Monday, May 11, 2015

Weekend Getaway: The Kabin

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, sengaja ambil cuti tahun, semata-mata nak check-in, nak tidur dalam kontena. Kontena yg mcm kat pelabuhan tu..hehe. Dah lama riki tempat ni, disebabkan untuk weekend, dah fully-booked sampai berbulan-bulan lamanya, untuk 2-pax (cuma ada satu kontena saja), terpaksalah check-in hari Jumaat..

 The Kabin
Alamat : Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor

Mungkin ramai dah tahu tentang the Kabin ni. Lokasinya di Kampung Sungai Sembilang, di Jeram, berhampiran dengan Pantai Remis, Selangor. Well, seperti dalam gambar, jalan masuk masih lagi belum diturap, di sekelilingnya belum ada development lagi, masih hijau, masih dipenuhi dengan pokok paku-pakis dan pokok renik.

Ada satu lot khas untuk guest parking. Dah parking kereta, jom kita gi check-in. Tak sabor..jalan tanah merah...sambil tu nyanyi lagu 'guantanamera, the only guantanamera'..

 Limited parking depan pintu masuk

Yeayy..dah sampai...
cafe-cum-reception

Urusan check-in, easy and breezy, sebab dah booking online, separuh bayaran (deposit) dah dibayar, cuma bayar yang separuh lagi. Dah dapat kunci kontena, jom kita pergi port. Nama port kami - Durban. Durban ni kat mana? Di South Africa. 

Semua kontena/kabin di sini mengambil nama-nama pelabuhan terkemuka dunia seperti Rotterdam, Antwerp, Hamburg, Long Beach, Shanghai, Busan, Colombo, termasuklah port Kelang. Durban ni je yang 2-pax, yang lain-lain semua 4-pax dan 6-pax.

 the poolview Durban

 Rotterdam dan Durban
The 50ft swimming pool + wading pool..soo inviting..

Meh, tengok the interior of 2-pax kabin


One queen bed, tuala ada, tea/coffee-making facilities, TV flat screen, sejadah dan toilet - shower, bath gel & shampoo. Not very roomy, but bolehlah, not that stuffy also for two persons.

verandah

Dah tengok kabin, jom kita explore kawasan pulak, tak berapa luas sangat but nicely landscaped and properly maintained.

 Long Beach - poolview also

bahagian belakang

Kabin yang tinggi tu dipanggil Treehouse. Kosong, cuma ada tikar saja. Nak main pondok-pondok, bolehlah. Nak bersantai sambil mendengar kicauan burung dan menyapa angin pantai, memang sesuai di sini.

 Tree House

Jom ke bahagian depan pula, dekat cafe-cum-reception tadi.

4-pax kabin

basikal untuk disewa

 sudut bacaan

 sungguh lena kucing ni tidur

hello! sungguh cute this creature
serangga hijau di kerusi malas pool terrace

Suasana di waktu malam..

 
tenang dan damai

Bolehlah check-in di sini, kalau ke Kuala Selangor. Harga semalam masih lagi  berpatutan tapi sarapan tidak disediakan: 

off-peak, normal season (excluding 6% GST)
2-pax : RM190
4-pax : RM240 - RM290
6-pax : RM390 - RM440

Kalau peak seasons (weekend & public/school holiday): tambah RM50 lagi

We all kena bayar : RM254.40 inclusive of GST...huhu..consider mahal jugalah kan, kalau kat KL dah dapat bilik + breakfast.

The verdict: OKlah, untuk bersantai-santai, merasa kelainan. Nak repeat, rasanya taklah kot, bukan tak best cuma tak tahu nak buat aktiviti apa di Kuala Selangor ni. Kalau buat family day, bolehlah join, the more the merrier.

36 comments:

  1. dah usha hari tu tapi asyik penuh jer..

    plus mcm kecik dan panas je.. buleh bernafas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang weekend asyik penuh je, tu yg check-in hari Jumaat..

      panas tu taklah sbb ada air-con, kalau buka sliding door, quite breezy..bulehlah bernafas...kecik tu yes, saiz kontena..hehe..tu yg 2-pax..yg 4-pax/6-pax mungkin besar kot..

      Delete
  2. Cantik dan menarik... acaner best tak bermalam di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suasana kampung..bantal dia best, memang seronok bersantai-santai sambil tengok TV..

      Delete
  3. Betul. Susah sikit nak booking utk weekend. Selalu penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..saya dah try sejak bulan March, lastly give up, decided check-in hari Jumaat..

      Delete
  4. Comel pula tengok si Jiminy Cricket lepak atas kerusi malas :)

    ReplyDelete
  5. merasa suasana baru best tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepi laut, dlm kpg, tak byk trafik..memang best..

      Delete
  6. Replies
    1. susah nak booking, asyik full house memanjang..

      Delete
  7. Aktiviti yang boleh dibuat jika ke Kuala Selangor...skodeng kelip2 Kg Kuantan...naik Bukit Melawati...jalan2 Pantai Remis...makan seafood di Jeram...ronda Taman Alam dll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat semua tu kecuali skodeng kelip2..takut naik sampai malam2...sebab tu rasa mcm tak berapa nak repeat KSelangor ni..rasa mcm dah kehabisan aktiviti..

      Delete
  8. Replies
    1. dah lama plan, Alhamdulillah..nice place..

      Delete
  9. cantik dan nampak menarik..bertukar angin sekali sekali ok juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertukar angin..tidur dlm kontena pulak..hehe..

      Delete
  10. Replies
    1. mesti pergi ni Kak Noor...nampak ramai yg buat barbeque, best...

      Delete
  11. pertama kali nampak kabin ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh booking di sini, nice place, nice environment..

      Delete
  12. konsep yang unik,cuma agak pricey sikit...kalau untuk event gathering ramai-ramai macam menarik jugak buat kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..agak pricey jg..ramai juga yang buat barbeque, nampak meriah..

      Delete
  13. Nice review sis, best tu boleh sewa basikal lagi, swimming pool pun ada, kucing debab pun ada hihih... tapi, breakfast tak disediakan la pulak, huhuu...

    btw... is that you sis, the charismatic-looking lady in pink tudung and dark pink blouse? hehe ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cafe tu ada jual makanan - spaghetti bologne, fries, grilled chicken..mahal sikitlah harganya...

      ye, sayalah yg sdg ambik gambar tu...takdelah charismatic..hehe..

      Delete
  14. Walau berkonsep kabin container tapi harga macam hotel
    Mungkin sebab environment dia tu yg special kakak tengok. Nampak cool..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, harga agak pricey sikit..konsep dan tema yg berbeza..

      Delete
  15. Hihihi... thumbs up... sanggup tuh peegi tdo kabin.

    Sis nohas... jom g NZ jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kelainan..hehe..lagipun environment nya menarik..

      teringin juga..jom..tido dlm caravan best jg..

      Delete
  16. dalam list CT untuk next escapism.. partner je xdak lagi.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. enjoy!!..pergi ramai-ramai lg best..boleh bercanda di tepian pantai..

      Delete
    2. tu laaaa nak kena cari geng.. hehehe..

      Delete
    3. ajak ahli-ahli Geng Bulat yg masih single..sure meriah..

      Delete
  17. wah besarnya swimming pool dia. menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. swimming pool dia mmg besar..puas berenang..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...