Tuesday, February 17, 2015

Tangerines @ Mandariinid - Part 3

OK, rasanya bukan last entry..

Di pagi hari, seperti biasa, di dapur rumah Ivo...Nika bersungguh-sungguh membaiki tape nya..
 


tempat duduk dia ni memang strategik, bertentangan dengan meja deko, ada macam-macam benda atas meja ni..frame gambar, chimney, yang macam bendera PAS pun ada..(record player kot..tak nampak jelas)..

Ivo ni bukanlah penyokong PAS, ahli pun jauh sekali..hehe...

tapi yang begitu menarik perhatian Nika ialah gambar perempuan muda naik basikal ni..kejap2 dia pandang, kejap2 dia lirik, kerap sangat, sampai semua orang perasan..akhirnya dia bersuara, tanya sapa dalam gambar tu? anak awak ke Ivo? tapi Ahmed yg jawab..itu cucu dia. Mcmana Ahmed tahu? Masa mula-mula Ahmed dan Ibrahim datang rumah Ivo..mereka dah tanya Ivo..lelaki kan..

Margus bagitau ada kereta menghampiri di luar rumah...dangerous situation..

Ivo  kenal mereka ni askar upahan Abkhazia, orang kampung situ juga. Mereka berempat mula susun strategi. Kalau askar Abkhazia ni tau Nika orang Georgia, semua mereka akan kena tembak.

Ivo suruh Nika menyamar jadi orang Chechnya, kawan Ahmed, tercedera di kepala, tak boleh bercakap. Ivo keluar sambut Aslan dan gerombolannya.

Ivo bercerita mengenai pertempuran di antara askar Georgia dan Chechnya depan rumah Margus. Semua askar Georgia mati, askar Chechnya cedera, ada dalam rumah dia. 

Aslan nak berjumpa, bertanya khabar dan bersalam dengan askar-askar Chechnya..maklumlah rakan sekutu..

Mereka diperkenalkan dengan Ahmed dan Nika yang dah jadi Ibrahim..

Ahmed bersungguh-sungguh bercerita mengenai pertempuran yang berlaku,  Aslan percaya. Dia tanya mayat askar-askar Georgia ada dalam van yang dihumban ke dalam gaung ke?

Ivo jawab mereka dikebumikan di dalam hutan. Orang Aslan cakap mayat-mayat tu sepatutnya dilempar je ke jalan raya. Ivo jawab mereka juga manusia. Ya, betul..

Mereka berasa kasihan pada Ibrahim (Nika) yang takleh bercakap, nasib baik mereka percaya.


Diluar rumah, Ivo bagitau Aslan masalah Margus. Masalah pokok limaunya tu laa..
 
minta tolong pada Aslan pula.

problem solved.

jeng, jeng..Nika keluar rumah


Masa ni, Ivo tanya Ahmed 'awak tak nak bunuh dia ke? Dia dah keluar rumah?'..hehe...tak sampai hati..huhu..

------------------------------------------------------

Malam hari...ada barbecue di luar rumah. Ahmed jamu mereka shashlik kebab..


sedapnya..

bonding time

bila sebut tentang sejarah, mula nak bercakaran

 Ivo bertanya siapa yang beri kebenaran untuk bunuh-membunuh? Siapaaa..

Ahmed jawab 'peperangan'

OK, marilah kita minum untuk meraikan kematian, kata Ivo..simbolik..Ivo ni pencinta kedamaian..


tapi Margus tak nak..

Ahmed yang minta maaf, siap bersumpah lagi..


Keadaan kembali reda..akhirnya Margus bersuara kenapa dia sayangkan pokok-pokok limau dia..


ya, betul..cantik nampak buah-buah limau bergayutan di pokoknya..

Tiba-tiba, bunyi letupan dari arah rumah Margus..kebabommm..

 hancur musnah rumah Margus dan kebun limaunya, kena bom..

bersambung lagi...dah panjang rasanya..

12 comments:

  1. Oh nooo... kesiannya Margus! Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman perang...tak dapat dielakkan..

      Delete
  2. siapa yg bom dan kenapa dibom rumah margus . tak saba lak nak tahu ... blh bikin suspen lak ya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah Margus ni di tepi sungai...ada penempatan askar dekat sungai, so kebarangkalian nak kena bom tu memang tinggi..time perang..tak tau askar mana yang bom..

      Delete
  3. Salam. Hee saya pun suka menonton channel Alist astro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...filem2 di A list memang menarik...kebanyakannya jarang tengok..

      Delete
  4. BARU TERASA SEDIKIT KETENANGAN DLM PERGOLAKAN JIWA ANTARA MRK...RUMAH MARQUS DIBOM PULA...KESIAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelahh..nak berperang pun takde untungnya, mesti ada yang mati...risiko di zaman perang, kena bom..

      Delete
  5. Ni citer zaman bile niih? Siap repair tape plak... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun 1992..masih pakai tape lagi..hehe..

      Delete
  6. Replies
    1. dah habis di review...enjoy reading..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...