Monday 14 September 2015

Chiang Mai: Doi Suthep and Bhubing Palace

Assalamualaikum..bersua kembali..

Baru keluar dari hutan semalam, hutan tertua di dunia iaitu Taman Negara Pahang..2 hari 2 malam tanpa internet, bolehlah survive. Alhamdulillah, walaupun tinggal betul-betul di entrance Taman Negara, di tepi Sungai Tembeling dan Sungai Tahan  - ada TV, whatapps pun ok juga, walaupun tenggelam timbul, dapatlah tahu apa yang berlaku di dunia luar..sedih dengan peristiwa malang yang berlaku di tanah suci Mekah..semoga mereka yang terlibat serta keluarga sabar menghadapi dugaan ini..
-------------------------------------------
OKlah, kita sambung kisah trip Chiang Mai, going to be fast track, sikit lagi nak habis..sambung kisah di hari kelima, hari Isnin, 24 Ogos 2015..

Hari ni tour special sikit sebab naik songthaew. Malam semalam dah buat booking, sebelum pukul 8.00 pagi, si merah dah sampai depan hotel.. 

inilah songthaew
boleh sewa untuk pergi tempat menarik di Chiang Mai
open air, takde air-cond

dalam songthaew - takde tingkap utk cakap dgn driver
nak bayar, kena turun, bayar ikut tingkap driver
nak turun, tekan loceng kat siling

Destinasi pertama kami ialah Bhubing Palace di Doi Buak Ha, atas sikit dari Doi Suthep. Bhubing Palace ni ialah winter palace untuk keluarga diraja Thai dan juga royal guesthouse untuk tetamu negara Thai. 

 HRH Queen Sirikit
Gambar Queen ni ada banyak di sekitar 
Chiang Mai dan juga Chiang Rai

Doi tu maknanya gunung, bukit, dlm bahasa Thai. So, kawasan ni berbukit, macam naik Genting. Sebab awal pagi, suasana sejuk, berkabus. Doi Suthep lokasinya di barat Chiang Mai, sebelah kawasan Chiang Mai University.

Mula-mula driver tu stop di Wat Doi Suthep. Memang ramai tourist stop di sini. Rasa malas pulak nak melawat kuil-kuil ni, lepas tu kena mendaki tangga, so suruh driver tu pergi ke Bhubing Palace terus. 

jalan kecik je (sebelah kanan)
sebelah kiri, jalan menuju ke pintu masuk istana

tiket masuk THB50 je
dibuka dari pkl 8.30 pg - 11.30 pg dan 1.00 - 3.00 petang
ditutup semasa royal visit, sekitar bulan Januari - Mac


Diberi satu pamphlet, dlm tu ada peta dan information mengenai bangunan dan kawasan di sini. Berpandukan peta tu, berjalanlah satu pusingan melawat kawasan istana.

mulanya disini
ada juga buggy yang boleh disewa

Bunga loceng
tong sampah pun diselubung bagi cantik

Bhubing Palace ni terkenal dengan garden yang cantik..memang teruja tengok bunga-bunga yang banyak dan menarik..


Gate to the Royal Path

Ruen Rab Rong (Royal Guesthouse)
dibina mengikut Thai modern style

the Bhubing Palace

Sampai disini, sapa yang jalan kaki kena corner masuk dalam kawasan hutan macam ni, yang naik buggy je boleh ikut jalan tar.

ok je, takdelah seram sangat
ada pavilion kat atas

 selepas jambatan kayu ni, ada pokok Cherry Blossom

kena naik tangga ni pulak

dalam pamphlet, kawasan ni cantik sangat, dekat batas-batas tu 
ada tanam pokok-pokok bunga, dibawahnya ada water reservoir yang ada musical fountain called "the Fountain of Celestial Water of People"
tapi masa pergi, reservoir tu ada, tapi musical fountain takde

 garden di tepi reservoir

 Royal Feast Pavillion
teak wood gazebo

duduk disini dulu, melepaskan lelah
diseberang jalan, ada gerai makanan

Ada lagi kat bahagian atas, ada Suwaree Garden (ros garden), log cabin, villa dan mansion, tapi kena mendaki ikut jalan tar, tinggi juga, dah tak larat, terpaksa skip tempat ni..tengok dalam website sajalah.

