Sunday 30 August 2015

Chiang Rai: Masjid Darunaman and Night Bazaar

Assalamualaikum..sambung aktiviti di Chiang Rai.

Dari Hilltribe Museum, berjalan ke Isaraparb Rd, nak cari makan. Perut dah berkeroncong, last makan pukul 4.00 pagi tadi. 

Isaraparb Rd, off Tanalai Rd
tak bukak pulak gerai kebab Tasneem ni

Di jalan ni, terletaknya Masjid Darunaman, yang tersergam indah. Masjid ini yang terbesar di Chiang Rai, dibangunkan oleh kaum Hui dari China.

 syiar Islam di Chiang Rai, Allahu Akbar


 Masjid Darunaman

Di kawasan ni, ada dua restoran Muslim, Rosprasert dan Makan. Kalau dari Tanalai Rd akan jumpa restoran Rosprasert dulu. Jom singgah.

Ada jual nasi beriani, nasi goreng, khao soi curry (macam mee kari - makanan tradisi Thai utara) dan sup. Kami pilih nasi campur, macam sedap je lauk-pauknya.

 Memang sedap pun, style masakan paprik. 
Tuan kedai tu bubuh lauk punyalah banyak, dua jenis lauk.
Harga THB60, macam harga kat Malaysia

Lepas makan, masuk kawasan masjid. Di bahagian bawah macam mereka tengah prepare untuk event, so tak jadi masuk. Jalan terus ke arah main road, Thanon Baanpa Pragarn Rd, yang ada clock tower. Di lorong kanan, nampak signboard kedai 'Makan', tapi restoran yg betul-betul tepi masjid tu, non-halal.

Masa ni, dah terasa keletihan, terus balik hotel, tidur. Baguihh betui, lepas makan, tidur..memang rasa tak larat sangat. Tak sedar diri tidur.

Terjaga, tengok jam pukul 8 lebih, bingkas bangun, bersiap, jalan ke arah clock tower. Pukul 7.00, 8.00 dan 9.00 malam, ada Light & Sound Show kat clock tower ni. Show selama 10 minit. Meh tengok apa yang ada.

clock tower bertukar colour, ada lagu, muzik

Malam ni tak ramai yang tengok show ni, tapi Jumaat malam, punyalah ramai manusia yang menunggu, siap dengan tripod untuk ambik gambar, bercahaya flash kamera sana-sini.

Malas nak tunggu, kami pun jalan terus ke Rattanakhet Rd, ke arah pintu gerbang putih, kawasan yang happening di waktu malam di Bandar Chiang Rai sebab ada Night Bazaar. Masa ni hujan renyai-renyai.

 Night Bazaar di Chiang Rai


Di sini banyak jualan kraftangan orang-orang asli (hilltribe) dan harganya lebih murah berbanding di Chiang Mai. Yang lain seperti biasa - T-shirt, pashmina & thai silk shawl, lain-lain kraftangan.

Pergi kali kedua hari Jumaat malam, memang ramai orang, hari pun OK, tak hujan.


kedai-kedai di bahagian atas

Ada pertunjukan kebudayaan

 macam-macam jenis roti canai
roti banana + chocolate, roti madu
ramai pelanggan yang menunggu

roti canai dimasak style garing, sedap.
Beli roti cheese untuk dinner

Sekian kisah aktiviti malam di Chiang Rai, gabungkan sekali hari pertama dan kedua, Khamis dan Jumaat malam, sebab aktiviti yang sama, tengok show di clock tower dan jalan-jalan di Night Bazaar. 

Bersambung...one-day tour di hari kedua di Chiang Rai.

20 comments:

  1. suasana siang n malam di chieng rai mmg mengujakan tah bila nk berpeluang kesana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mengujakan aktiviti survey kt Night Bazaar tu..rasa macam2 nak beli..hehe..

      Delete
  2. Mesti best light & sound show tu..bila irama dan lampu bergerak sehaluan

    ReplyDelete
  3. Best juga Chiang Rai ni... sayang saya tak bermlm di sini. Tripn pun cuma 3H2M je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula ingat takde apa kt Chiang Rai, tapi ada jg lah aktiviti menarik..saya ada baca trip En Mie ke Chiang Mai..3 hari memang rushing jg..

      Delete
  4. masjid cantik n nampak besar,ramai agaknya muslim di sini ya...sangat happening sampai malam,syokla mnjelajah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang besar masjidnya..ada sekolah agama sekali, ramai jg tengok budak2 yg datang bersekolah di sini...letih berjalan kaki tapi best, discover new environment..

      Delete
  5. bila baca entri ni mmg makin x sabar nk ke chiang rai...rasanya kalau travel solo selamat tak?

    harga mkanan murah, ada show di clock tower tu best...hotel sgt dekat kira tiap2 mlm boleh tgk show tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, selamat travel solo..chiang rai bandar kecik, waktu mlm kawasan night bazaar tu je yg ramai org, kawasan lain x ramai orang sangat dan gelap sikit, takde lampu jalan...kt clock tower ada cafe & resto yg bukak malam2...

      hotel mmg sangat dekat dgn clock tower..

      Delete
  6. shawl silk tu nampak best je...

    range price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silk shawl..price THB120, bargain dapat THB80..

      Delete
    2. Hihihi Huda asyik survey harga shawl je :)

      Delete
    3. adalah tu..buat market survey..

      Delete
  7. klu kat sini , susah nak dpt lauk byk tu . dah pergi negara org , rasalah menu mrk kan ... senang juga nak cari mknn halal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dkt masjid, in shaa Allah, senang nak dpt makanan halal..Alhamdulillah, masakannya sedap dan memenuhi citarasa..

      Delete
  8. Cantiknya clock tower tu waktu malam. Tapi rasanya saya lebih tertarik pada night bazaar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. light & sound show kt clock tower tu, biasa je..cuma tukar2 colour, ada muzik saja, kemudian tukar ke lagu Siam..kt night bazaar, ada juga tukar-tukar..tukar duit, dapat barang...hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!