Tuesday, December 30, 2014

Al-Amar dan Al Baik

Assalamualaikum...

Al-Amar dan Al-Baik..siapakah mereka? atau apakah bendanya? soalan kedua tu lebih relevan..Al-Amar dan Al-Baik, dua-dua restoran, satu sidewalk cafe, satu lagi fast food outlet..dimana? di Bukit Bintang...yuhuu..Bukit Bintang lagi..annual trip ke sini atas urusan kerja..

Jalan-jalan depan Farenheit88, nampak cafe ni ada jual ais krim Turki..teruja, singgah, beli..


Mahal jugalah, kalau ikut standard ais-krim di Malaysia ni..nak merasa, beli jugalah..perisa durian pun ada..only in Malaysia, not in Turki..hihi..


Street cafe ni namanya Al-Amar...suci murni namanya..teringat 'amar makruf, nahi mungkar'..tapi yang tak bestnya, ada pulak benda-benda ni..


Tu dia, happy hours uolls....ada betul-betul tepi list perisa ais-krim tadi, cam mana boleh tak nampak, mood dah ke laut...hissh..I am not happy, I am confused..nak cancel order, mamat tu dah cedok ais krim, nak tak nak, bayar jugalah..nak buang rasa sayang pulak. Al-Amar, Al-Amar..misleading betul..ingatkan kat Jepun je, restoran halal ada jual minuman keras untuk menaikkan jualan, menarik pelanggan...entah, don't know what to say...

Hati dah tawar, walaupun ais-krim tu manis...ceriakan hati dengan Hello Kitty ni..

you make my day
Lunch hour...bab nak makan sorang-sorang ni memang syahdu sikit..jom cari port yang tak ramai orang..pandang kanan, pandang kiri, pandang atasss..yeayy..nampak logo ayam di tingkat satu...nama pun baik-baik je..Albaik..macam menarik, jom try..halalan toyibban..


Albaik ni di tingkat satu, di sebelah Wolo hotel @ Tous Les Jours cafe. Bawahnya kedai jual beg, handphone, kebanyakannya dijaga oleh bangsa asing @ Bangla..
 

Keluar je dari lif, terus masuk restoran, ada tiga orang pekerja, duduk main handphone, takde customer, tanya dulu 'dah buka ke?'..mereka cakap 'dah'..order set ayam goreng..

Sementara tunggu, baca suratkhabar dulu..suratkhabar Al-Atheer..

dia cakap Arab lahh
Ada dua versi..English and Arab..

sedapnya..
OK, makanan dah siap..macam ni setnya..




The verdict: OKlah..macam makan ayam goreng & kentang goreng kat rumah je (kat rumah pun lagi sedap)...takde berperisa langsung, simple macam tu je..spice up, babe, spice up..sosnya bolehlah..thousand island & garlic sauce..

Nak bersaing dengan KFC, memang jauh bezanya..tapi bolehlah sebagai alternatif..company dari Timur Tengah "the founding members are of Saudis, Jordanian and Egyptian business men, well diversified experienced and diversified in several businesses"..

Boleh mencuba di Al baik..Al-Amar, no no..

34 comments:

  1. Replies
    1. at first, nampak ais krim je...hehe..

      Delete
  2. Taste org timur tengah memang tawar. Kakak kalau makan di sana dulu memang bawa kicap. Kicap ABC Indon tu banyak di timur tengah. Mungkin tak lama lagi bila dah tahu taste org M'sia dia ubah sikit ikut taste kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada perisa sedap sikitlah nk mkn.. tapi ok juga lah, ayamnya crispy..

      Delete
  3. kalau bgtu ulasannya xsampailh kot...premis mknan sedap2 ni kan bertabur mrata KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, memang banyak pilihan mknan sedap2 di KL..

      Delete
  4. Al-Amar tu patut tukar jadi Al-Jahat je. Lagipun, elok jugak bila sebelah-sebelah dengan Al-Baik. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..teringat yg tak semua org Arab tu Muslim..cafe ni from Lebanon..tapi namanya tu sgt mengelirukan..

      Delete
  5. Memang potong stim betul kalu nampak Carlsberg... Iskkss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..nak pulak dlm satu kedai..haram..haram..

      Delete
  6. Yang Happy Hour tu semestinya al-mungkar... hiks, gurau je nohas. Serupa di Bali la... selalunya kalau restoran Padang kita fikir dah tentulah halal kan... tapi di Bali tidak... restoran Padang tidak semestinya halal sebab mereka juga jual masakan babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..perkara haram dan mungkar..ooo..mcm tu ke kt Bali, kena berhati-hatilah mcm ni kan..

      Delete
  7. Nama yang sungguh misleading... huhuh, suggest kat dia letak je nama al-gelek, arabian belly dancing... ahahah kidding2! ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..sgt misleading..mmg patut kena tukar..

      Delete
  8. ada mata lihat ada telinga dengar ada mulut tanya....amar makruf betullll...hehehehehehe

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee cantik hiasan nasi lemak malaysia begitu.

    ReplyDelete
  10. Tersentap pulak nak makan aiskrim....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersentap tengok benda2 tu ada dijual dlm satu kedai..

      Delete
  11. Salam

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. selamat tahun baru..
      aminn..

      Delete
  12. nasib tak berapa baik lah ni ... taste org timur tgh camtu kot . tak sama tekak org melayu . tapi sepatutnya buat survey lah klu nak perniagaan tu maju dan mampu bersaing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencuba tempat baru..mngkin target mrka pelancong2 Arab yg ramai di bkt bintang..

      Delete
  13. Assalamualaikum...
    ooo restoran al-baik tu mmg sangat lh bnyk kelihatan d makah/jeddah... hatta kt mina pun ada.
    so sy mmg ingat dia milik arab saudi.
    hihii...
    tp orang belah2 sana ni mmg mkn kurang berperisa kot... kfc kt mekah pun x berapa umpphhh.... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..ya, betul, company dari timur tengah..kat sana, cuaca panas tak leh nak berempah-ratus sangat kot..bertambah panas..

      Delete
  14. Klau nk try kedua2 kedai ni x kot terutama kedai ice krim biar lah nama kedai ala2 arab gitewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. ais krim Turki tu tak bersalah, cuma ianya dijual di kedai yg sama..lebih baik jgn bersubahat..hihi..albaik OK lah, kalau dah boring mkn KFC..

      Delete
  15. teringin juga aiskrim turki tu duk tgk kat tlc boleh 5tarik2 pusing tah macam mana tah.. tapi kalau dah tak muslim cari lain ja kan.. petnah juga masuk dalam restoran nadi arab tapi hiasan gajah la.. order seefood atau vege.. tapi kat mana ni lama tak ke bukit bintang dah, Dome kat lot 10 ada lagi. memorylane nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerai di kaki lima, depan Fahrenheit88, dulunya KL Plaza...kena berhati-hati jg, mcm kedai mamak, katanya halal, tengok2 non Muslim yg punya..

      Delete
  16. alamak spoil la kedai tu.. boleh buat orang rasa ooowh xpe jual beer bagai waktu tertentu saja huuumph !! sensitivity tak ada. katalah kalau tak nampak iklan tu so selamanya tak tahu kan. issk peniaga ni pun. memang nak attract pelancong asing la tu da kedai pun kat bukit bintang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiskrim tu pun dijual di kedai yg sama..huhu..memang misleading..orang M'sia tak berapa suka nak minum2 kopi tepi jalan dlm keadaan cuaca panas, berabuk, trafik jam kat jln Bukit Bintang..pelancong asing suka je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...