultural Centre..ikut pintu utama..kalau nak terus ke ruang solat di tingkat satu (lelaki) dan tingkat dua (perempuan), ada tangga di luar selepas pintu utama..dekat dalam pun ada tangga juga.

Lounge
Kami masuk ikut pintu di tingkat bawah. Masa sampai, orang-orang dalam Cultural Center tu sedang sibuk prepare untuk exhibition, siap angkat carpet, susun ni, susun tu. Nampak signage 'To Camii' di tepi pintu sebelah kiri, so understandable, yang laluan ni untuk ke masjid. Turun ke tempat wuduk wanita di tingkat basement, lepas ambil wuduk, terus naik ke tingkat atas..bahagian ni open-air..ada dua pintu untuk ke ruang solat.

pintu kiri untuk lelaki, yang kanan untuk wanita
pintu ke ruang solat muslimin
Bila masuk ke dalam, Subhanallah, cantiknya masjid ni..Turkish architecture..


the Dome
tingkat ruang solat wanita
Alhamdulillah, dah selesai semua, berjalan balik ke Yoyogiuehara station.

parking untuk basikal dan motosikal - siap ada tali
Destinasi seterusnya ke Harajuku, ambil Chiyoda line, turun di Meijijumae station, jalan kaki bawah tanah ikut signage JR, ended up di Harajuku station, dekat benor..

Harajuku station

Di Harajuku, nak check out Takeshita Dori - lorong yang famous tu. Nak tengok apa yang ada. Nak tengok cosplay memang takde lah petang-petang weekdays ni. Tak tahu belah mana Takeshita Dori ni. 

Menyeberang jalan depan stesen ni, terus ke kanan. Jalan terus, tengok ramai orang beratur..beratur lagi..panjang pulak tu, berbelit-belit..

beratur..apasal?
Nak beli popcorn Garrett ni je..huhu..

tak pernah makan..sedap kot
Kalau di Malaysia, orang selalu beratur ni nak beli nasi kandar je..hehe..OK jalan lagi, tengok ada orang serba putih ni di luar kedai iphone..rupa-rupanya ada promosi iphone 6 kat dalam kedai..
apa dia tulis?? dia suruh hack website ke? hack FB atau twitter
Masuk sekejap..riki-riki iphone 6, not bad, lebih besar dan nipis..sambung balik berjalan. Tak jumpa juga Takeshita Dori. Check neighbourhood map di simpang jalan ni. OK, dah tahu direction nya.

Harajuku/Omotesando
dah sampai
Di sini jumpa dua kedai kebab..satu Doner kebab yang famous tu, kedai dia tepi jalan, satu lagi Mega kebab. Mega kebab ni, kedainya di tingkat 1, dalam bangunan, ada orang buat promosi di lorong ni..dua-dua tak beli..asyik makan kebab je..tapi kebab di sini, sedap..dagingnya lembut dan moist, terasa rempah-ratusnya..and big portion also..nyum, nyum..

Jalan-jalan, strolling Takeshita Dori, jumpa 7-E, beli air, jumpa Daiso, masuk Daiso..itu je aktiviti yang dibuat di sini..

crepes display

the end

Dah sampai di entrance yang ni..tengok depan, ada JR Harajuku station tapi bahagian lain, bukan bangunan tradisional tadi. Mengorak langkah, menyeberang jalan, keluarkan JR pass, masuk ke stesen.

menunggu train di platform
Tunggu train Yamanote line untuk ke destinasi seterusnya.
----------------------------------
Di  Metro station, suka tengok iklan-iklan keselamatan, cute je..


kawaii
Bersambung di last entry untuk hari pertama di Tokyo @ hari ke tujuh di Jepun..malam esok dah nak balik ke Malaysia..

28 comments:

  1. Cantiknya masjid tu...

    Jemput ke blog saya ye http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang cantik..turkish architecture..

      thank you, sudah bertandang ke sana..

      Delete
  2. 1. Cantik dan besar masjid dia walapun komuniti Islam di sana tak ramai - banggalah juga kan
    2. Daiso dia macam Daiso tempat kita tak? Kakak bayangkan mesti lagi murah berbanding tempat kita walau tempta kita ni dah kira murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ya, betul..masjid terbesar di Jepun
      2. Lebih kurang sama tapi Daiso di sana lagi murah, mostly harga 100yen + 8% tax = 108yen = RM3.30, di M'sia, harga RM5.00..

      Delete
  3. Nampaknya Tokyo sebuah bandaraya besar tapi tetap menerapkan elemen dan konsep pembangunannya tetap bercirikan traditional jepun. Tengok saja rekabentuk dan ukiran2 dlm masjid tu... kalau tengok gambar saja tanpa di beritahu di mana letaknnya masjid tu... kita dah boleh agak... masjid negara mana...

    Catatan perjalanan nohas ni buat saya seolah-olah ada sama dlm pengembaraan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukiran2 dlm masjid tu ada nampak ciri-ciri Japanese..tapi senibina semua ikut Ottoman architecture mcm masjid di Turki..

      mari sama2 mengembara di alam maya..In shaa Allah, will be there also sooner or later

      Delete
  4. Masa first time sampai Tokyo dulu. ..ingatkan koban tu information counter..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ciri-ciri information centre...hihi..

      Delete
  5. Bunda suka tengok kubah2 masjid dari dalam tu...cantik, besar dan berseni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kubah masjid tu..warna pun menarik..

      Delete
  6. Daiso di Jepun murah kah berbanding Daiso di Curve, Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daiso Jepun lebih murah, harga barang-barang kebanyakannya 100yen +8% tax = 108yen=RM3.30, harga brg2 di Daiso M'sia RM5.00..

      Delete
  7. Tokyo mosque tu memang sangat sangat cantik sis... masa first time tengok interior dia, dongak atas tengok dome and chandelier, serious... terlopong jap tengok keindahan senibina turki yang sangat detailed and marvelous ^^

    Omottesando, entrance shopping complex tu macam gua cermin! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..design dalam masjid yg sangat detail..truly Turkish architecture..

      Delete
  8. suka tengok bandar japan ni, padat tetap nampak bersih. bila ada lampu macam tu teringat juga zaman oshin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lampu bentuk lantern...tipikal Japanese..zaman dulu-dulu..

      Delete
  9. Cantiknye masjid... senireka yg sgt unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik..senibina Turki..jarang nampak di Malaysia..

      Delete
  10. thanks sharing..suka baca ur blog, boleh buat panduan kalau nak ke sana.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah... cantiknya senibina masjid tu... sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  12. alahh...rugi ritu tak ke Camii Mosque ni...ishh..rupanya byk lagi tempat JM x terjah ri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. next trip ke Jepun, boleh terjah ke sini..In shaa Allah..

      Delete
  13. unik masjid kt sana...
    apa maksud pic last Tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut design Turki..
      pic yg last tu..maknanya lebih kurang mcm ni lah kot.. 'jangan turun ambil benda2 yg jatuh di trek subway, contact station master'..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!