Saturday, November 29, 2014

Sayang Sarawak, sungainya sempit...

Assalamualaikum...salam ceria di hujung minggu..


Yahh..masih cerita di Kuching, Sarawak..selepas aktiviti ronda-ronda old town Kuching, kita ke waterfront pula..di tepi Sungai Sarawak..sempit ke sungainya? taklah..besarlah juga..sempit lagi Sungai Klang..huhu..tapi kalau nak compare dengan Chao Phraya ke, Han River ke, memang le tak besar sangat..
 

 Kuching Waterfront

Bila check dalam internet, ada dua versi tentang Sungai Sarawak...

Sayang Sarawak, sungainya sempit
Berbuah nenas, lamun-lamunan
Hendak ku bawa, perahu ku sempit
Tinggallah emas, tinggal junjungan 

 Sayang Sarawak, sungainya sempit
Nakhoda kapal bersusah hati
Hendak ku bawa, perahu ke sempit
Hendak ku tinggal, tak sampai hati

Yang kedua tu lebih realistik sebab kalau kapal besar nak lalu, memang le sungai ni nampak sempit kan...jom, kita check pula, sempit tak perahunya..hihi..semua ahli rombongan bersetuju naik bot tambang untuk ke kampung seberang..

menunggu untuk naik perahu

Be like a local..tapi ramai juga pelancong yang naik bot ni..tambangnya 50sen waktu siang hari, waktu malam tambangnya naik dua kali ganda..RM1.00 je..jom naik...

dalam bot tambang..sempit tak? hehe

Kuching's skyline

Hotels with river view

Dah sampai di kampung seberang, Kampung Gersik..nampak banyak orang berjual-jualan di sepanjang jalan..


Tujuan datang ke sini ialah untuk mencari dua makanan popular dari Sarawak iaitu ikan terubuk masin dan kek lapis..dari jauh dah beberapa stall yangj jual terubuk masin..jalan-jalan dulu, buat survey..nampak Mira Cake House, yang ni popular juga untuk kek lapis, cheese kek..tapi tak singgah..


terubuk masin
Jalan lagi..nampak signboard ni..yess..yang di cari dah jumpa..


di lorong ni

dah sampai

Masuk je ke dalam bangunan ni, mata dah dijamu dengan pelbagai jenis kek lapis. Very generous, semua jenis sample kek lapis dihidang untuk dirasa, contoh percuma, yang guna majerin, yang guna butter, boleh makan sebelum beli..

Yang bestnya pelbagai jenis nama kek lapis..Ombak Rindu le, Nur Kasih le..kek lapis belacan..semua ada..ramai juga artis datang ke sini..popular..selain kek lapis, ada jual barang sampingan seperti kerepek seaweed, kacang-kacang, pes laksa Sarawak..

Kalau nak beli banyak, jangan gusar, boleh isi borang, order dan bayar dulu..inform flight balik pukul berapa..ada perkhidmatan hantar ke hotel. Mereka dah biasa buat macam ni. Tak payah  le kita nak angkut, bawa berkotak-kotak kek lapis, naik bot. Macam kami, nak balik hari Isnin, mereka hantar pagi Isnin, balik hotel, dah tersedia kotak-kotak berisi kek lapis di lobi hotel. Senang..no delivery charge..

Dah habis order, bergerak balik..on the way, beli ikan terubok masin..dibungkus di dalam kotak dengan kemas, 'flight proof', dah macam briefcase pulak, siap ada pemegang...easy peasy..

Semua dah settle, bergerak ke jeti..decided untuk dinner di food court di tepi sungai..order laksa Sarawak..memang marvellous..

--------------------------------------

Yang ni di hari kedua..pergi ke seberang, naik mobil, guna jambatan...

 Kuching town dari seberang sungai
Kediaman TYT Yang Dipertua Negeri

Bangunan Dewan Undangan Negeri


Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara

OK, habis sudah sesi jalan-jalan di bandaraya Kuching, lepas ni kita menjejak pula pelbagai suku kaum di Sarawak di Kampung Budaya..

bersambung..

Tuesday, November 25, 2014

Jalan-jalan di Kuching, Sarawak

Assalamualaikum..kamik gi Kuching...bos belanja. Tahun lepas terbang ke Kota Kinabalu, tahun ni ke Kuching..Alhamdulillah. Ahli rombongan seramai tujuh orang: 4 orang staff, boss and his wife and daughter.

Trip 3 hari 2 malam bermula 8/11 hingga 10/11. Flight pukul 11.55 pagi. Dari rumah, naik monorail ke KL Sentral, lalu di Nu Sentral, menarik shopping complex ni..high class. Breakfast di Meals Station, kemudian ambil bas ke KLIA2. Jimat belanja, kos cuma RM13.50 je.

