Tuesday 3 March 2015

Bingsu @ Caffe Bene

Assalamualaikum..salam ceria..  

Apa khabar? Sihat? Cuaca sangat panas sekarang ni kan, minumlah air kosong secukupnya. Tapi kalau pekena ABC, pun memang best juga.  Dah lama mengidam nak mencuba Korean ABC - bingsu, akhirnya dapat juga di Caffe Bene, Jaya Shopping Centre, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Jaya Shopping Centre ni kes kerja saya. First time site visit ke sini, masih lagi dalam pembinaan. Second site visit selepas completion pada November 2014, kena ronda dari Level 6 hingga ke basement. Kerja sambil cuci mata, inevitable, part of the job..hehe..

Dulu tapak ni ada Jaya Supermarket, tahun 1970an, orang PJ mesti tahu. Sekarang dah dibina semula, dengan rekabentuk yang lebih moden dan up-to-date, to remain competitive.

Jaya Shopping Centre di Jalan Semangat, PJ

Masa site visit, cuma intai dari jauh je outlet Caffe Bene ni. Tapi hari Jumaat lepas, selesai je sesi lawatan tapak kilang bersebelahan Seksyen 14, minda dah merancang nak singgah di sini. Cuaca sangat panas, need something to cool me down..hehe..alasan, alasan..yeahh, we need, at least, one good reason to justify our action...lagi pun tak sempat breakfast pagi tadi..so, off to the basement car park.

dekat main entrance from Jalan 14/17

Jom masuk..disapa dengan 'Anyeonghaseyo'..yelahh, kedai Korea. Macam-kacam jenis bingsu, coklat, green tea. Order bingsu Cookies & Cream dan rice cake waffle. Diberi coaster ni...alat komunikasi di antara pelanggan dan penjaga kaunter..

Dan juga diberi sekeping kertas ni..cara-cara nak makan bingsu..step by step..


step 1 : take photo - *mesti*


tekan topping sampai ke bawah sambil tu pusing-pusingkan gelas

Ada juga video yang tunjuk cara-caranya.. 



OK, coaster dah vibrate, meh ambik food di kaunter..

the bingsu and the waffle

Snap photo dah, jom tekan dan putar..berselerak jugalah..pedulik..just want to enjoy the bingsu..

The verdict: Dua-dua sedap, the bingsu tak berapa manis. Walaupun single glass, tapi banyak, jenuh nak perabihkan, at last, tak habis juga. Rice cake waffle sangat sedap, ada ground walnut..terbaik..

Yang bestnya, ada disediakan air kosong, free flow, memang rasa mual sikit bila makan, so wash down dengan air kosong.

Total cost: RM27.35 inclusive 6% GST..

Ada promosi..'dessert in a pan'..choco n cheese...macam sedap..

 nyum..nyum..
               ---------------------------------------------------------------------------------------------
Tenants di Jaya Shopping Centre..OK juga..got everything for everyone..

 

Surau di Level 6..ceria in purple..


- check it out -

34 comments:

  1. One day nak singgah dan merasa makanan yang ada di cafe bene ni... cam enjoy je, nak makan pun ada cara-caranya jugak... hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mengopi, mengeteh di sini...boleh je nak makan in our own way tapi rasanya nanti tak sekata sbb ais kisar tu takde perisa...totally ais saja..

      Delete
  2. ASSALAM SEDAPNYA BINGSU KOREA...MAKAN2 PUN ADA GST.HEH..HEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..sedap, kak..tak manis mcm ABC kita...

      biasalah, kedai2 macam ni, service tax mesti ada..huhu..customer yg kena bayar tax..

      Delete
  3. Salam. Hee bingsu yang sedap dan stylo ;)

    ReplyDelete
  4. Hihi... dia pun dah alert pengunjung mesti take photo dulu sebelum bertindak menikmati hidangan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trend sekrg..hehe..nk fb , nk whatsapp le..nk muatnaik..live blogging..suka tgk deco bingsu ni..

      Delete
  5. Panas2 ni sedap betul kalau dapat pekene abc versi korea nih

    ReplyDelete
  6. alahai best nya makan ABC panas panas gini... korean lagi... mesti best kan... kat KK belum ada lagi rasanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dan sedap..sbb tak manis sangat..just nice..dtg KL, boleh try ni..

      Delete
  7. aahaa.... macam best jew macam sedap jew

    ReplyDelete
  8. kat ioi mall putrajaya ada cuma x pasti caffe yg sama ke idak . nak gak try nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe dal.com...ada entry dlm blog Siti Yang Menaip...menarik gak bingsu tu..

      Delete
  9. waaau nampak sedap dan macam banyak je portion bingsu tu, ni kalau saya gi ni nak kena share dengan member ni, kalau sorang2 mengadap bingsu tu rasanya memang tak abis... hehe ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak walaupun single glass..nak habiskan sorang2 jenuh juga..berdua lebih baik..hehe..

      Delete
  10. alahai nampak sedap bingsu ni..
    memang dah agak lama x masuk jaya supermarket ni.. dah jadi jaya shopping centre ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, Pak Mus..should try this..

      dulu2 tahun 90'an, ada juga masuk Jaya supermarket...zaman berubah, kena upgrade to remain competitive..nak tarik generasi X, Y, Z, kena lebih trendy n innovative.

      Delete
  11. dah lama tak pi jaya supermarket, metrojaya tepi tu ada lagi ke. sedap bingsu tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. metrojaya dah takde..totally new shopping complex...the bingsu - highly recommended, sedap n tak manis sgt..

      Delete
  12. caffe bene? teringat KOREA sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengubat rindu..boleh gi lagi..Jeju pulak..hehe..

      Delete
  13. bingsu aaaa sedap =) cafe bene ni dalam target nak terjah juga..
    tapi belum ada kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly recommended..bingsu x brp manis sangat kan compared to ABC...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!