Saturday 29 August 2015

Chiang Rai: Hilltribe Museum and Cabbages & Condoms Restaurant

Masih di hari pertama di Chiang Rai. Dah settle semua, memulakan aktiviti berjalan. Tempat pertama yang dituju ialah Hilltribe Museum and Education Center di Tanalai Rd, walking distance dari hotel.

Jalan kaki menyusuri Tanalai Rd ni akan jumpa banyak cafe, salah satunya Doi Chaang cafe ni.
 

 Doi Chaang cafe

Famous kopi ni, di Malaysia pun ada. Doi Chaang nama kampung orang asli Akha di utara Thailand.

Ok, dah sampai. Muzium ni kecik je di tingkat 3 bangunan PDA, ada lif, don't worry.


PDA maknanya Population and Community Development Association, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Thailand, yang menjaga kebajikan kaum orang asli di Thailand.

Kaum orang asli ada enam yang popular - Akha, Lahu, Karen (Padaung), Mien/Yao, Hmong dan Lisu. Kebanyakannya tinggal di kawasan berbukit sebab tu di panggil 'hilltribe'.

Bayaran masuk muzium ni cuma THB50, walaupun kecik tapi penuh dengan informasi mengenai kehidupan dan budaya kaum orang asli.

headgear - perhiasan kepala kaum hilltribes

cara-cara membuat batik kaum hilltribe


kraftangan hilltribes

menenun kain. tebal juga kainnya tu, selimut kot

Sesiapa yang berminat untuk melawat kampung orang asli Ban Ruammit dan Ban Lorcha, boleh booking tour di sini. Ini memang real kampung hilltribe.

kena naik gajah, income untuk depa


Menarik tour ni, boleh jenguk di website PDA. Ada juga beberapa tour packages ke tempat-tempat menarik di Chiangrai. Bayaran yang dikenakan untuk membiayai kebajikan orang-orang asli, bagus macam ni kan..

Dah habis melawat muzium, turun ke ground floor, ada Cabbages & Condoms Restaurant. Walaupun namanya macam tu, tapi sebenarnya sebagai kempen untuk perancang keluarga dan mencegah HIV/AIDS. Kalau untuk mencegah HIV/AIDS kerana seks bebas, memang le kita tak setuju.



"The restaurant is non-profit making and is run by the PDA as part of its campaign to promote family planning and HIV/AIDS prevention in Thailand. The memorable motto of the restaurant is, ‘Our food is guaranteed not to cause pregnancy.’  


Restoran ni ada beberapa branch di Thailand, main branch di area Sukhumvit, Bangkok.

Dah habis lawatan muzium, bergerak ke barat, ke arah hotel, menyusuri Tanalai Rd ke Isaraparb Rd.  Ada apa di sini??..tungguu..

24 comments:

  1. Kat Isaraparb Road tu ada masjid China Darunaman yang cantik dan agak besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...dan ada kedai makanan halal..

      Delete
    2. ahaaa...PLM pernah ke sana patutlah tahu ek

      Delete
    3. PLM lebih dulu sampai di sini..

      Delete
  2. hahaha motto kedai tu tak boleh blah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. very bold statement..hehe..boleh ingat sampai bila2..

      Delete
  3. Serem plok baca nama restoran kobes dan kondom tu,
    saya suka muzium macam ni
    terima kasih sharing ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. namanya memang menakutkan..hehe..muzium ni nampaknya je kecik tapi byk info..

      Delete
  4. Luas perjalanan..bertambah pengetahuan.
    Best juga dapat tengok budaya orang sana...and
    Nasib baik jugak makanan kat restoran tu ada guarantee... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada guarantee..hehe..budaya orang sana tak byk beza, masih lingkungan budaya org timur..

      Delete
  5. Ada banyak juga kaum orang asli di Thailang ye...bestnya kalau dapat ikut pakej lawat perkampungan orang asli tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga, enam, ke tujuh kaum..kalau ada masa memang best kalau ikut lawatan ke kpg orang asli, tengok kehidupan mereka secara dekat..

      Delete
  6. Hahahahaa..baca nama restoran tu pun dah tergelak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya first time dengar pun rasa gelihati, kemudian curious nk tau restoran apa ni..

      Delete
  7. Sis nohas....
    Sanah helwah ...
    Selamat ulang tahun...

    Semoga diberi keberkatan usia dalam iman dan taat...
    Semoga Allah sayang akak selalu...
    Insya Allah...

    ReplyDelete
  8. First time baca nama cafe tu, ingatkan ada typo... baca lg skali, ingatkan maybe i'm seeing things, baca kali ke-3, n terus scroll down for more info... ok, no typo n i'm not seeing things... wahkaka! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapalah PDA bg nama mcm tu kan..tapi famous cafe ni..

      Delete
  9. macam-macam benda pelik kat tempat org...best juga kalau dpt g kg hilltribe tu...culture yg unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa, memang best kalau dpt pegi..kena stay lama sikit di Chiang Rai..

      Delete
  10. so tak ambil lah eh tour pakej tu...

    kiranya x masuk lah ke dalam restoran tu...baru nk tgk menu yg di sediakan seperti moto yg tertera...kalau org x faham bila baca nama restoran ni akan terus erk "Cabbages & Condoms Restaurant"? ahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ambik pakej tour tu, sbb pegi kpg org asli je, ambik tour kt hotel yg pergi byk tempat..

      tak masuk dlm restoran tu, cuma tgk menu dlm website je, normal foods..hehe..nama restoran sgt menyeramkan..haha..

      Delete
  11. masa baca nama kondom tu dah cuak je . rupanya kempen ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 dengar mmg rasa cuak..tapi bila tau sebab-musabab, bolehlah terima walaupun benda tu kurang enak didengar..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!