Alhamdulillah, selamat mendarat di Kuching International Airport..ini kali kedua ke sini, first time jejak kaki di sini akhir tahun 90'an, atas urusan kerja...bertambah cantik airportnya..


Ambil teksi ke hotel, bos and family tunggu branch manager untuk ambil kereta sewa.  Kami duduk dua malam di Hotel Harbourview, di tengah-tengah bandar Kuching.

the hotel
Dah check-in, lunch dulu, kasi up energy level, untuk sesi warming-up, iaitu jalan-jalan di pekan lama Kuching. Ada tour guide untuk aktiviti ni, Mr Wong, a qualified QS, kawan kepada boss and branch manager.

 itinerary hari pertama di Kuching

Aktiviti dimulai dengan yang dekat, depan hotel je, Tua Pek Kong Temple. 

Tua Pek Kong temple
Menurut Mr Wong, temple ni dah lama wujud, sebelum penyamun (Mr Wong yang panggil) James Brooke datang ke Sarawak pada tahun 1841. Gali-gali sejarah Sarawak, history revisited...


 Jalan Main Bazaar - salah satu jalan utama di bandar Kuching

Muzium Sejarah Cina

Di sepanjang Jalan Main Bazaar ni, memang banyaklah kedai-kedai lama, ada yang dah diubahsuai, jadi hotel budget.


exterior kedai


jalan-jalan di Lorong China

industri yang semakin pupus

ini di Jalan Carpenter

terror brother ni lukis

Jalan lagi..belok kanan ke Upper China Street..


pintu dan tingkap

 kedai-kedai

Dah habis sesi 'town walking' pada hari pertama...tapi nak sambung sesi jalan-jalan di sekitar old town Kuching ni, pada hari ketiga..yang ni jalan sendiri-sendiri..sambil menyoping..

OK, kitak start dari Plaza Merdeka..depannya ada bangunan putih bertiang Roman ni..bangunan General Post Office.



Depannya pula, bersebelahan dengan Plaza Merdeka..ada bangunan yang unik dan cantik senibinanya..

Muzium Tekstil dan Sarawak Craft Centre

Di sebelahnya ada Sarawak Tourism Centre dan the Square Tower


Sarawak Tourism Centre & the Square Tower

pintu gerbang di Jalan Carpenter
 cafe

 
Sarawak Steamship Co. Ltd 1930

tak sure bgn apa - Tourist Police post kot

tingkap-tingkap yang menarik

klasik
Sekian, aktiviti 'ramble & wander' di old town Kuching pada hari pertama dan ketiga..interesting bagi yang berminat..hehe..yelah..benda-benda rustic and klasik..who knows this area will be redeveloped in the future..semuanya nanti akan tinggal kenangan..

bersambung, nanti kitak naik perahu pulak..

Saturday, November 22, 2014

Korea pulak..TLJ and Seoul Bing

Assalamualaikum..

Lepas cerita Jepun, kita cerita Korea pulak..ke Koreakah kita? nayy..nehi, nehi..pergi dekat je..Setapak..

Beberapa minggu yang lepas, singgah makan di PV128 di Jalan Genting Kelang. Dah beberapa kali makan di sini..di Jombali, di Toowoomba.

Kali ni makan di Mee Tarik Warisan Asli, yang baru buka cawangan ke-3 di sini...di sebelah restoran mee tarik nilah, ada Korean Dessert Cafe..Seoul Bing..

Pertama di Malaysia


Tak masuk sebab dah kenyang makan mee, tapi desert yang dijual nampak sangat yummy...ABC Korea..patbingsu...kalau dah boring makan ABC, ais kacang Malaysia..bolehlah bertukar selera ke patbingsu Korea ni..


Check it out
------------------------------------------------
Tous Les Jours..cafe ni dah ada banyak cawangan di Lembah Kelang..di Bangsar, Subang Jaya, Bukit Bintang dan yang terbaru di Empire Damansara...

Ada meeting dengan client and other consultants di Empire Damansara..meeting in early morning and breakfast is provided..yeayy..and the breakfast is from TLJ...yuhuu..

 setting up the breakfast table

the authentic bakery

 
 
 
 

The verdict: Memang sedap, tambahan pula, semuanya free..hihi..


Lepas meeting..ada banyak lebih, the client dengan sukahati 'tapau' them for us..Alhamdulillah..

Dah ada makanan, jom jalan-jalan di Empire Damansara...lokasinya depan Menara Hasil di Damansara Perdana..first time jejak kaki di sini..area yang sangat cool..tepi hutan..

 
 ada Damansara Performing Arts di sini




Ada banyak cafe and restoran..check it out..

 Entry santai di pagi Sabtu, have a wonderful weekend..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...