Monday, September 7, 2015

Chiang Mai: Elephant Safari

Ahad, 23 Ogos 2015..

Hari ni pukul 6.00 pagi dah menjenguk keluar pintu hotel. Tengok hari dah terang-benderang. Misi pagi ni ialah snap gambar sami. Dari malam semalam, dah terbayang dalam kepala, deretan monks berbaris bawa bekas, macam kat Laos ni.

  
Tapi takde view macam tu kat sini. Nampaklah juga beberapa kumpulan sami berpakaian warna oren saffron dok lalu-lalang di seberang jalan. Di sepanjang Tha Phae Road ni ada dua, tiga wat (kuil Buddha).

 jadilah..kan

Alang-alang dah keluar, jom snap gambar bangunan-bangunan lama di sepanjang Tha Phae Road. Kenderaan pun kurang, memudahkan kerja. Tha Pae Road ni cultural road, memang banyak bangunan lama dan kedai-kedai barangan antik.

disebelah hotel

 kedai barangan antik
 UOB building

Jalan-jalan lagi..jumpa iklan ni. Best ni kalau dapat tengok Muay Thai..Thai kickboxing. Harga tiket RM40 - RM60. dekat je, di Kalare Night Bazaar..

 Italy vs Thai..international tu..

 walking street ni di old city

Sedang snap gambar ni, tiba-tiba ada Toyota Hilux berhenti di sebelah. Dua orang keluar bawa bungkusan, beberapa monks dah siap beratur. Yang bawa makanan tadi terus bersimpuh di atas jalan, didepan monks dan monks baca mentera. Tak sampai hati pulak nak snap gambar..huhu..
-------------------------------------
 
Dah pukul 7.00 pagi, masa untuk sarapan. Tempatnya di Level 5, open-air section. Breakfast time 7.00 - 10.00 pagi.

 breakfast venue

Breakfast menu - nasi goreng/mihun goreng, chicken ham, salad, buah-buahan, cereal, roti & spread, roti telur dan scrambled eggs. Cuma makan roti, scrambled egg, salad, buah-buahan dan cereal. Berkeping-keping juga makan roti, bagi kenyang, buat sandwich salad le, sandwich scrambled egg, roti bakar + honey..

roti, jem & honey

 kuih keria kot..ntah, tak ambik
-------------------------------------------------------

Itinerary hari ni ialah one-day tour Elephant Safari di Mae Taeng Elephant Park.  Semalam dah pesan kat Abdul Kareem of Muhajereen Tour tu, suruh van tu ambik kitaorang dulu sebabnya boleh pilih tempat, nak duduk depan. Alhamdulillah, janji ditepati. Pukul 8.00 pagi, dah sampai sebuah SPV from JJ Travel..kosong, kosong..yahoo..

Kemudian, pusing-pusing ambik yang lain..akhirnya penuh 13 orang pelancong..tiga budak perempuan dari Manchester, one couple and a solo traveler dari Costa Rica, tiga generasi (nenek, anak dia dan cucu) dan one couple dari China dan dua dari Malaysia (kami lah tu). 

Alhamdulillah, semua ahli kumpulan well-behaved, takde riuh-rendah, cuma sekali-sekala, nenek China tu cakap kuat-kuat, macam marah cucu dia. Off to Mae Taeng, lebih kurang 40 minit ke utara Chiang Mai.

Sampai di Elephant Park, tour guide tu cadang kami berakit di sungai dulu, memandangkan hari masih pagi lagi, tak panas. Perghh..first time ni..teruja..air sungai dahlah nampak macam tinggi..

turun ke rakit, di sebelah sana mereka yg naik gajah 
sedang turun bukit, masuk ke dalam sungai

diatas rakit, diatas sungai

ahli group - girls dari Manchester and a solo
traveler dari Costa Rica

Alhamdulillah, perjalanan smooth, air sungai mengalir lesu, ada satu tempat je, laju airnya tapi expertly handled by dua orang pendayung rakit

life is hard, ele..kena kerja, no work, no money..no free lunch..

macam best je..

Lama juga berakit ni, mengelilingi satu pulau kecik untuk sampai ke tempat naik tadi..sambil mendayung, pendayung rakit yg depan berceritalah dah tiga hari hujan, mereka pun tak bekerja, bila tak kerja, takde gaji. Masa nak sampai ke jeti, dia minta tips THB100 sorang untuk dia dan kawan dia..semua ahli group buat tak layan je..

Sementara tunggu ahli group yang lain, lepak-lepak disini dulu, sebelum masuk ke tempat gajah buat show. Show start pukul 11.15 pagi.

show gajah - gajah menari, main bola, angkat kayu balak
gajah berumur dari 3 hingga 12 tahun

gajah melukis - gajah ni namanya Charlie

cantik lukisan yg gajah lukis
ada fridge magnet gambar lukisan ni
di sini harga THB40, di pasar malam THB10 je

 show dah habiss..

