Saturday 25 April 2015

Program Seni KL 2015

Dah berminggu-minggu, lalu lalang depan ni. Dekat sangat dengan pejabat.

Cantik kan.

Sebahagian dari Program Seni KL 2015 anjuran DBKL untuk mencantikkan lagi bandaraya Kuala Lumpur. Sesiapa pun boleh join, calling all creative people!
 
"Jemputan untuk syarikat/individu/kumpulan/organisasi/pelajar untuk melakar idea seni dan kreativiti pada struktur bandar milik DBKL (feeder pillar/gantry/tembok usang/tong sampah) secara sukarela. Penyertaan akan diberikan Sijil Penghargaan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai tanda terima kasih kerana menyumbang kepada Bandaraya Kuala Lumpur"


Nampaknya 'low-voltage feeder pillar' ni paling popular untuk melakar karya seni. Ni satu lagi..depan Sogo..konsep ceria..

 
 sumber: DBKL website
 
Meh kita ronda-ronda kotaraya KL, ala-ala 'amazing race', cari 'work of art' yang lain. Yang paling nak tengok, 'creative work of art' kat tong sampah..

Ada ke macam ni?

 
sumber: www.pinterest.com

..bhahaha..takut ada yang kena heart attack..

atau sweet-sweet, cam gini..

 sumber: internet

sure tak lama, now you see it, now you don't..kena curikk!!..hehe..lawa sesangat!!

Yang ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat, harap-harap DBKL approved at first sight..haha..

warna kuning lagi meriah

 Salam ceria di hujung minggu..last word.."cities that don't grow, die"

32 comments:

  1. selamat berhujung minggu...progrm yg bagus ni...ada bakat melukis tonjolkan di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. karya seni boleh dihasilkan dipelbagai medium...hasilnya tentu menarik..

      Delete
  2. huh! jangan ada orang bawak balik umah dahhh... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rantai, kalau tak kena curik..hehe..

      Delete
  3. hehehe... tong sampah lapar nak makan tu, maka sila buang sampah di dalam tong sampah... nice idea XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 idea kreatif....tong sampah lapar tu rasanya tak lepas kot dari DBKL...tapi kalau buat kat rumah, OK rasanya..hehe..

      Delete
  4. kekadang terkesima dgn kreativiti mrk ni ....

    ReplyDelete
  5. Sedap dan ceria mata memandang....harapnya boleh tengok creativity macam ni di serata negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menceriakan suasana..ya, betul..semoga ada pihak nak buat CSR mcm ni..

      Delete
  6. Salam. Hee seni itu indah ;p

    ReplyDelete
  7. Kreatif dan sangat menarik dipandang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada pihak yg sukarela buat macam ni..menyahut seruan DBKL..

      Delete
  8. eh.. belum habis tulis lagi ni hihi..
    Agak-agak kalau tong sampah rumah kita buat macam ini bagus kan
    Nanti semua jiran-jiran pun buat mesti cantik satu taman:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong sampah cantik2 ni nanti rasa sayang lak nak kotorkan, jadi aksesori taman..hehe..nanti konfius pulak org angkat sampah..haha..tapi memang mencantikkan satu taman..

      Delete
  9. Replies
    1. harap2 banyak lg harta DBKL dimake over mcm ni..baru meriah..

      Delete
  10. Replies
    1. creative soul menghasilkan creative work of art..

      Delete
  11. Corak kat kotak letrik tu cantik. saya rasa elok juga di buat kat tong sampah. Iyalah tong sampah, tapi di lukiskan corak macam tu, nampak dia lebih kotor. Masyarakat kita ni, kalau nampak kotor bukan nak di bersihkan tapi di kotorkan lagi adalah. Maunya sampah-sampah tu di lemparkan saja ke tepi tong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lukisan kt tong sampah dlm gmbr ketiga tu cantik2 jg..ada sunflower, langit dan awan, dll..

      mentaliti masyarakat kita susah nak ubah, kalau sorang dah start buang sampah kt satu tempat, akan ada yg menyusul kemudian..masalah x selesai..lepas tu saling menuding jari...

      Delete
  12. kalau ada jual mmg nak beli letak kat umah kreatif orang yg melukis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tong sampah yg cantik, seronok mata memandang...memang kreatif mereka ni..

      Delete
  13. Kreatif! Bagusnya bakat2 seni yg ada dpt ditonjolkan melalui program sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreativiti mcm ni memang patut ditonjolkan..saya rasa DBKL boleh bagi sikit saguhati dlm bentuk wang ringgit pd mereka ni sebagai motivasi...mesti banyak lagi hasil-hasil seni yg akan timbul di kotaraya..yg kt tong sampah tak nampak lagi..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!