Thursday, September 17, 2015

Chiang Mai: The Old City and Halal Street

Assalamualaikum...trip ni semakin hampir ke penghujung, ayohh, kita sambung cerita aktiviti di hari kelima. 

Selepas melawat Dhara Dhevi Hotel yang menarik lagi debomb tu, saya meneruskan misi solo, ramble with a cause in Chiang Mai dengan meng-explore the old city. Ini kali kedua ke sini, tapi kali ni lebih santai dan rileks sebab takde pasar malam.


Tha Phae Gate di waktu senggang

Masuk je old city melalui gate ni, akan nampak dua cafe, di sebelah kiri - Black Canyon Coffee, di sebelah kanan - the Coffee Club.

Black Canyon Coffee

The Coffee Club

Chiang Mai is a cafe wonderland. Akan jumpa banyak cafe di sini..toleh kanan ada cafe, toleh kiri nampak cafe, sepanjang jalan ada gerai/kiosks yg jual kopi, macam-macam nama ada, mostly local cafes. Starbucks dah biasa..sampaikan Mat Saleh ni buat entry khas senarai cafe di Chiang Mai - Cafes to work from in Chiang Mai. Lagi artikel on cafes..Cafes, Cafes, Cafes.

So, misi solo saya hari ni ialah menjejaki dan mengopi di dua cafe yang ada dalam entry Mat Saleh tu..hehe. Jom start berjalan dari Rachadamnoen Rd, mencari Akha Ama Cafe, yang berada di hujung jalan ni..

 mulanya di sini

suasana di Rachadamnoen Rd - songthaew dan tuk-tuk silih berganti

Nampak rumah lama ni yang dijadikan Lanna Architecture Centre oleh Faculty of Architecture, University of Chiang Mai.
 

Rumah ni namanya Khum Chao Burirat (Maha Intra) house. Maknanya, entahlah, lupa nak check pulak. Dibina mengikut kombinasi tradisional Lanna dan western architecture. Tingkat bawah kombinasi Manila dan kolonial style, tingkat atas dibina mengikut Chiang Mai style wooden house.

verandah
 
Ok, move on..jalan lagi, akhirnya jumpalah Akha Ama Cafe. Apa yang best kopi ni? Kopi di cafe ni ditanam, diproses dan dijual oleh kaum hilltribe Akha sendiri. Projek menanam pokok kopi Arabica ni dimulakan oleh seorang ibu kaum Akha yang bernama Meelor di Meejantai Village. 

Sebab tu nama cafe ni - Akha Ama - 'ama' ialah ibu dlm bahasa Akha. Gambar Meelor diabadikan sebagai logo cafe ni. In 2010, she established Akha Ama Coffee as Social Enterprise  with her son (Lee Ayu Chuepa) to support coffee farmers in their hometown ( Maejantai Village). Untuk info lanjut - boleh baca di website Akha Ama. Sangat menarik kisahnya.


kecik je outletnya, ada satu lagi outlet di Nimman area

Bila nampak bank yg disebelah cafe ni, Krungthai Bank, teringat iklan bank ni dalam entry Domestic Thriller, memang kelakar..sangat kreatif iklannya..highly recommended..

  Jom mengopi..cuaca panas terik, order iced coffee latte..



Dah habis mengopi, jom bergerak semula. Recharged, energy level is high. Melintas jalan untuk bergerak ke utara pula, menyusuri jalan di sebelah barat old city. Terjumpa Buri Gallery House, menarik tempatnya, jom masuk, snap gambar.



Takde orang, jomlah balik

Jalan ke arah utara, nak tengok north gate. Jumpa banyak hotel dan guesthouse yang menarik senibinanya, konsepnya..teruja, teruja..

De Lanna Hotel 

 north moat

 north gate - Chang Phuek Gate

 titian

Kali ni mencari satu lagi cafe dalam misi saya iaitu Libernard Cafe, cafe yang menarik di halaman asmara rumah traditional Thai. Lokasinya bukan di old city, agak tersorok sikit, off the main road. Berpandukan peta yang diprint dari wikimapia, cafe ni telah berjaya dijumpai..hehe..

 masuk lorong ni


espresso - terbaik

 pokok kopi

Cafe ni, mengikut firasat hamba, tak lama lagi akan ditutup. Kawasan tak macam cafe langsung, berselerak dgn barang2, macam nak pindah. Owner tu pun cakap tak ramai pelanggan yang datang. Tinggal dia sorang saja yang organise, anaknya dah cari kerja lain. Tapi kopi dia memang terbaik, bila minum, terasa sweet n bitter, gives you a longer aftertaste aroma..

Cuma dua cafe ni saja yang ada dalam misi saya, so missions accomplished, jom balik hotel. Panas terik, lunch belum lagi, asyik minum kopi je..hihihi..

