Saturday, November 29, 2014

Sayang Sarawak, sungainya sempit...

Assalamualaikum...salam ceria di hujung minggu..


Yahh..masih cerita di Kuching, Sarawak..selepas aktiviti ronda-ronda old town Kuching, kita ke waterfront pula..di tepi Sungai Sarawak..sempit ke sungainya? taklah..besarlah juga..sempit lagi Sungai Klang..huhu..tapi kalau nak compare dengan Chao Phraya ke, Han River ke, memang le tak besar sangat..
 

 Kuching Waterfront

Bila check dalam internet, ada dua versi tentang Sungai Sarawak...

Sayang Sarawak, sungainya sempit
Berbuah nenas, lamun-lamunan
Hendak ku bawa, perahu ku sempit
Tinggallah emas, tinggal junjungan 

 Sayang Sarawak, sungainya sempit
Nakhoda kapal bersusah hati
Hendak ku bawa, perahu ke sempit
Hendak ku tinggal, tak sampai hati

Yang kedua tu lebih realistik sebab kalau kapal besar nak lalu, memang le sungai ni nampak sempit kan...jom, kita check pula, sempit tak perahunya..hihi..semua ahli rombongan bersetuju naik bot tambang untuk ke kampung seberang..

menunggu untuk naik perahu

Be like a local..tapi ramai juga pelancong yang naik bot ni..tambangnya 50sen waktu siang hari, waktu malam tambangnya naik dua kali ganda..RM1.00 je..jom naik...

dalam bot tambang..sempit tak? hehe

Kuching's skyline

Hotels with river view

Dah sampai di kampung seberang, Kampung Gersik..nampak banyak orang berjual-jualan di sepanjang jalan..


Tujuan datang ke sini ialah untuk mencari dua makanan popular dari Sarawak iaitu ikan terubuk masin dan kek lapis..dari jauh dah beberapa stall yangj jual terubuk masin..jalan-jalan dulu, buat survey..nampak Mira Cake House, yang ni popular juga untuk kek lapis, cheese kek..tapi tak singgah..


terubuk masin
Jalan lagi..nampak signboard ni..yess..yang di cari dah jumpa..


di lorong ni

dah sampai

Masuk je ke dalam bangunan ni, mata dah dijamu dengan pelbagai jenis kek lapis. Very generous, semua jenis sample kek lapis dihidang untuk dirasa, contoh percuma, yang guna majerin, yang guna butter, boleh makan sebelum beli..

Yang bestnya pelbagai jenis nama kek lapis..Ombak Rindu le, Nur Kasih le..kek lapis belacan..semua ada..ramai juga artis datang ke sini..popular..selain kek lapis, ada jual barang sampingan seperti kerepek seaweed, kacang-kacang, pes laksa Sarawak..

Kalau nak beli banyak, jangan gusar, boleh isi borang, order dan bayar dulu..inform flight balik pukul berapa..ada perkhidmatan hantar ke hotel. Mereka dah biasa buat macam ni. Tak payah  le kita nak angkut, bawa berkotak-kotak kek lapis, naik bot. Macam kami, nak balik hari Isnin, mereka hantar pagi Isnin, balik hotel, dah tersedia kotak-kotak berisi kek lapis di lobi hotel. Senang..no delivery charge..

Dah habis order, bergerak balik..on the way, beli ikan terubok masin..dibungkus di dalam kotak dengan kemas, 'flight proof', dah macam briefcase pulak, siap ada pemegang...easy peasy..

Semua dah settle, bergerak ke jeti..decided untuk dinner di food court di tepi sungai..order laksa Sarawak..memang marvellous..

--------------------------------------

Yang ni di hari kedua..pergi ke seberang, naik mobil, guna jambatan...

 Kuching town dari seberang sungai
Kediaman TYT Yang Dipertua Negeri

Bangunan Dewan Undangan Negeri


Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara

OK, habis sudah sesi jalan-jalan di bandaraya Kuching, lepas ni kita menjejak pula pelbagai suku kaum di Sarawak di Kampung Budaya..

bersambung..

38 comments:

  1. Salam. Hee saya pun sudah lama tidak ke kuching. Meow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Suka Kuching..slow pace..

      Delete
  2. Bot penambang tu kalau kita sewa satu bot biasanya dia orang akan gunakan enjin...laju merempit... tapi feeling unsafe sebab keadaan botnya yang macam tak berapa kukuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bot penambang yg ni guna enjin sekejap saja sbb dkt, lepas tu guna manual..kalau yg jarak jauh, mmg mrka guna enjin..mngkin dah biasa, bawa laju2..

