Wednesday 13 May 2015

Weekend Getaway: Kuala Selangor

Assalamualaikum..

Sambung entry weekend di Kuala Selangor, baru nak story kisah jalan-jalan. Hari Jumaat lepas, pukul 8.00 pagi dah bergerak dari KL. Sebab takut kalau sampai lambat, tempat2 menarik di sana tutup, masa untuk solat Jumaat. Trafik smooth je, lalu jalan ke Rawang untuk masuk ke LATAR (KL-Kuala Selangor Expressway). Ada tiga tol, jumlah semua RM6.00. "Dimana ada highway, di situ ada tol". Peribahasa moden.

Alhamdulillah, pukul 9.30 dah berada di bandar Kuala Selangor.

 Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Bergerak ke Bukit Malawati, bukit bersejarah di negeri Selangor. Disebabkan bukan hari cuti, boleh bawa kereta sampai ke atas, takyah bayar RM3.00 untuk naik tram. Tram pun tak nampak bayang.

Tak singgahlah Perigi Beracun, Batu Hampar, sebab malas nak berenti. Parking terus di tepi Baitul Hilal, depan meriam-meriam ni.

Baitul Hilal dan meriam

Baitul Hilal ni tempat melihat anak bulan,bila nak puasa bulan Ramadan dan Hari Raya Eidul Fitri. Baitul bermakna 'rumah' dan hilal ialah 'anak bulan'.

rumah api Kuala Selangor

Ingatkan boleh bermesra-mesra dengan long-tailed macaques (lotong berekor panjang) di sini, tapi seekor lotong pun tak kelihatan. Masih tidur lagi kot, baru pukul 10.00 pagi. Wrong timing. Dah dekat, jom kita ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor, kecik je muziumnya, tapi sarat dengan informasi.


Paling best tengok salasilah diraja negeri Selangor yang berasal dari putera Bugis lima bersaudara - Daeng Perani, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi. History revisited.

Kemudian bergerak turun, menuju ke Pasir Penambang. Melawat perkampungan nelayan Cina yang berusia lebih 100 tahun, di tepi Sungai Selangor menghala ke Selat Melaka.


Ingatkan nak naik bot, untuk 'eagle feeding' dari sini, rupanya start pukul 3.30 petang (kes malas buat research dalam internet). Package sekali dengan melihat kelip-kelip yg start pukul 7.30 malam dan lawatan kampung nelayan. Tak jadi, terus ke jeti kompleks LKIM di Jalan Bagan Pasir Penambang.


jeti kompleks LKIM

Di kompleks ni ada pelbagai kemudahan, ada restoran ikan bakar D'Coral, surau dan tandas. Di sini juga ada pejabat Kuala Selangor River Cruise, ada jual tiket untuk 'eagle feeding' dan kelip-kelip. RM25 untuk 'eagle feeding' dan RM18 untuk melihat kelip-kelip. 

Memandangkan kami check-in di Jeram/Pantai Remis, rasa malas pulok nak naik semula ke sini, untuk dua aktiviti popular di Kuala Selangor ni. Been there, done that..not applicable here. Menyeberang sungai, untuk ke Taman Alam.

 
Taman Alam ni sebelah Bukit Malawati je, tapi masa turun tadi, berpusing-pusing kawasan kedai, jumpa jalan besar, terus ke Pasir Penambang.


 Taman Ikan Air Tawar

Di sebelah Taman Alam, ada Taman Ikan Air Tawar. Masa kami sampai, dua-dua taman ni sunyi je, takde pelawat. Rasa tak best pulak, suasana tak meriah.


Jom ke Taman Alam. Bayaran masuk RM4.00 dan diberi satu pamphlet yang ada peta trekking. Taman Alam ni luasnya 800 ekar dan yang menarik di sini ialah walkway di hutan paya bakau dan pelbagai species flora dan fauna. 

Tapi yang tak bestnya, kami berdua je yang akan masuk ke hutan. Takde pelawat lain. Gerun juga di hati, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, menuju ke pukul 12.00 tengahari. Tengahari rembang masuk hutan..tawakkal, tawakkal..jom trekking..


Jumpa sekawan 'long-tailed monkeys' di atas pokok..risau juga, sebab diberitahu yang monyet-monyet di sini jenis liar, tak macam di Bukit Malawati. Ni baru dekat entrance, belum masuk hutan lagi.

Mula bergerak ke dalam hutan, banyak species pokok-pokok ditanda di sepanjang trail. Nyamuk memang banyak, sambil berjalan, sambil pukul nyamuk. Pukulan maut. Tak tahan, sampai je di jambatan, decided untuk u-turn, bila tengok dalam peta, nak ke paya bakau, kena jalan jauh lagi. Rengsa dengan nyamuk yang sangat banyak. Siapa yang bercadang nak ke sini, sila bawa spray nyamuk..nyamuk di sini, ya ampun, bikin panas hati..ikut sampai dalam kereta..

Baru pukul 12.00 tengahari. Check-in time pukul 3.00 petang. Ada tiga jam lagi. Dari Taman Alam terus ke Jeram, bercadang untuk lepak-lepak di tepi pantai dekat the Kabin.

Pantai Remis

Air surut. Pantai tak berapa cantik jadinya, tapi angin sungguh kuat dan nyaman. Layan baca buku yang tertunggak, memang best. Tak sedar masa berlalu. Perut dah mula berkeroncong. Gerai-gerai di tepi pantai ni semuanya tutup pula. Pukul 2.00 petang, bergerak untuk cari makan.

