Tuesday, September 8, 2015

Chiang Mai: Orchid Farm and Raming Tea House

Dah habis makan, sambung perjalanan ke Orchid & Butterfly Farm, on the way back to town. Masa kami sampai, ramai sungguh pelancong yang sampai juga, bersusun tourist van and bus..

entrance
Orchid Farm ni kecik je, bila dah ramai-ramai, rasa sesak pulak kat dalam tu. Bunga orkid yang biasa-biasa je..kalau nak tengok orkid yg luarbiasa, boleh tengok kat blog Kak Paridah Ishak..macam-macam ada..

sapa curi bunga dendanya THB30000

Dalam ni ada satu section untuk Butterfly Farm, tak luas sangat..better lagi Butterfly Park kat Tasik Perdana tu..

 Butterfly and Morning Glory

berdua lebih baik

OK, tamatlah sudah Elephant Safari..sebenarnya banyak lagi tempat menarik di sekitar Orchid Farm ni..ada Tiger Kingdom (cafe yg ada anak-anak harimau yg boleh dibelai-belai tu), Monkey School, Queen Sirikit Botanical Garden, Poopoopaper Park (pembuatan kertas dari tahi gajah), Baan Tong Luang (cultural village yg ada 5 hilltribes), Mae Sa Elephant Camp, Mae Sa waterfall,dll. Boleh sewa teksi/songthaew untuk ke tempat-tempat ni. Perancangan sebenarnya nak sewa teksi satu hari untuk ke tempat-tempat ni, dah buat itinerary segala, tapi tah cam mana tersangkut kat Muhajeereen Tours tu..takpelah kan..

Lebih kurang pukul 4.00 petang, sampai di hotel. Cepat-cepat melangkah ke bangunan selang sebuah dari hotel.  Ke mana? ke Raming Tea House..

 bangunan hijau putih ni


Menarik sekali bangunannya..berusia 100 tahun, Raming Tea House ni ialah Lanna-style teak house..jom, jom masuk..

 walaupun free visit, nak tour satu rumah ni, 
segan le pulok, kenalah beli minuman di sini 

Raming Tea House ni dibawah family business, the Raming Group yang diasaskan oleh Mr Prasit Poomchusri. Dalam bangunan ni, masuk je, di bahagian depan ada showroom untuk Siam Celadon (Thai seramik), bahagian tengah ada kedai De Iann Jewellery dan bahagian belakangnya ialah coffee house. 

Tengok menu..oklah, order tea set THB130 - black tea and mocha blondie. Sambil tunggu order sampai, snap-snap apa yang patut..wahh, terujanya..

 ambil port di verandah, mengadap taman hijau di belakang


bahagian dalam coffee house - penuh ukiran kayu

Yang diorder dah sampai, inilah tea setnya..

 dijamu dalam Siam Celadon berwarna hijau firus
penapis tea yang sangat elegan
mocha blondie yang sangat sedap 

Sambil tunggu teh tu sejuk sikit, turun ke bawah, ke garden yang kehijauan..redup dan sejuk..

boleh juga minum teh di sini - garden setting

 naik balik utk menikmati teh hitam

 hai burung dlm sangkar..berkicaulah..

Dah habis minum, lepas bayar, minta permission untuk naik ke tingkat atas..

penuh ukiran, teringat pada Penang Peranakan Mansion
lebih kurang macam nilah designnya, ada courtyard

excerpt from the private diary of Mr Prasit

"Today I feel that my live have love and admiration just for my wife, Pranee and my relatives. My two children are also important to me that I must take good care of them. My wish is to combine all relatives and let them take care of my work, to make it prosperity grows" 

Bagus Mr Prasit ni..saudara-mara pun dia ingat juga. 

Alhamdulillah, mission accomplished. Dari Malaysia lagi, dok aim nak pergi sini. Sebenarnya jumpa info tea house ni pun, secara tak sengaja.  Masa scan wikimapia di kawasan Sankampaeng (kawasan industri kraftangan), ada banyak ditulis Siam Celadon. Check di internet nak cari info Siam Celadon, website Raming Tea House ni yang teratas, terus tertarik dan bila check location, dekat pulak dengan hotel, bertambah teruja. Tea house ni buka pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang..

Dah puashati, balik hotel, berehat, kemudian sambung dengan aktiviti ukur jalan sampai ke malam. Thanks for reading.

24 comments:

  1. mesti sedap sgt teh di reaming tea tu yer...
    orkid di taman orkid tu nampak cantik2 juga..
    heh..heh..siap mensyen nama kak lagi kalau sebut pasal orkid ya..tq nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, ditambah dgn suasana dan dekorasi bangunan mcm tu, menambah keenakan minum teh..ya, betul, cantik-cantik jg..tapi tak luar biasa mcm orkid2 dlm blog akak...bila tengok orkid, teringat kak PI..hihihi..

      Delete
  2. Mata kakak tertancap pada bunga orkid walau org lain mungkin kata biasa-biasa tapi tetap kakak suka tengok. Cantik sangat!

    Garden untuk minum macam ini punya santai mahu dua teko duduk pun tak sedar. Bestnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik-cantik juga..bila masuk sini, teruja tgk orkid2 yg banyak..bersantai-santai sambil minum teh, memang nyaman rasanya..

      Delete
  3. Teatime in the garden, very nice concept, i loike~ Also, nampak sedap tea set tu :3

    Mengukur jalan sambil berteman takpa, tak rasa stress sbb boleh bersembang, hehehe ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. garden & colonial, antique house..gandingan yg mantap..memang sedap tea set tu, try black tea..

      ukur jalan sambil snap gambar n singgah gerai yg banyak..hihihi..

      Delete
  4. Jauh perjalanan, luas pemandangan..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. melihat budaya, sejarah dan perancangan bandar negara jiran..

      Delete
  5. teatime in the garden........ kehijauan, tenang jer kan......

    ReplyDelete
  6. SEJUK MATA MEMANDANG..CANTIK PEMANDANGAN NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang sini kalau ke Chiang Mai..

      Delete
  7. Ok...kalau nak tengok orkid, saya pergi blog Kak Paridah dulu.
    Jarang tengok cafe atau restoran yang berkonsepkan kolonial. Chantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm blog Kak PI ada banyak gambar orkid2 yg unik dan luarbiasa..kalau kt KL, Carcosa Seri Negara yg ada English tea di verandah overlooking the garden..

      Delete
  8. Syoknya berjalan sambil minum teh dan lihat pemandangan yang sangat indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum teh di suasana sebegini memang sangat nyaman..Alhamdulillah..

      Delete
  9. Cantiknya suasana dalaman tea House tu macam pi rumah orang puteh dolu2. Nyaman suasana memang bestlah layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ciri-ciri rumah kolonial orang putih dulu2..suasana nyaman utk menikmati teh di sini..

      Delete
  10. well kept heritage building tu...moment santai yang indah mnum tea dalam garden,sangat english style

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul, dah berusia 100 tahun masih bertahan lagi..dari M'sia lagi dah teruja nak masuk bangunan ni..mungkin sbb colour putih, nampak mcm English style colonial house + garden..

      Delete
  11. klasik betul tea house tu . klu saya pilih dok kat garden ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang klasik, dah 100 thn umurnya...takde org duduk kt garden masa tu, segan pulak duduk sorang2..hihi..

      Delete
  12. orang kata orked kalo kat thai memang lawa2 eh.. mak CT kalo ke padang besaq mmg orked dia cari dulu ehehe.. murah2 plak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg lawa2 juga orked di sini...orkid n Thai memang sinonim..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...