Tuesday 1 September 2015

Chiang Rai: One day Tour - Part 1

Jumaat, 21 Ogos 2015.

Assalamualaikum..aktiviti hari kedua di Chiang Rai. Hari ni kami ambil package one-day tour, ambik yang hotel punya je. Harga THB1,000 termasuk lunch tapi tak termasuk entrance fee. Walaupun request tak nak lunch, tapi takleh nak bargain sebab dah harganya standard macam tu.

Masa makan di Restoran Rosprasert semalam, ada juga tanya kat owner tu, ada tak orang Islam yang buat tour package, kalau boleh nak ikut Muslim package. Tapi owner tu macam blur-blur sikit, dia kata kena sewa teksi satu hari, mahal, lepas tu dia cakap THB1,000 tu dah murah sangat, kami pun percaya cakap dia, tu yang ambik yang hotel punya je..hehe...

Sebenarnya di Chiang Rai, kita boleh survey harga tour package sebab banyak tour agents yang offer package yang sama. Memang akan jumpa banyak iklan tour agents di sepanjang jalan ke Night Bazaar. 

Redho jelah, jom ikut tour. Pagi tu breakfast makan maggi, ada bawa roti dan sardin tin dari Malaysia, buat sandwich untuk bekalan. Tour start pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah, tour group kami tak ramai, cuma tiga orang je, saya, my sister dan sorang Mat Saleh dari Australia, solo traveler, dah tua, umur 80 lebih, tapi masih lagi sihat walafiat.

 naik van 10-seater ni disediakan oleh Sophapan Travel

tour guide & driver
lapang sungguh, sangat selesa

Tempat pertama dalam itinerary ialah Wat Rong Khun atau White Temple. Famous temple ni sebab designnya yang begitu artistik, privately owned by Chalermchai Kositpipat, yang juga arkitek untuk temple ni.


White Temple

begitu detail, semuanya handmade


Disebabkan jalan one way, kenalah juga ikut sini, lepas tu tour guide tu asyik suruh kami masuk bangunan ni, tempat depa sembahyang, ada patung Buddha. Disebabkan kami tak ramai, terpaksalah masuk juga, takleh nak escape. Tour guide tu explain itu, ini, last-last tinggal Mat Saleh tu sorang je yang dengar penerangan dia dalam bangunan ni..hihi..kami malas nak dengar..terus keluar, snap-snap pemandangan kat luar je.


white and gold
ni tatau apa motifnya

Ada exhibition hall juga kat sini, tapi kena bayar. Masuk temple ni free of charge. Chalermchai Kositpipat ni juga arkitek untuk clock tower yang kat town centre, sebab tu design dia lebih kurang sama. Sarat dengan kerawang.

OK, from white to black, ke Baan Dam atau Black Museum. Baan Dam ialah private house kepada Thawan Duchanee, National Artist of Thailand. Free of charge juga.

main building

Dalam bangunan ni, ada beberapa meja panjang, atas meja ada kulit buaya, di tepi meja, ada beberapa kerusi, dekat kerusi ada kepala seladang, tanduk rusa, entahlah apa motif, tak tau.


semuanya kayu jati
dua orang sebelah kanan tu tour guide dan 
Mat Saleh dari Australia 

dah macam tempat pemujaan je kekdahnya

Luas juga kawasan Baan Dam ni, di luar ada beberapa lagi bangunan, semuanya warna hitam. Ada iras-iras bangunan Minangkabau..


Tak berlama-lama disini, terus ke kampung orang asli, lima hilltribes. Mengikut penerangan tour guide, kampung ni digabung lima hilltribes, setiap keluarga diberi tempat tinggal, ladang/kebun untuk bercucuk-tanam. Bayaran masuk ialah THB300.
 
kat entrance ni, tulis ada enam hilltribes
Akha, Yao, Lahu, Padong, Long Neck Karen, Palong

Sebelum masuk kampung, ada sedikit penerangan mengenai kampung orang asli ni, terutama Long Neck Karen yang popular.

gelang leher tembaga yg dipakai oleh wanita kaum Karen
yang kecik 1 kilo, yang panjang ada yang sampai 5 kilo, berat giler

Tour guide tu tak ikut, sebab dia pregnant 5 bulan. So, berpandukan peta yang diberi, berjalanlah kami tiga orang. Ambik kayu sorang satu, buat tongkat, sebab tanah merah, musim hujan, jalan licin. Jom kita masuk kampung..kami datang, bawa kuih raya..hehe..memang betul pun, ada bawa beberapa peket kuih raya dari Malaysia.


