Thursday 6 November 2014

Japan : Day 7 - Tokyo : Shibuya-Ginza-Tokyo Tower

Assalamualaikum....masih lagi di hari pertama di Tokyo..

Di Harajuku station, ambil train Yamanote Line ke Shibuya, satu stesen saja dari Harajuku. Guna JR pass. Time orang balik kerja, memang padat, sendat, sama pengalaman macam Azra, terpenyek ke dinding keretapi, dekat pintu. Memang ambik port depan pintu, senang nak keluar. Nasib baik satu stesen saja, bertahan je lah.

Di stesen Shibuya, ikut signage Hachiko exit, pandang ke kanan..dah nampak Shibuya crossing yang famous tu..
 


Kemudian lalu di jejantas berjaring ni..ramai betul manusia..

Shibuya crossing
Nampak eskalator di sebelah kiri, jom kita turun, to join the crowd. The more, the merrier..memang dah ramai orang pun..saja sibuk-sibukkan diri..feel the moment..

Menunggu saat untuk melintas
Dah habis melintas ke sana, ke sini, jomlah kita balik. Nampak statue Hachiko tapi ramai sangat orang yang dok kerumun..

Awat hangpa main kat luaq malam-malam buta ni?

Terjumpa lagi dengan orang serba putih ni. Orang yang sama. Mereka pun bergerak dari Harajuku juga. Di sini mereka buat persembahan pula.



Dah seharian berjalan, badan pun dah rasa melekit. Jomlah kita check-in hotel. Di stesen Shibuya, ambil metro Ginza line ke stesen Akasa-matsuke, then sambung dengan Marunouchi line ke Tokyo station. Kalau nak naik Yamanote line dari Shibuya pun boleh juga, tapi lambat sikit, jauh train tu nak pusing, ke selatan dulu, kemudian naik ke utara, maklumlah ikut trek loop line.

Di Tokyo station, ambik beg di locker. Kemudian berjalan balik ke metro station tadi..perghh..memang bersaei habis..dari utara ke selatan, kemudian berpatah balik..huhu..I like Tokyo Station..
 
kod rahsia ..tekan jgn tak tekan

sorry, terpaksa jadi model
sekurun lamanya
Dari Tokyo station, ambil balik Marunouchi metro line untuk ke Hibiya station, kemudian transfer ke Hibiya line ke Tsukiji station. Hotel yang kami booked, Business Hotel Ban, lokasinya di kawasan Tsukiji, berhadapan dengan Tsukiji Jogai Ichiba (outer market). 

Lokasi hotel

Satu strategi ni, untuk itinerary pagi esok. Ya, betul..percubaan untuk dapatkan pass untuk tengok acara melelong ikan tuna di Tsukiji market, famous seantero dunia acara ni, jadi rebutan para pelancong. Berjayakah kami ke auction tu?? tungguu..next entry..

Keluar Exit 1 di stesen Tsukiji,lalu depan satu Buddhist temple yang sangat besar....Tsukiji Hongwan-ji..sangat luas kawasannya.. 

Tsukiji Hongwanji Temple (source: www.jnto.go.jp)
Belok kiri ke Harumi Dori street, akan nampak Tokyu Stay Hotel di sebelah kanan jalan. Bangunan Tokyu Stay ni memang sangat 'eye-catching' sebab ada gambar ikan yang sangat besar berwarna merah di bangunan tu..mentang-mentanglah lokasi dekat pasar...hehe..

source: website Tokyu Stay
Business Hotel Ban lokasinya bertentangan dengan Tokyu Stay ni, seberang jalan Harumi Dori.


Hotel ni hotel lama, old school sikit..tapi Alhamdulillah, biliknya besar, walaupun booked small double room dan bilik air nya moden. Ada lift, itu yang penting tu..


benda empat segi tepi dinding tu ialah tempat seterika seluar (trouser press)
Dah settle semua, freshen up, decided nak keluar balik. Malam masih bersisa, boleh guna metro pass sampai pukul 12 malam. So, bergerak ke destinasi seterusnya, Tokyo Tower, sebab route nya mudah saja dari sini, satu metro line je. Naik Hibiya line dari stesen Tsukiji ke stesen Kamiyacho, keluar exit 1.


