Friday, January 16, 2015

Macam ni rupanya..

Buah belinjau.


Ada juga panggil buah malinjau/buah binja. Yang banyak kali makan, kerepek belinjauRasa pahit-pahit kerepeknya, tapi sedap.  First time tengok buahnya. Yang ni dah direbus, makan bijinya, rasa lemak macam kacang.


Subhanallah, ada dua lapisan kulitnya. Yang luar (warna merah tu) lembut. kemudian ada lapisan keras melindungi bijinya..walaupun dah direbus, lapisan tu tetap keras, tapi isi dalamnya lembut.

Buah belinjau ni jiran saya yang bagi. Dia ambil di kampungnya di Batu Pahat, Johor. Dia beritahu buah belinjau yang muda, yang masih hijau, daun dan juga bunganya boleh dimasak, dibuat sayur lemak/bening, campur dengan udang. Tak pernah makan..

Biji buah belinjau ni ditumbuk untuk dijadikan kerepek/emping.

Kerepek belinjau


sekian saja...selamat malam.t

45 comments:

  1. Replies
    1. Salam kak nohas... inilah pertama kali idah tengok buah malinja nie kak... cantik buah nyerr... selalu tau makan jerr... hik3x...

      Delete
    2. w'salam..akak pun sama, first time tengok buah ni..selalu makan keropoknya je..

      Delete
  2. Alkisahnya No baru tahu ye. Rumah kampung hubby akak ada tanam banyak - meriah kalau dah musim macam biji kopi juga cara dia di dahan-dahan pokok. Pucuk daun mudanya boleh dibuat sayur. Biasa akak masak sup campur soohoon dan tauhu kering. Sedap tau...

    Kalau Batu Pahat tu kakak percaya memang banyaklah.. rumah hubby kakak pun Batu Pahat juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak, first time tengok buah belinjau ni..

      Delete
  3. gitu rupanya buah belinja ya...kakpun baru pertama kali tengok selalu tu mkn keropoknya saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, kak, keropoknya selalu makan tapi buahnya baru first time tengok..hihi..

      Delete
  4. Baru tau dan tak pernah makan pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok pernah makan, buahnya first time makan..

      Delete
  5. Saya pun ni baru tengok rupa buah belinja. Saya satu family suka makan keropok belinjau ni... betul! rasanya pahit2 sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok belinjau walaupun pahit tapi sedap..tak boleh nak stop makan..hehe..

      Delete
  6. ooooh laaa, kerepek warna putih yang pahit tu dibuat dari tepung biji buah ni kaaa? hehe baru tau... thanks for the info ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek belinjau...walaupun pahit tapi sedap dimakan begitu saja..

      Delete
  7. wawa panggil buah ninja.. klu bakar best.. goreng dlm kuali tanpa minyak..:)

    time kecik2 dlu rjn sgt makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakar & goreng tanpa minyak..next time boleh try..

      Delete
  8. kat brunei dipanggil belinjau sbb kropok tu mcm sinonim kaknoor pernah makan mmg sedap rasa nya pahit2 sikit tapi sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..belinjau namanya..keropoknya memang sedap, walaupun rasa pahit sikit..

      Delete
  9. Kerepek tu kelat... hihihi... kna mkn ngn sos cili... baru okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu makan begitu saja...boleh try nanti, cicah sos cili..

      Delete
  10. Oh ini ker belinjau... thanks sharing.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun first time tengok buah ni..

      Delete
  11. Nahhh betullah ni buah belinjau... di rumah saya ada buah ajaib yg mana kalau orang makan benda masam lepas tu dia makan buah tu maka kalau dia makan balik benda masam tu akan bertukar jadi manis... saya cakap itu buah ajaib tapi ada orang cakap itu belinjau... taraaaaaaa... ini lah sebenarnya buah belinjau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak rasa yg Najib maksudkan itu buah binjai - besar tak macam ini comel kecik. Itu memanglah masam-manis buat sambal belacan sedap hihihi.. ini bukan buah tu.

      Delete
    2. buah belinjau ni rasa lemak2 sikit mcm kacang, mungkin jd transfer factor..dari rasa masam ke rasa manis..atau mcm Kak Zakie ckp..buah binjai yg mcm buah mangga tu...

      Delete
  12. Replies
    1. sedap, tapi nk dapatkan bijinya, renyah jg sbb buahnya kecik je..

      Delete
  13. first time dengar dan tengok buah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg selalu dijual keropoknya, tak pernah tengok buahnya..

      Delete
    2. keropok pun tak penah tahu hehehe
      the word 'belinjau' itu sendiri baru jumpa hehehe

      Delete
    3. nampaknya org utara tak tau keropok ni..mostly diusahakan oleh orang Jawa..
      famous di sebelah selatan je kot..hehe..

      Delete
  14. tak pernah tengok tapi kerepek tu macam familiar, tapi tak sure tapi rasa macam pahit kut.eeee main teka ja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepeknya rasa pahit2 sikit tapi sedap..

      Delete
  15. pertama kali lihat dan tak pernah mkn buah yg di rebus tu...yg pasti kerepek tu pernah mkn..beli di pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek belinjau banyak dijual cuma buahnya yg jarang jumpa..

      Delete
  16. batu pahat , org kg saya kot ... kat kg saya ada pokok ni . daun mudanya sedap masak lemak dgn labu juga sedap masak bening dengan ikan bilis ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran saya pun ckp mcm tu juga..daun muda buat sayur..tak pernah makan..

      Delete
  17. First tau tentang keropok belinjan ni lepas baca komik Anak-Anak Sidek. Duduk bandar, orang tunjuk buah apa pun kitorang tak kenal. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok buah2an kat pasar/supermarket je...buah2 yg exotic mcm ni memang tak kenal..

      Delete
  18. tak pernah tahu pon...first time dgr...pos mai sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habiss..kerepek belinjau ni famous tau..

      Delete
    2. famous kt mna.. kt kedah xda pon hihi

      Delete
    3. oh ya ke..famous kt belah selatan je kot..mahal kerepek ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...