Lepas ni naik kereta lembu (ox-chart) pulak..hihi..kat Malaysia pun tak pernah naik..

 besar-besar saiz lembunya
hidup ni keras, bu..work hard..

main entrance

 lembu, gajah dan kereta

rumah pekerja, besarnya aerial parabola 

penjual tebu & pisang utk gajah
dia tunjuk dua jari, maknanya 20 baht

Naik kereta lembu ni separuh jalan je, lepas tu naik gajah pulak untuk balik ke camp. Rupanya package kami bukan naik gajah yang masuk hutan, turun bukit, masuk sungai tu...yang tu lagi thrill..

kesian gajah, mesti boring buat kerja yg sama setiap hari
no more free n easy life, ele

Dah sampai di stesen gajah, disebelah tempat show tadi, tunggu ahli group yang lain untuk pergi lunch. Ternampak pulak ais krim berperisa manggis ni..

 di Thailand..aiskrim mangga, durian dan manggis paling popular

apakah special edition for chinese people tu? jeng..jeng
entahlah, saya pun tau..tak tanya lak kt tuan kedai..

OK, dah cukup korum, off to buffet lunch. Ada adik pakai tudung jaga kaunter masuk. Menurut Muhajereen Travel, Mae Taeng elephant camp ni saja yang ada halal lunch, camp lain takde. Sebenarnya ada banyak elephant camps di Chiang Mai ni - salah satunya Mae Sa elephant camp yang paling dekat dengan town.

Makanan di sini semuanya ok, memenuhi citarasa dan banyak pilihan - ada nasi campur, mee, mihun sup, Thai deserts. Lepas ni, itinerary terakhir, ke orchid & butterfly farm.  

 Sambung di next entry..khap khun kha..

14 comments:

  1. Wow, seriously artworks tu gajah yg lukis? Seriously? Woaaah...

    Tukang rakit minta tips THB100 sorang, semua buat tak layan... hoho, boleh pulak dia minta tips ye sis? Huhuh...

    Special for chinese customers only? Apa dia agaknya ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul plain, gajah tu yg lukis dari awal hingga akhir..penjaga tu cuma bagi brush yg dah dicelup colour kt gajah-gajah tu...mungkin dh lama training, setiap hari 3 kali melukis (ada 3 show sehari), lama-lama jd pandai gajah ni..dah hafal..

      selamba je minta tips, mungkin gaji mereka rendah...misteri tak terjawab, apakah special edition tu, sapa2 yg pegi sana, boleh tolong tanya org kedai tu ye..hehehe..
      .

      Delete
  2. walaupun negara sebelah je tapi banyak betul kelainannya di sana ya...unique xprience..
    berbakatnya gajah tu...kagumnya...apa perasaan naik gajah..?
    nice dapat berakit...tak dalam ya sungainya sebab tak pakai life jacket pun nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..unique experience..ramai sungguh tourists dari pelosok dunia...
      setiap hari training, lama-lama jd pandai gajah tu..gajah melukis gambar gajah..hehehe...best naik gajah tapi tanah datar je..kalau dpt yg turun bukit, masuk sungai tu lg best kot..dalam sungai tu setakat kaki gajah, sbb gajah masuk tk tenggelam..

      Delete
  3. Alamakkkk...malu kat gajah. Rasanya dia lukis lagi cantik dari saya lukis....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu training, in shaa Allah, boleh lukis lg cantik dari gajah..

      Delete
  4. naik rakit tu tak basah ke punggung tu nohas ... cantik nampaknya lukisan gajah tu ... kesian lak tengok lembu kena bawa orang sampai kurus gitu . selalunya kan lembu dok berehat je dengan mkn rumput ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk atas bangku yg melekat kt rakit..cantik gajah tu lukis, adalah motif, takdelah caca-merba..hehe..mmg kesian tgk lembu tu tapi naik jg..haha...mesti boring, ulang-alik jalan yg sama..

      Delete
  5. yang ni CT suka !!! part main2 ngan binatang memang i loooooike sngt.. best nya naik rakit..
    dulu time pngakap muda buat tapi relai rakit tu naik sungai.. x dapat lencana kena buat lain..
    ehehehe.. bestnya bestnyaaaaa nak pi main ngan gajah.. lalu kat sungai tu best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajah2 di sini memang jinak2..naik gajah yg turun bukit, masuk sungai tu cam best, lagi thrill..

      mula2 seram jg naik rakit tu, tapi lama2 seronok pulak..kalau relai di tengah sungai, memang wassalam le..dah le tk pakai life jaket..haha..

      Delete
  6. kat malaysia ada gak eskrim manggis.. alamak brand apa tah..
    dia dalam cup kecik2.. tapi masam yakamat.. konon beli nak rasa sbb rare..
    tobat laaa.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah jumpa lagi eskrim manggis kt M'sia ni..kalau masam sgt2, mmg tk dapat sambutan kot..ke aiskrim yg dijual kat pintu masuk Giant Hypermarket, yang asal dari Thailand tu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...