Exit 1
Ikut signage Tokyo Tower, menyusuri jalan ke Tokyo Tower, lalu di kawasan Holland Hills dan Mori Hills.



macam kenal je - associate company Japan branch
Nampak pula iklan sewa bangunan ni, advertised oleh Savills Japan..associate company..

Jalan lagi..mendaki bukit juga..dari jauh dah nampak..teruja..teruja..design inspirasi dari Eiffel Tower..



Tak dapat masuk sebab dah tutup, dah pukul 9.00 lebih. Tokyo Tower sekarang ni ialah menara komunikasi, dulu untuk penyiaran television tapi tak cukup tinggi, diganti dengan Tokyo Skytree. Tinggi tower ni ialah 333 meter (1,093 kaki). Ada juga observation deck.


Tak berlama-lama di sini, berjalan balik ke stesen Kamiyacho. Hasrat hati  mau terus ke Ropongi, tapi kaki dah tak larat. Decided balik ke hotel, on the way back, singgah di 7-Eleven, beli nasi, sayur dan buah pisang.

dinner
Nak tunjuk juga - beli coklat Meiji ni di Aeon JR Nara station
Dah makan, kemas beg sikit, lompat atas katil - study subway route map Tokyo untuk hari esok dan tidur, esok nak bangun awal, seawal yang boleh..hehe..

Bersambung..

31 comments:

  1. X sabar nk bc yg tuna auction tu. X silap before this ade blogger yg nk pegi tp x dpt tiket tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. strategi dah disusun..berjaya atau tidak..tungguu..

      Delete
    2. dah tahu tak berjaya utk tgk auction tu kan hiksss

      Delete
  2. oh eifel tower pun ada.. bestkan nohas holiday...menarik building ada fish tu :) merah pink tu ikan tuna kut :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. design ikut eiffel tower..ikan tuna lain sikit, gemok-gemok mcm dugong..

      memang best holiday..tak ingat tntang kerja..hehe..

      Delete
    2. tengok gambar je...hihi..

      Delete
  3. Hachiko tu anjing yang femes tu ek? Tak sabar nak baca sambungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..Hachiko anjing yang femes tu...

      Delete
  4. Replies
    1. memang simple..hehe..takde kuah..tapi Alhamdulillah, habiss juga..

      Delete
  5. hmmm nice travel... nak juga ke Jepun nanti kalau ada budget... negara yg kita tak sendirian tapi sebenarnya kita sendiri walau begitu ramai manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Highly recommended...Japan..endless discovery..

      Delete
  6. Cantik nyer Tokyo Tower tu diwaktu malam.... terpegun nengok nyer kakk... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. warnanya cantik..international orange..for safety reason..

      Delete
  7. Ah. tetiba rindu nak pergi jepun lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun..endless discovery..can't get enough..

      Delete
  8. SALAM JUMAAT...SERONOKNYA DI TOKYO YER...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat, kak..

      Tokyo memang best...seronok naik metro subway nya yg berselirat..hehe..

      Delete
  9. Ingatkan eiffel tower...hehehhe...

    Nohas, nasi Jepun apa rasanya... sebab nampak melekit macam beras pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. design lebih kurang sama...nasi Jepun memang melekit mcm beras pulut tapi sedap..makan sikit pun dah kenyang..

      Delete
  10. Replies
    1. selamat jalan..enjoy yourself with Cinta there..jgn bawa balik geisha..hihi..

      Delete
  11. Eh..Tokyo Tower mlm tu warna oren...hari tu tgk warna MERAH..ke mmg tukar2 kaler eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. original colour warna oren..tapi bila ada special event, akan bertukar kaler..warna merah tu maybe nak support Tokyo's bid for Olympic 2016..

      Delete
  12. kod rahsia utk locker ka... ramai betul org malam tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kod utk buka locker...memang famous traffic light crossing di Shibuya ni...ramai yg pegi sini utk tengok orang melintas je..

      Delete
    2. nk tgk org melintas pon ramainya org...

      Delete
    3. ya, betul..bukan saja nak tengok org melintas, tapi nak join melintas sama, melintas tanpa arah tujuan, saja nak ambik suasana. feel the moment..ntah ape-ape punya aktiviti..hehe..

      Delete
  13. Kitrg aritu pun x dapat naik Tokyo tower sbb smp situ dah lwat sangat..
    amek gmbr dari jauh je hahaha,,jadi la kan

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!