Tuesday, August 11, 2015

Jamuan Raya sana-sini

Assalamualaikum...banyak gi open house? Alhamdulillah, almost every weekend..bukan saja open house, open kedai, open hall, open office, macam-macam venue ada. Selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu kita beraya kan, bersilaturahim, makan-makan, sembang-sembang.

Corat-coret jamuan Aidilfitri di sana-sini. Lupakan hal-hal politik, ini jamuan hari raya PAS Kawasan Batu pada malam 1 Ogos di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. 

Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.


Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua sudi hadir. Sungguh segak berbaju Melayu merah tua, bersongkok lagi. YB Tian Chua ni memang sporting orangnya dan fasih berbahasa Melayu.

 
Gambar-gambar dari whatsApp group
 
Menu hidangan - nasi putih/beriani, kari kambing, ayam masak merah, lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, bihun sup, bihun goreng, nuggets/sosej & buah tembikai. Alhamdulillah..
-----------------------------------------------------------
Ini pula 'open restaurant'..jamuan hari raya Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, bukan di Sarawak, tapi di kotaraya KL. Lokasinya berhadapan dengan Hospital KPJ Tawakal, berhampiran dengan Restoran Haslam.


Makanan yang dihidangkan - mee kolok, mee bandung/mee belacan, nasi kaler hijau (hujan panas kot), rendang ayam & daging, mee/kueyteow goreng, cucur udang, rojak, nasi impit & kuah kacang dan ABC.

 
panas2 - memasak cucur udang & kueyteow/mee goreng

Alhamdulillah..syukran kepada tuanpunya restoran, semoga bertambah maju dan bertambah rezeki. Pernah sekali makan di sini selepas balik dari Kuching tahun lepas, mencari nasi arok ikan terubuk masin (kes kempunan..tak sempat makan nasi ni semasa di Kuching)..tapi takde dijual..huhu..

-----------------------------------------------------
Ni pula jamuan Hari Raya di pejabat pada hari Isnin 10 Ogos..decoration simple je tahun ni..masing-masing sibuk..

 
 deko deko..lemang mesti ada..

 a pot on the stove...kuah lodeh...panas-panas

 food galore
Hujung minggu ni, hari Sabtu dan Ahad, ada lagi jemputan open house..penutup bulan Syawal..In shaa Allah, gantung periuk lagi..Alhamdulillah...

42 comments:

  1. amboooiiii, elok nian blog niii..
    please visit it metware.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. BANYAK OPEN HOUSE SEMPENA RAYA TANDA KITA BERSYUKUR DGN LIMPAHAN REZEKI-NYA SAMBIL MENIKMATINYA BERSAMA-SAMA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..berkongsi kegembiraan bersama-sama...

      Delete
  3. Replies
    1. meriah suasana dan meriah makanan..double wow!!

      Delete
  4. mmg menternak lemak ni ... heheheee ... sabtu last syawal rasanya . klu ahad tu dah x raya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan kejadian berlaku pd hari Sabtu dan Ahad, weekdays kita posa, diet..hihihi..

      oh ya ke, terlajak pulak..hari Ahad mmg ada jemputan makan2..

      Delete
  5. Telan ayaq liur je saya tengok dari kejauhan nohas.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, balik M'sia boleh makan, atau tunggu hari raya haji, In shaa Allah..

      Delete
  6. wah alhamdulillah rezeki melimpah ruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sampai x terlarat nak pegi..

      Delete
  7. Alhamdulillah..murah rezeki.
    Makanan pun sedap-sedap nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kalau mcm ni sepjg tahun, alangkah bahagianya...mkanan OK sedap semuanya..

      Delete
    2. Banyak jugak la lemak yang berjaya 'diternak' dalam badan :D

      Delete
    3. lepas ni boleh diet..hihi..

      Delete
  8. Wow meriahnya....... rezeki tu Nohas. Hujung minggu ni gantung periuk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki..gantung periuklah nampaknya..

      Delete
  9. meriah nyer....tapi minggu ni minggu akhir syawal..tinggal beberapa hari jer lagi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok hari terakhir Syawal..ada 2 open house, hari Ahad pun ada jg..terlajak, ramai yg nk buat esok..

      Delete
  10. Yummy..nasi arok ikan terubuk mmg sedap. Lagi satu nasi arok dabai, walawehhh..lemak masin yg menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm...dua2 tak dapat makan..kena repeat Kuching ni...

      Delete
  11. Waaahhh! ini betul-betul beraya ni:)
    tapi yg menarik mata kakak bila Tian Chua pakai baju melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beraya sakan..siang malam..banyak jg koleksi baju melayu YB Tian Chua ni, kalau bersamping lg OK..

      Delete
  12. Alhamdulillah syok nye open house
    Makanan special belaka
    yang bestnya lagi part bersembang.

    Nohas bila nak review movie?
    saya suka baca..
    saya kenal blog ni dari entry
    Movie review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..jumpa sahabat2 lama, makan2..

      sekrg ni busy sikit, nak publish satu entry pun rasa semput, nanti dah santai sikit, in shaa Allah, saya akan review...bahan dah ada...

      Delete
  13. seronoknya ... alhamdulillah rezeki. bestnya dapat makan makanan sarawak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tak dapat laksa sarawak, dpt mee kolok pun jadilah...

      Delete
  14. Replies
    1. Alhamdulillah..merata KL n Selangor..

      Delete
  15. Seronoknya! Jamuan raya sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sana-sini, sampai tak larat nk pergi..

      Delete
  16. Sakan menjamu selera di bulan syawal, jangan lupa pada mesin penimbang berat di rumah... hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa lupakan penimbang berat...makan dulu, baru diet..hihihi..

      Delete
  17. Syukur nikmat melimpah dari ramadhan hinggalah ke syawal...sronok menjamu selera sambil merapatkan silaturrahim..moga bertemu lagi kita dengan bulan barakah di tahun depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah...ramai yg bersedekah sempena bulan Ramadhan dan Syawal...semoga dipanjangkan umur bertemu lg bulan Ramadhan..

      Delete
  18. makan makan...jangan tak makan.

    malaysian n food berpisah tiada...

    hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii...berlumba-lumba buat open house, Alhamdulillah...

      Delete
  19. meriahnyaaa raya best best =) paling grand CT join open house hotel skali tu je..
    then ada open house rukunt tetangga..

    ReplyDelete
  20. paling suka bulan Syawal...sebab? byk jemputan makan FREE

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...