Wednesday, March 11, 2015

Dan pemenangnya ialah...

Assalamualaikum..

Tahun lepas, saya ada satu tulis entry Wow!!Menara DBKL2, mengenai pertandingan untuk pilih rekabentuk bangunan untuk ganti Bangunan DBKL 2 yang sediada, yang dah berusia 40 tahun. Ada undi awam, ada undi dari staff  DBKL, saya pun turut mengundi juga, saja menyibukkan diri.

Tapi keputusannya, seperti biasalah, dari juri professional.

Keputusannya dah diumumkan pada November 2014, tapi baru sekarang nak tulis entry.

Dan pemenangnya ialah rekaan ini...

dari firma arkitek Hijjas Kasturi Associates Sdn Bhd

Nampaknya undian saya tidak mengena..huhu..tapi saya still suka design E..sama macam forumer Yohja dlm www.skyscrapercity.com

"Shape is exquisite. Pokes nicely out of the skyline, has the IB Tower vibes as well with the solid white lines on dark glass"

Apa-apa pun, keputusan dah dibuat, tak sabar nak buat grand entrance di Menara DBKL 2 yang baru.

24 comments:

  1. oh hijas, big corpraton kan.. tak sure tapi duk komen kan kan pulak :)) structure tu lain dari lain, kat peak ada apa tu, tajam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..hijjas kasturi associates byk jg design iconic buildings, mcm menara pucuk rebung (Menara TM) kt Bangsar..

      no idea ada apa kat peak tu..maybe storage area kot..

      Delete
  2. Ini kat sebelah bangunan lama nampaknya...bangunan PKNS akan dirobohkan lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm tu lah perancangannya, bangunan PKNS akan dirobohkan, diganti dgn bangunan baru...bangunan DBKL yg sediada dah diwartakan sebagai 'bangunan warisan', takleh nak dirobohkan..

      Delete
  3. Mencipta-reka design/bentuk sebelum construction kelihatan cantik
    Bila dah siap kelak kita macam-macam suara ada..

    Company ada nama biasalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully, sebagaimana rekaannya, mcm tulah jg hasilnya nanti..

      Delete
  4. hijas nama yang memang dah top.......
    Jgn kecewa boleh cuba untuk lain-lain bangunan jika ada pertandingan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, one of the top architectural firms in M'sia..

      takdelah kecewa sgt, sbb dah memang tahu, juri professional yg akan pilih..hehe..

      Delete
  5. tentang senibina bangunan ni teringat dialog azmil dlm film alisetan...bangunan tinggi bumbung minangkabau mcm koboi pakai songkok...hijas kasturi comp arkitek yg sgt brpengalman patutlh menang. brand utama juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dialog mcm tu...hehe..yg ni katanya ilham dari tengkolok Melayu...semua rekaan yg dipertandingkan dari firma2 arkitek terkemuka di KL..

      Delete
  6. Replies
    1. menyumbang kpd KL's skyline...triangular shape..

      Delete
  7. satu lagi mercu tanda ...smart!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..

      menunggu bila siapnya, bersemangat nak gi DBKL..

      Delete
  8. nak buat camna org pakar yg lbh tahu ttg selok belok pembinaan ... saya suka bentuknya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya jauhari yg mengenal manikam...bentuk tiga segi..

      Delete
  9. Huyyoo... power gak design yang ni, semoga pembinaan berjalan lancar dan selamat ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah harapannya...yg tak best nanti Jalan Raja Laut jd sesak dan jammed..huhu..

      Delete
  10. Cantikkkk! Satu lagi skyscraper yg bakal jadi kebanggaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..semoga DBKL jd 'world class' local authority..

      Delete
  11. woww,..bangunan tu...fuhhh...gigil kalau di tingkat atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas sekali tkt 30 rasanya...gayat jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...