---------------------------------------------
Balik hotel, berehat, letih berjalan.  Pukul 3.00, pergi terjun dalam plunge pool..bestnya..berendam, rasa tak nak keluar. Tapi ada pulak gangguan, datang dua orang lelaki dok menunggu di kerusi malas di tepi kolam. Kitaorang terus cabut ke bilik, nasib baik satu level je. Bersiap untuk keluar lunch di halal street.

deretan kedai makan di halal street
baru hari ni dapat melawat sekitar sini, sebabnya kedai-kedai 
di kawasan ni ditutup awal


Makan di Restoran Sophia


order pad thai - sedap, nak order pulut mangga, dah habis


kedai makan lagi, betul-betul sebelah masjid, depan restoran Sophia

Jalan ke depan lagi, ada banyak lagi kedai-kedai orang Islam rupanya..


 Khao soi Islam Restaurant - Chinese Muslim


travel agent, dah dekat nak balik baru jumpa
kat banner tulis "Selamat Datang ke Thailand"

 terselit juga cafe kecik ni


gerai depan masjid


butik dan kedai buku Islam

Untuk Muslim travelers, usah gentar, usah risau, macam-macam ada di halal street ni..siapkan baht saja..
--------------------------------------------------------------------------------
Dah habis membeli-belah jajan dan foods di halal street, bergerak ke utara untuk ke Warorot Market. Jam menunjukkan hampir ke pukul 5.00 petang. On the way, jumpa Muzium Setem dan di seberang jalan, ada Muzium Telekom. Dua-dua dah tutup.

Muzium Setem

Muzium Telekom
 
Sebelum ke Warorot Market, akan jumpa Flower Market..banyaknya bunga di waktu petang-petang begini.

Warorot Market

Dah tak larat berjalan, decided balik hotel tapi ikut jalan belakang, yang penuh dengan kedai runcit, kedai ubat, dll.

pintu gerbang

Sampai hotel, terus terjun atas katil, melurus-luruskan kaki dan pinggang..tak larat benor rasanya..malam dah tak nak keluar..nak bermalas-malas je dalam bilik, untuk dinner, makan jajan je, tiba-tiba..

Ting! takleh jadi, kena pergi juga, kena buat juga..dah sampai sini, murah pulak tu, esok dah nak balik....pergi mana? apa yang murah? hihi..Thai body massage..kuatkan semangat untuk berpisah dgn katil, jalan perlahan-lahan ke kawasan Night Bazaar. Pergi outlet yang dekat pintu gerbang halal street..buat massage selama satu jam. THB150..murah giler. Semasa tengah massage, boleh dengar laungan azan Isyak..setiap hari mendengar azan, semoga mereka semua mendapat taufik dan hidayah..aamiin..

Sekian, aktiviti seharian di hari kelima. Esok dah last day, tapi masih ada masa untuk merambu-ramba sebab flight petang. Ada satu lagi misi yang perlu dilunaskan..hehe..thanks for reading.

38 comments:

  1. Rupanya chiangmai pun terkenal dgn kopi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok kopi byk ditanam oleh org asli di kwsan bukit..industri kopi maju di chiang mai..

      Delete
  2. RONDA2 CHIENG MAI XHABIS DLM MASA SEHARI..BANYAK NAMPAKNYA TEMPAT MENARIK YG MESTI DILAWATI...
    BAB BUNGA CANTIK YG BANYAK DIJUAL TU MMG KAK SUKA...XJEMU2 ULANG TENGOK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ronda-ronda dgn berjalan kaki akan jumpa banyak tempat2 menarik..memang banyak sangat bunga dijual disini..cantik-cantik..

      Delete
  3. Senibina dia memang best lah. Bagaikan sampai tahun 60an je. Bunga yang banyak tu emm memang suka sangat. wah dapat urut tu memang bestnya setelah penat berjalan. Best tak urut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan bangunan lama dipelihara tuk generasi akan dtg...dapat urut badan, memang best, hilang lenguh-lenguh segala..

      Delete
  4. cantik-cantik bunga yg dijual...... merahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik-cantik fresh flowers..

      Delete
  5. Replies
    1. secawan tak cukup..hihihi..cafes terlampau byk...rasa nak try semua..sambil tengok decoration..

      Delete
  6. 1. bangunan dia walau lebih kuran kita tapi ada estetika yg menarik mata kakak
    2. kopi tanam, proses dan hidang mestilah aroma dia tak terkata sedapnya
    3. bunga juga menarik mata kakak - biasalah org perempuan dgn bunga kan:)
    4. massage dgn Thai mana boleh pisahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ya, betul mcm bangunan kat M'sia jg, berkerawang mesti ada
      2. cuaca dan tanah berbukit di utara Thai memang sesuai tanam kopi Arabica, mmg sedap
      3. memang gila tengok bunga2 yg banyak di market tu
      4. thai massage memang popular, kalau dtg Thailand mesti buat massage

      Delete
  7. wow sangat menarik sis..
    terpikat dgn deko kafe2
    nampak hipster.. ada gaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm2 deko dan konsep cafe di sini..kalau boleh nak gi semua..

