Saturday 31 January 2015

Toyyiban Sushi

Assalamualaikum, semua..Selamat Hari Wilayah..

Alhamdulillah, mulai hari ni, warga Wilayah Persekutuan akan bercuti selama 4 hari..a long weekend..woohoo..takde perancangan apa-apa lagi, so aktiviti pertama, update blog..

Cerita hari Sabtu lepas. Dari pekan Semenyih, ikut jalan lama ke Bandar Baru Bangi, semata-mata nak check out Bangi Gateway, kompleks perniagaan terbaru di BBB. Tujuan sebenarnya nak makan Japanese foods..ingatkan dua, rupanya tiga..outlets di sini..cik jamil, cik jamil..hehe..

 Bangi Gateway..open concept, lebih airy dan trendy..tengah hot n sizzling..
happening place in Bangi..

Outlet Japanese food yang pertama nampak ialah Daidomon, pernah disiarkan dalam program Jalan-Jalan Cari Makan TV3..Japanese bbq..


Disebabkan nak makan sushi, naik ke tingkat atas, cari Toyyiban Sushi, yang ni dapat tau dari blog Siti Yang Menaip..tenkiu Siti..


Dah order, pandang depan, tengok ada Sushi King..head-to-head competition..

next time ya, SK

OKlah, mari tengok apa yang diorder hari tu..makan tanpa was-was sebab ianya toyyibban..

lokasi

pelbagai pilihan ada

Saya order ni..Korean ramen dan sushi goreng..

 Korean ramen ni lebih kurang macam maggi kari je...biasa-biasa aje..sebab dah selalu makan maggi, nak habiskan semangkuk besar ni..siksa..

sushi goreng..not bad, sedap

My sister order sup udon..onigiri dan mix sushi..


tuna onigiri
 
mix sushi

Minuman pula - Japanese green tea..

The verdict: So-so, bolehlah. Nak repeat?? segalanya mungkin. For fried sushi.

#dah tiada outlet Toyyiban Sushi di sini#

Friday 23 January 2015

My cup of tea..

Assalamualaikum..

Ada orang suka minum teh, ada yang suka minum kopi..tea is soothing, coffee is invigorating...bila ada kerja berat, yang perlukan banyak fikir, saya suka minum kopi..bila nak relaks minda, suka minum teh..

Di pejabat, ada banyak pilihan teh..

Earl Grey Tea and Peppermint Tea by Crabtree & Evelyn

 3R

Earl Grey Tea juga, tapi dari Ahmad Tea, London mari

 Tapi yang selalu minum..teh ni lah..teh uncang Lipton..stok selalu ada..


Tengok dalam laci, ada teh ni pulak..cilok dari bilik hotel..


Adakah kita minum teh yang sesuai dengan pekerjaan, aktiviti harian kita? Meh nak story, betul ke idok, wallahu'alam..tengok ada artikel ni dalam komputer...

  • Mereka yang bekerja banyak menggunakan 'otak' atau pelajar yang rajin belajar siang dan malam - disarankan banyak minum teh bunga (chrysanthemum tea)
  • Mereka yang banyak menggunakan tenaga semasa bekerja atau bersenam  - digalakkan banyak minum teh Wu Loong 
  • Mereka yang travel menggunakan basikal atau berada di kawasan pencemaran - kena banyak minum teh hijau (Green Tea) 
  • Mereka yang duduk saja, tak buat aktiviti apa-apa - kena minum Green Tea atau Flower Tea
  • Mereka yang merokok atau minum minuman beralkohol - digalakkan minum Green Tea
  • Mereka yang dalam kategori 'karnivor' atau banyak makan daging - disarankan banyak minum teh Wu Loong
  • Mereka yang banyak buang air kecil atau kurang ke tandas - disarankan minum teh madu (honey tea)
  • Mereka yang mengidap tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi - digalakkan minum teh Wu Loong atau teh hijau
  • Mereka yang mengadap komputer sepanjang hari - digalakkan minum sebarang jenis teh - teh mengandungi anti-oksida yang dapat melindungi diri kita dari pancaran ultra violet daripada komputer.
  
Selamat mengeteh and selamat bercuti di hujung minggu 

Friday 16 January 2015

Macam ni rupanya..

Buah belinjau.


Ada juga panggil buah malinjau/buah binja. Yang banyak kali makan, kerepek belinjauRasa pahit-pahit kerepeknya, tapi sedap.  First time tengok buahnya. Yang ni dah direbus, makan bijinya, rasa lemak macam kacang.


Subhanallah, ada dua lapisan kulitnya. Yang luar (warna merah tu) lembut. kemudian ada lapisan keras melindungi bijinya..walaupun dah direbus, lapisan tu tetap keras, tapi isi dalamnya lembut.

Buah belinjau ni jiran saya yang bagi. Dia ambil di kampungnya di Batu Pahat, Johor. Dia beritahu buah belinjau yang muda, yang masih hijau, daun dan juga bunganya boleh dimasak, dibuat sayur lemak/bening, campur dengan udang. Tak pernah makan..

Biji buah belinjau ni ditumbuk untuk dijadikan kerepek/emping.

Kerepek belinjau


sekian saja...selamat malam.t

Wednesday 14 January 2015

Souvenir from Gui Lin

Assalamualaikum..

Terima kasih, syukran, xie xie..kepada blogger Muhammad Khairuddin Lim kerana sudi poskan fridge magnet, souvenir dari Gui Lin 
Diterima dengan selamatnya semalam.


close-up sikit..


Gambar pemandangan di Lijiang River dengan bukit-bukit batu kapur..spectacular, magnificient..

Boleh baca entry tentang Lijiang di sini 


Keep on traveling and blogging..

Wednesday 7 January 2015

Gourmet Foods: Cod vs Barracuda

Assalamualaikum..Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidurrasul 1436H...salam ceria di hari ke tujuh..

First entry. Nak story event tahun lepas nye..ada seorang client ni ajak saya dan my ofismate for dinner, gathering of all consultants..kes dia ni dah lama sangat terperap dlm 'cold storage' and was labelled as 'KIV'..bila dah settle, both parties are happy, so, that Friday night, we all pun pergilah dinner-cum-marketing, first time jumpa, a nice lady..

Dinner di the Gallery, di Taman Tun, fine-dining restoran, tapi mlm tu takde fine nya, riuh rendah..team legal, team accounts, team property, team bos-bos..
 


Marilah tengok our main course malam tu..taraa...ikan seketul..cod fish..(teringat scott emulsion)...hehe..



Masa ni dah terlintas dalam hati, 'ini je ke?'..kenyang ke ni? perut Melayu, nak makan style macam ni..huhu..dua-dua kami order cod fish..client cuma bagi empat pilihan untuk main course..dua jenis ikan, daging dan ayam..

Yang ni..barracuda dengan sos labu..



Barracuda sejenis ikan.."the barracuda is a ray-finned fish known for its large size and fearsome appearance". Tengok gambar, memang bengis ikan ni..


source: wikipedia

Yang best, ialah desertnya..tiramisu..



Balik rumah..pekena nasi sepinggan..haha..

Itu je nak cerita..mood masih ke laut, dibawa arus banjir...gudnite..