 Rose Garden (source: Bhubing Palace)

Alhamdulillah, turun bukit untuk ke entrance

Berpeluh juga, exercise pagi, naik bukit, turun bukit..overall, berbaloi juga datang sini, nice place and nice garden.

Kemudian jalan-jalan di kedai-kedai dekat tempat parking, takde apa menarik, terus turun balik. On the way, driver tu stop lagi depan Wat Doi Suthep. Kali ni dia suruh kami tengok gerai-gerai di sepanjang jalan. Malas nak bantah, ikut je lah, turun juga tapi pergi ke sini..

orchid & jade factory

kat entrance, tengok ada jade showroom
tak jadi masuk, sbb malas nak tengok, sebab tak kan beli pun

Mendaki balik ke tempat parking songthaew, beritau siap-siap kat driver tu, nanti stop depan entrance Chiang Mai University, nak snap gambar. On the way turun, driver stop kat view point, untuk tengok aerial view Chiang Mai city.

Chiang Mai city

Chiang Mai University

OK, dah takde stop mana-mana lagi, direct to Sankampaeng, kawasan pelbagai industri di Chiang Mai. Khap kun kha..

22 comments:

  1. Tak puas ke chiangmai Rasa mcm nak repeat lagi.....hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chiang Mai kalau repeat, best jg..byk tempat menarik, bandarnya pun ok..

      Delete
  2. Wow seronoknya dan cantiknya tenguk bunga berkembang. Nyaman rasanya mata melihat huhuhuhu memang tak tahan kalau pergi tempat yang banyak bunga berkembang ... rasa nak lepak lama-lama je kat situ. hehehehe. Wah orchid factory tu... batu jed emm memang takdele nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 garden di sini..suasana nyaman..maklumlah kwsan istana..memang takde le nak beli batu2 jed segala, nanti kesian pulak kat promoter..

      Delete
  3. Mata kakak kalau tengok gambar mesti terpaku pada pokok dan bunga. Geram tengok pokok bunga di sana yg nampak subur sangat macam kat Cameron Highland. Bab gambar diraja mereka kalau di tempat kakak sini pun banyak gambar Sultan kami juga. Kami pun sayang sultan kami:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan dan bunga memang berpisah tiada..hihi..kawasan ni sejuk sbb tu nmpak mcm kt Cameron Highland..

      Saya respect dgn Sultan Johor yg berani tegur pemimpin negara demi kesejahteraan rakyat..

      Delete
  4. cantiknya binaan istana n view sekitarnya penuh bunga2...tapi bunga leceng tu beracun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak pegang bunga loceng tu..

      kawasan istana, kak, kena dijaga rapi..ramai betul pekerja & guards..

      Delete
  5. Kalau ke sini pada bulan Disember tentu lebih nyaman...

    ReplyDelete
  6. luasnya kawasan palace ni ya,jenuh nak bjalan...tapi dengan udara sejuk nyaman bestlah nak explore,sure very interesting kalau musical fountain tu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas dan berbukit..memang jenuh nk jalan, shortcut takde pulak tu n tight security...mungkin sbb awal sangat sampai di sini, musical fountain tu tak start lagi kot..

      Delete
  7. last week saya pun ke chiangmai jugak,personally memang suka ambiance chiangmai ni. Kami amik jugak doi suthep tour tapi dia tak berenti dekat bhubing palace just meo tribe village je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka ambiance di sini..tenang je, orangnya pun baik-baik..bestnya dpt pergi tribe village yg original..

      thanks..

      Delete
  8. Daun yang menghijau. Bunga yg bewarna warni. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bunga-bunga di sini, dijaga rapi..

      Delete
  9. cantik gila bhubbing palace!!tak heran lah kalo tempat nih the most tourist-attraction...btw,sekrg mata wang baht dengn ringgit malaysia mana lebih tggi ?shout answer kt shoutmix saya boleh /??huhuuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik..banyak garden..

      boleh, will visit your blog..

      Delete
  10. kalau sultan pahang blh buat camtu kat cameron , kan dah boleh dijadikan tarikan pelancong ... cantik view bunga ros tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan view garden di tmpat sejuk....tak pergi ke rose garden, ambik gambo dlm website saja....

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!