      Delete
  8. sebelum pergi chiangmai, saya ada la jugak note a few coffee shop yang nak terjah, sampai sana semua pun terkubur sebab tak sempat dan tak tau nak cari hehe. sempat la try Rich Coffee shop dgn Pangkhon coffee (chiangrai). berkenan la tgk coffee shop akhma ama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk sangat cafes di Chiang Mai, rambang mata, .cuma pilih dua saja, siap study/print map..haha..takpe, next time leh terjah kalau ke sini lagi..

      tak singgah pangkhon coffee di chiangrai, walaupun lalu-lalang dpn cafe tu..huhu..

      Delete
  9. Banyaknya bunga kat pasar tu..mesti murah je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 jenis bunga ada..cantik-cantik..murah2 jg..

      Delete
  10. Cantiklah senibina Lanna Architecture Centre tu... boleh jadikan ilham untuk bina rumah ... kalau ada duit banyaklah... mesti ratus2 ribu gak modalnya kan...

    Mengikuti pengembaraan nohas teringin pulak nak ke Chiang Mai... Tapi tak da kawan yang boleh di jadikan teman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tradisional mcm ni memang menarik...rumah kayu lg mahal kosnya, tambahan pula yg berkerawang, berukir-ukir mcm ni..

      Chiang Mai..bdr yg tenang dn selamat, in shaa Allah...

      Delete
  11. Kat kawasan masjid Ban Haw tu memang berderet kedai makanan halal.. kira tak perlu risaulah pasal makan kalau ke Chiang Mai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan kedai makan di kwsn masjid ni...

      Delete
  12. best jalan-jalan chiang mai ni ya,nampak laid-back je pekannya,memang ssuai bsantai smbil ngopi2,area kedai-kedai muslim tu pun best,macam-macam ada.Sesuai sangatla g massage di hujung trip...lega segala urat yang bsimpul :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bdr yg tenang..terutama di old city..sgt rileks..

      memang lega selepas massage...hilang segala lenguh..

      Delete
  13. http://madey09.blogspot.my/2015/09/mendidik-remaja-membina-masa-depan.html
    kenalkan blog Etuza. Teruja pelancongan anda menarik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..akan berkunjung ke blog anda jg..

      Delete
  14. Sedapnya kopi...
    Walaupun dah lama, bangunan-bangunan tu semua nampak terjaga. Senibinanya juga cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi diproses sendiri, memang sedap..

      bangunan-bangunan tu dibaikpulih, dipelihara, bagi tujuan pelancongan dan research..

      Delete
  15. Assalamualaikum,


    jika di Bandar chiangmai apa yang best utk membeli yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      Mcm2 ada...Thai silk shawl, ukiran sabun, mcm2 kraftangan, barangan kerjatangan orang2 asli..

      Delete
    2. murah2 tak kalau di Bandar chiangmai tu... or ade market lain yg.... lebih murah dr sini yer..... kami akan ke sana khamis ni

      Delete
    3. boleh try di night market di old city mlm Ahad atau di Night Bazaar...ada byk market di Chiang Mai - Kalare Night Market and Anusarn Market...harga reasonable jg..

      kalau stay di Chiang Rai, pasar malamnya lebih murah dari di Chiang Mai...enjoy your trip in Chiang Mai..

      Delete
  16. kami tak sampai chiang rai... cuma chiangmai aje, pergi utk teambuilding. hari pertama tu free n easy.......

    tu sebab nak tahu market mana yang murah dlm town chiangmai tu...kami kesana hari khamis n pulang hari ahad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu, suggest pergi NIght Bazaar di sepanjang Chang Klan Rd, ada Kalare & Anusarn Market..reasonable price...ada jg market di south and north gate of old city, tapi x pergi..

      Delete
  17. byk gak tpt blh pergi kat chiang mai tu kan ... lagi senang bila byk gerai muslim . kat belah sempadan malaysia je kot yg dok suka bom mengebom antara agama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk gak..Chiangmai aman sentosa..tenang je, yg kat sempadan Malaysia tu ada isu, rasanya mereka nk berpisah dgn Thailand..huhu..nk wujudkan wilayah autonomi..nak perintah sendiri..

      Delete
  18. seronok baca entri2 Chiangmai ni...boleh pula azan berkumandang di sana ya, syukurla ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh laungkan azan di sana..tapi takdelah kuat sangat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...