Mengikut informasi yang diterima, ada gerai asam pedas yang sedap di sekitar sini. Arah panduannya "dekat tangki air, ada line TNB" macam tu lebih kurang. Berselirat line TNB di sini, camna nak cari. Tawakal je lah..akhirnya jumpa juga. Di tepi Sungai Sembilang. Rupanya bukan tangki air, tapi kunci air.
 Bot-bot nelayan di Sungai Sembilang - masa ni air cetek

Ada dua gerai yang buka, satu gerai dekat kolam pancing Seri Kemuning dan satu lagi gerai tepi kunci air.

 kolam pancing Seri Kemuning dan Pantai Seaview Resort

Kami pilih gerai tepi kunci air - nama gerai ni Sungai Sembilang Klasik Enterprise. Order set asam pedas ikan kembung.

rempeyek kacang tanah yang sedap

asam pedas - sedap
--------------------------------------------------------------------------
Malamnya pula, selepas solat Maghrib..bergerak ikut Jalan Jati, jalan kampung yang takde lampu jalan, menuju ke Aroma Ikan Bakar. Seafood lagi..

Masa kami sampai, masih tak ramai lagi pelanggan. Order siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan udang bercili.  Alhamdulillah, makanan dapat cepat.
 -------------------------------------------------------------------------------------------
Esok pagi sewa basikal the Kabin. RM8.00. Dah lama tak naik basikal. Tergagap-gagap juga mulanya. Nak recall balik the skill.
 air pasang - pemandangan yg cantik

Breakfast di gerai Seri Kemuning. Snap photo bot-bot nelayan, kali ni air penuh di Sungai Sembilang. Nice view.

Bergerak pulang ke the Kabin

Sekian saja, kisah percutian di Kuala Selangor.

25 comments:

  1. banyak lokasi menarik di kuala slangor ni ya...dulu2 pernah naik feri seberangi sungai di sini n kelip2 berkerlipan di pohon bakau tebing sungai...kisah dulu2 tu nohas. selangor ni dulu banyak sungainya berferi hingga sabak bernam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik..ada feri sampai ke Sabak Bernam..tak pergi tengok kelip2, takut naik sampai..

      Delete
  2. Byk jugak tempat dilawati.SB ni bab jungle trekking paling la malas..hahaa..masa kecik2 dulu dah puas main dlm hutan..nasib tak kena baham harimau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti hutan tebal, siap ada harimau..hehe..sejuk je masuk hutan, tapi banyak nyamuk tu yg tak tahan..

      Delete
  3. byk tempat blh lawati kat kuala selangor rupanya , selalu lalu sini bila pergi bagan datok . singgah pun utk solat dan mkn je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 ada..tempat bersejarah, eco-tourism, JJCM..

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah..perjalanan smooth..tak ramai orang..

      Delete
  5. Ada banyak gerai cendol di sepanjang jalan ke Kuala Selangor...tak singgah ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak singgah..masa pergi, gerai belum bukak, masa balik sebab nak cepat, nak balik kpg, cadang nak makan cendol di kuala kangsar je..

      Delete
  6. Tempatnya kelihatan menarik, kalau punya masa mahu juga rasanya na bercuti di situ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tempat menarik, bercuti di sini pun OK..

      Delete
  7. Best juga bercuti kat Kuala Selangor ni ya. Selalu lalu ajer, tak singgah pun

    ReplyDelete
  8. Banyak aktiviti ecotourism...sesuai nak cari ketenangan...cuma nampaknya kenala bawak mosquito repellent kalau nak menjelajah nature park tu dengan aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan ecotourism disini..hutan, sungai, laut...kalau nak masuk hutan, memang kena bawa spray nyamuk..tak tahan, banyak sangat..

      Delete
  9. "Dimana ada highway, di situ ada tol"....tapi ada kan highway x ada tol

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, tapi tak banyak, mostly ada tol..

      Delete
  10. Haha... legend ar sis nohas.
    kuala selangor pun poie... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu sebenarnya..hihi...dah lama dok kt Lembah Klang, baru ni betul2 jalan2 di Kuala Selangor...banyak kali gi atas urusan kerja je..

      recommended..poie jgn tak poie..

      Delete
  11. dulu study kat sana.. mmg slalu la meronda kawasan2 ni..
    rindu plak tngk gmbr.. smbil tringat2 memori daun pishang =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti byk memori di sini kan...best K. Selangor...byk nature-related tourism..

      Delete
  12. duduk dekat kapar,kira2 nak ke sana paling kurang sejam lebih,tapi tak pernah lagi pun datang tempat dekat atas tu,lagi2 taman alam,pantai remis dah selalu dah singgah,,hehhee..tak tahu pula the kabin ada sewa basikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapar dgn kuala selangor dah dekat sgt dah..every weekend boleh gi..hehe..sapa yg tinggal di the kabin, boleh sewa basikal..

      Delete

  13. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

    Muzium Anatomi Haiwan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

    Ladang Putra Dairy Farm
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

    Galeri Serdang
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

    Muzium Anatomi Manusia
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

    Kedai Putra Mart
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/kedai_putra_mart-4390

    Taman Konservatori UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

    Pusat Ekuin UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!