Sunday 7 December 2014

Kampung Budaya Sarawak

Assalamualaikum..bertemu di weekend lagi..memang busy menjelang tahun baru..
 
oklah, part terakhir 'jalan-jalan di Kuching'..the highlight of our trip..lawatan ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village. Lokasinya di kaki Gunung Santubong..lebih kurang 20 minit dari bandar Kuching..



Popular di kalangan pelancong asing kerana Rainforest World Music Festival yang diadakan di sini pada bulan Julai setiap tahun.


Kena ada passport untuk masuk ke sini..inilah pasportnya..jangan lupa cop ye..


Ini pasport untuk pelawat yang bukan orang Sarawak, for Sarawakian, pasport warna merah..entrance fee ialah RM60.00 untuk orang dewasa, ditanggung oleh bos...Alhamdulillah. Pasport ni menarik, selain ada layout plan Kampung Budaya ni, ada juga penerangan ringkas mengenai kaum-kaum yang ada di Sarawak dan juga tarian-tarian mereka..

Masa kami sampai, hari hujan..masuk dulu di kedai souvenir ni, beli baju hujan..


Memulakan perjalanan menjejaki rumah-rumah pelbagai kaum di Sarawak..kita ke kanan dulu..


the pavilion
 
Sampai di rumah pertama..Rumah Bidayuh, tapi ini bukanlah rumah utama, yang ni dipanggil barok...


Mari masuk...

suasana di dalam barok


 Di belakang barok ni, baru ada rumah panjang orang Bidayuh..

view rumah barok dari rumah panjang Bidayuh

moh, panjat tangga rumah panjang..tinggi rumahnya..

disajikan dgn tarian selamat datang kaum Bidayuh

suasana dalam rumah panjang - sesi cop pasport, ada jual kuih tiboduk (lepat pulut)

jualan barangan perhiasan drpd manik

OK, bergerak ke rumah seterusnya..Rumah Iban.


diraikan dengan tarian selamat datang
 

tak larat nak tengok mamat dua orang tu, seksi betul..hihi..

ada jualan barangan manik
costume utk disewa for photoshoot  
bilik untuk disewa 
 
Di rumah panjang kaum Iban dan Bidayuh, ada bilik-bilik untuk disewa untuk lebih 'feel', selalunya full house ketika Rainforest Music Festival.


Bergerak lagi..kali ni ke function house..tiada apa disini, aktiviti mencari toilet..

function house

Next, the interesting one..Rumah Penan..

 simple life

"Penan shelters are quickly constructed to last for a few weeks or months. They are sited near a good stand of wild sago trees, the Penan's staple food; after this has been used up, the family moves on. Another Penan specialty is the manufacture and accurate use of blowpipes" 

Disini boleh cuba aktiviti menyumpit, kena bayar RM1.00 untuk tiga kali sumpitan..


Ada hadiah menarik, kalau berjaya kena pada sasaran. Apakah hadiahnya??..jeng..jeng..penginapan satu malam di Rumah Penan original. Ada bran?? hihi..just kidding..

Tiga jenis rumah sudah dilawati, dah kumpul tiga 'village stamps'..
 

Ada empat lagi rumah yang belum pergi dan juga persembahan kebudayaan..bersambung di next entry lah ye..

28 comments:

  1. Assalam bunda pernah pergi sini masa tu arwah suami berkhidmat sebagai tentera disana...

    Terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian...terima kasih sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..dah lamalah bunda ke sini, saya baru je pergi..hehe..

      Semoga bunda sihat walafiat..cuma doa saja yang boleh dititipkan via alam maya ni..

      Delete
  2. budaya sarawak mmg amat menarik...suka dgn mrk yg berumah panjng tandanya mrk masyarakat yg muafakat bersatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..pelbagai budaya menarik di Sarawak...

      Delete
  3. waaa, konsep passport dan cop village stamps tu menariklah! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time ni jumpa konsep mcm ni di M'sia...saja suka2 buat kenangan..

      Delete
  4. Tak larat nak tengok yg seksi tu mata terjeling juga kan.
    Maklumlah yg lain dari yg lain biasanya akan lebih buat mata teringin nak melihat haha...

    Tarian dan tradisi mereka bagaimanapun tetap unik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb lelaki tu yg jadi penyambut tetamu..terpaksalah tengok..hehe..ya, betul, tarian, pakaian, perhiasan mereka unik..

      Delete
  5. cantikkan tempat ni... sebenarnya bangunan dewan undangan negeri yg tepi sungai tu diilhamkan dari rumah Barok tu yg merupakan rumah mesyuarat untuk kaum Bidayuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..memang cantik..senibina yg menarik..bgn DUN dan DBKU sama design..oo..baru tahu asal dari rumah barok..thanks for the info..

      Delete
  6. Alhamdulillah... idah dah pernah sampai dah kat sini... yang paling idah suka adalah view kat kampung budaya nie... subahanallah cantik sungguh pemandangan di tasik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. view memang cantik dan nyaman..maklumlah tepi hutan..tak sempat gi tepi tasik sbb nak kejar cultural performance..nampak dari jauh je..

      Delete
  7. xpernah smpai lagi la... nnt boleh letak dlm list kalau p sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly-recommended..a must visit place in Kuching..

      Delete
  8. keliling umah pior suasana semulajadi tu ... mesti byk nyamuk musim hujan ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn tepi hutan selalunya banyak nyamuk...mereka mungkin ada cara tradisional nak halau nyamuk..

      Delete
  9. Replies
    1. boleh datang sini..original dari org Penan sendiri..

      Delete
  10. Sedang mencari-cari destinasi wajib lawat bila trip ke sarawak. tiket dah beli utk bln 9 thn depan.. Tapi mahal la pulak nak masuk sini. emmm.. harap2 sempat la kumpul duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Highly-recommended untuk dtg ke sini..In shaa Allah, ada masa lagi nak kumpul duit..

      Delete
  11. Kampung budaya sarawak antara main attraction..kalau ke sarawak tapi tak pegi kampung budaya ni mmg rugi sbb bileh lihat pelbagai cara hidup suku kaum di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..pengalaman menarik berkunjung di sini..

      Delete
  12. Passport kita x penuh pun.
    haha.tiap kali masuk... terlupa ambik cop.
    mmg xder nyer lh nk patah balik...
    gambo kt depan main entrance pun lupa ambik... sbb sibuk mnguruskn tiket ahli keluarga...
    huhuhu...
    i want to go there again...
    hmmm kna lh byr tiket dia yg mahal tu sekali lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang boleh terlupa nak cop passport sebab byk benda menarik nak ditengok..hihi..
      memang best kalau dapat repeat ke sini..dgn famili...walaupun mahal, tapi berbaloi pergi..

      Delete
  13. adus hujan pulak.. alhamdulillah time CT pegi okay cerah panas and bahang lagi. tak habis pusing pun semput dah hehehe.. plus nak kejar masa pi bayar saman plak T.T masuk rm60 tapi tak apa bos bayar hehehe.. kami dapat rm15 cilok kad siswa kawan.. kalo dak rm30 sbb student kad tp kad siswa kawan tu unimas jadi lagi potong.. huntung2 sebab memang masuk nak tngk show aje..

    kat one of the rumah tu adus ada makcik pekerja yang pepagi buta dah PMS.. nak moody2 plak mood dia. tah pape tah.. hilang mood kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..untung berganda-ganda mcm ni..tak aci, tak aci..hehe..dari RM60 ke RM15..rezeki tu..

      PMS..haha..nasib baik bukan symptom menopause..hehe..org moody xleh layan sangat, nanti kita yg hilang mood...cuti2.. kita enjoy..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!