      Delete
  3. Kek lapis dan terubuk masin, memang produk identiti Sarawak kan, pernah rasa terubuk masin tu, sedap jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..dua2 produk identiti Sarawak, walaupun sdh ada dijual di semenanjung...dua2 sedap..

      Delete
  4. Salam Nohas, lama betul saya tak BW blog awak......... tau tau dah ke Serawak.... cerita japang pun belum habis baca lagi.......
    kesibukkan melanda saya dihujung tahun ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..biasalah, hujung tahun, memang sibuk..saya pun BW mana yg sempat..nak update, kena tunggu weekend..dgn internet rumah yg slow...stressful..

      Delete
  5. Kalau dibandingkan dengan sungai-sungai di Semenanjung, Sungai Sarawak ni boleh dikirakan besar juga. Takda la sempit sangat kalau nak dibandingkan dengan Sungai Klang. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..Sungai Klang lagi sempit..can't imagine berperahu di sg klang, mesti asyik tersangkut sbb byk sampah sarap..hihi..

      Delete
  6. Tak pernah sampai lagi ke Sarawak nohas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jalan2 ke sana..pelbagai budaya, menarik..

      Delete
  7. cantik waterfront kuching ni...sungai serawak mmg luas n panjang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best jln2 di waterfront..lapang fikiran..

      Delete
  8. Cantikkan Kuching... teringin nak pegi lagi... dua (sebenarnya tiga bagi saya) makanan yg wajib tu memang wajib akan beli... ketiga ialah ikan kering sepat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..Kuching bandar yg cantik..

      oo..baru tahu ikan sepat kering popular di sini..

      Delete
    2. ikan sepat kering di Kuching entah kenapa besar2 saiz dia... lebih besar dari yg di Semenanjung dan Sabah...

      Delete
    3. belum pernah jumpa lagi ikan sepat di Sabah dan jg di Sarawak...mungkin nanti..InshaAllah..

      Delete
  9. nice view ... masih kekalkan alam semulajadi ... terubuk masin n kek lapis mmg ole2 wajib tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaw hijau masih byk dikekalkan di sini..dua makanan tu mmg wajib beli jika ke sini..ramai yg bawa 'briefcase' ikan terubuk masin dan kek lapis masa kt airport..

      Delete
  10. Kakak simpan ikan terubuk masin tu hampir 6 bulan masih elok. Baguskan.
    Banyak tulang itu yg lama tersimpan.
    Ada tetamu yg suka baru kakak gorengkan..

    Kalau kuih lapis tak sampai seminggu duduk di dapur dah licin:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan lama terubok masin tu...dua2 memang sedap..

      Delete
  11. bestny.... terubuk masin sedap... xda sapa nk pegi lagi ka nak order...
    kek lapis pon sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 memang sedap...kalau beli di semenanjung, lain sikit rasanya..hehe..

      Delete
    2. pernah makan..jiran ada bg..memang sedap

      Delete
    3. kek lapis Sarawak memang famous..mesti beli kalau berkunjung ke sini.

      Delete
  12. Sarawak memang best untuk dilawati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..banyak tempat menarik di Sarawak..

      Delete
  13. oh boss belanja tu yg lagi best, sungai lebar, suka city by the water ni..sempat ambil gambar bangunan, landmark semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best ada orang belanja..lepas ni kena kerja kuat lg..hihi..design bangunan yang menarik..unik senibinanya..

      Delete
  14. Naik bot penambang tu kemana arahnya kak nohas? murah jer tambangnya yer... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyeberang sungai, ke belah sana..adalah lbh kurang 5 minit duduk dlm perahu tu..

      Delete
  15. jika sendiri ke sarawak atau ada kawan balik sarawak mesti order ikan terubuk masin tu..fuhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terubuk masin Sarawak ni memang sedap..

      ada jg dijual di pasar2 malam, tapi tak sama rasanya dgn ikan terubuk masin fresh

      Delete
  16. akak.. ritu beli enam ekor trubuk masin tu.. tak goreng2 lagi sampai sekarang hahaha.. tapi CT tinggal kat kampung. kat makcik n nenek. sebab kat rumah kat penang ni memang tak masak. adus balik kg ni nak korek peti ais lah.. kalo tak diingatkan memang tak goreng =P

    CT pegi gak dayang salhah tapi lastnya beli gi Mira.. lebih moist. lembab2 gitu.. naik boat yang pusing2 sungai dulu. naik yang rm19 aje jauh jugak dia bawak pusing. ada enjin jadi lajuuuu aje hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan terubuk masin tu makan dgn nasi panas2 memang best...kalau gi Kuching lagi, nak try kek Mira pulak..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...