Friday 7 August 2015

Rumah Sinar Salam

Assalamualaikum...Salam Jumaat..

Rumah Sinar Salam..pertama kali menjejakkan kaki di sini tahun 2010 untuk program di bawah NGO Perkim cawangan Sentul Timur. Sudah lama tidak berprogram di sini.

Rumah Sinar Salam memberi perlindungan kepada wanita-wanita penagih dadah, penghidap HIV dan pekerja seks yang ingin kembali ke pangkal jalan, memberi kaunseling, khidmat nasihat dan kemahiran hidup untuk memulakan fasa baru kehidupan mereka.

Dengan bantuan kewangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rumah Sinar Salam (mengambil sempena nama Yayasan Salam sebagai penaungnya serta memberi bantuan kepakaran dan pengurusan) membuka pintu pada 1 Dis 2007 khusus untuk wanita yang memerlukan bantuan pemulihan ini.

No. 6A, Tkt 1, Lorong Haji Taib 3, KL

Berprogram bersama Ustazah Norhafizah Musa



Bersama Ustazah Murshidah untuk kelas pengajian tengahari



Kelas Iqra'


Solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas

Bersama dengan penghuni Rumah Sinar Salam semasa Kelas Iqra' mengundang rasa pilu di hati, bertatih mereka belajar dari Iqra' 1, kagum dengan semangat mereka. Alhamdulillah, semoga mereka terus istiqomah. 

Kisah lampau mereka lupakan, buka lembaran baru dalam kehidupan..bumi mana yg tidak ditimpa hujan..kita semua hambaNya yang lemah..

42 comments:

  1. Moga mereka terus istiqomah dan berjaya buka lembaran baru dalam hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, begitulah harapannya, ramai yg dah berjaya..

      Delete
    2. Kita tumpang bangga kan bila mereka berjaya harungi semua tu :)

      Delete
    3. berbekal semangat dan kesabaran yg tinggi, segala rintangan dapat dihadapi

      Delete
  2. kita juga org berdosa semoga dosa kita n dosa2 mrk diampuni-Nya Allah maha penerima taubat...saling bertolong bantu yg bijak pandai mengajar yg xtahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn...hanya program2 mcm ni saja yg mampu diadakan, berada bersama mereka membuat kita merasa insaf, ada golongan masyarakat yg mesti kita bantu..

      Delete
  3. alhamdulilah seronok baca aktiviti2 yg mcm ni..
    merapatkan silaraturahim..dan x lupakan org di bawah..
    teringin juga nak joint program2 ngo mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak berprogram mcm ni, banyak jg group NGO yg lain buat program di sini..sekarang dah lost contact..

      Delete
  4. Semoga sinar harapan sentiasa ada...
    Best juga program yang sebagini. Menjadi peringatan untuk diri sendiri dan moga dapat mendidik hati supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seek and we shall find...mereka berusaha dan terus berusaha..kagum dgn semangat mrka..inspirasi utk diri jg..

      Delete
    2. Singgah lagi.
      Semoga segala usaha yang baik akan dipermudahkan..aamiin

      Delete
    3. tq...semoga diberi kemudahan dan kelancaran dlm mencari ilmu utk rapatkan diri dgn Yang Maha Pencipta..

      Delete
  5. Replies
    1. inspirasi tuk kita semua..trima kasih..

      Delete
  6. alhamdulillah ..semoga mereka terus istiqomah...doakan yg terbaik buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka terus istiqomah...begitu jg kita..

      Delete
  7. InsyaAllah! orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mula-mula bertatihlah dulu, kemudian merangkak baru berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sikit2 lama2 faham jg..rasanya sekrg ni mereka semua dh pandai mngaji..

      Delete
  8. Masyarakat pun kena bekerjasama jgk..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. membantu mana yg termampu..dh berkunjung ke sana..tq..

      Delete
  9. Allahuakbar...

    betul kak...

    huhuhuhuhu...

    bila akak pergi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. start buat program di sini thn 2010, lbh kurang 3 thn, last 2012, sekrg ni dah lama x buat program di sini..semua gmbr2 lama..

      Delete
  10. Alhamdulillh, Allah beri taufik hidayah pada mereka.
    Semoga mereka istiqomah.. ameen ya rabb

    ReplyDelete
  11. saya dah follow #157, jemput datang rumah..

    ReplyDelete
  12. Terharu dan kagum sama kakak dgn program yg dibuat.
    Biar belajar dari Iqra' akan lebih mudah faham dan mudah mengajar.
    Usia bukan penghalang. Kakak akak ada mengajar ibu berusia lebih 40an hari-hari dtg rumah selepas anak-anak balik mengaji sebab dia pun malu dgn budak-budak. Tapi akhirnya dlm masa 3 tahun aje dah khatam 30 juzuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar mengenal huruf2 hijaiyah dan sebutan huruf dgn buku Iqra' memang lebih mudah..ya, betul, mencari ilmu ni tak mengenal usia, yg penting kemahuan dan semangat utk istiqomah..tidak putus asa dgn rahmat Allah..Allah tidak akan mensia-sia usaha hamba-hambaNya..

      Delete
  13. perjalanan mrk yg Allah dah tentukan ... semoga mrk lbh istiqomah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehidupan yg lama ditinggalkan, buka lembaran baru..in shaa Allah, diberi kekuatan utk istiqomah..

      Delete
  14. Program yang menginsafkan diri sendiri juga. Semuga Allah mempermudahkan urusan mereka-mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa insaf dgn cerita kehidupan mereka...memerlukan bantuan dan sokongan moral..

      Delete
  15. Golongan sebegini mmg sangat memerlukan sokongan dr masyarakat. Kesian,kan..hilang panduan dlm hidup tapi semngat kna kuat utk kembali ke pangkal jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, benar..semangat kena kuat, tambahan pula persekitaran yg mencabar, memang perlu kpd sokongan material dan moral..

      Delete
  16. sangat meriah dan mewah acara Rumah Sinar Malam jalinan silaturami tentu semakin erat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah lama juga tak buat program di sini..

      Delete
  17. Moga Allah melimpahkan barakah kepada mereka yang membantu dan dibantu....yang berada di sini hanya tip of iceberg..ramai lagi yang memerlukan tempat lindungan dan bimbingan begini...moga dpmudahkan jalannya untuk kita semua berada di jalan kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, masih ramai lagi yg bekerja di lorong2 belakang, semoga mereka diberi hidayah utk kembali ke pangkal jalan..mereka yg sudah insaf dapat istiqomah hingga ke akhir hayat...

      Delete
  18. banyak program cemni kat KL.. kat penang xtau nak join kat mana..
    kalo ada pun chinese organization.. bagusla ada inisiatif nk bantu diorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ada banyak jg NGO Islam yg buat program di rumah ni....

      di Penang boleh join program Perkim negeri PP..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!