Kampung pertama ialah Akha village. Disambut dengan deretan gerai-gerai jualan. Semuanya jual benda yang sama. Penjualnya kebanyakan wanita berpakaian tradisi kaum Akha.



kemudian ada seorang lelaki, suruh kami masuk bawah satu khemah, rupanya nak buat persembahan. Walaupun alat muzik primitif, tapi best juga.

 
Lepas persembahan, kenalah hulur sikit baht (unwritten law), 
masuk dalam kotak yg bertulis 'donation'. 

Kemudian ke kampung Lahu, dekat-dekat je kampung depa ni, macam kampung budaya gitu, lebih kepada tourism attraction, not the real kampung.


Kat kampung ni kami buat lintas hormat je, ada juga nampak khemah persembahan di sebelah kanan tu, malas nak singgah. Nanti kena melontar baht ke dlm kotak donation..hehe..

 gadis Lahu sedang menenun kain
 
Terus ke kampung Yao, seperti biasa, banyak gerai-gerai jualan. Orang Yao ni berasal dari negara China, mereka ni nampak Chinese-look sikit.

 
Akhir sekali, ke kampung si leher jinjang, Long Neck Karen dan si telinga besar, kaum Kayor.



Dari entrance masuk hingga ke exit, semuanya dipenuhi dengan deretan rumah-rumah merangkap gerai-gerai jualan. Disebabkan mereka pandai menenun, jualan di sini majoritinya ialah shawl.

 Atap rumah daripada daun-daun

wanita Long Neck Karen

big ears Kayor 


tiga beradik dan ibu mereka
 
ala..tomei, tomei..pandainya posing
ciannya..kecik-kecik lagi dah pakai gelang leher

 cucur atap

 menuju ke exit kampung
 
Berakhir sudah lawatan ke kampung hilltribes..lepas ni ke monkey cave, sempadan Myanmar dan Golden Triangle pulak..bersambung ke next entry lah ya...

32 comments:

  1. Unik pakai gelang leher tu..macam kaum peribumi Sarawak Sabah pula kan,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka jadi popular sebab gelang leher tu...tapi nampak mcm tersiksa je..

      Delete
  2. rupa mrk pun seakan wajah pribumi sabah yg gemar bergelang dileher beranting berat di telinga n bergelang berat sekerat lengan...agaknya drpd keturunan yg sama kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pribumi Sabah yg gemar memakai gelang tangan/kaki tembaga tu orang Rungus..yg beranting berat di telinga orang Ulu/Iban Sarawak..

      Delete
  3. bestnya ... cantik-cantik dan unik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakaian mereka unik..mcm kaum pribumi kita juga..

      Delete
  4. best kan leh tengok tempat orang., jauh berjalan luas pemandangan tuuu ;p

    ReplyDelete
  5. Tak try ke pakai gelang leher tembaga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try yang kecik..berat juga, macamanalah mereka leh pakai mcm tu..

      Delete
  6. Macam etnik Sabah dan Sarawak...

    ReplyDelete
  7. Sampai 5 kg...pergh....boleh rebeh bahu ni... Kalau tradisi sejak dulu... mana agaknya diaorg dapat tembaga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul, sapa yang pakai, bahu mereka rebeh, jatuh..(tengok dlm gambarajah)...memang dah lama tradisi ni, di Myanmar banyak bahan galian..

      Delete
  8. Kecik-kecik dah dipakaikan rantai tu. Budaya...

    ReplyDelete
  9. Apa yg kakak nampak seni kreativiti mereka memang agak unik
    Bukan aje pada hasil tangan tapi pada diri mereka juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya orang2 pribumi ni mereka ada budaya dan pakaian/perhiasan yg unik..mcm pribumi Sabah n Sarawak...

      Delete
  10. kak kenapa dia kena pakai gelang leher tu?

    shawl tu nampak lawa.

    murah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut ceritanya mereka ni tinggal di dalam hutan, takut dibaham harimau..lama2 dh jadi adat..

      bolehlah, takdelah mahal ..150 to 200 baht..

      Delete
  11. alaaa kenapa diorang kena pakai gelang tu.. kecik lagi kot huurm..
    muka dahla cantik ttb leher jadi panjang plak.. macam2.. white temple tu skali tngk cem
    Elsa nye istana ais pun ya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah adat mereka mcm tu, tapi tour guide tu ckp ada jg yg dah tak pakai gelang leher..generasi yg moden lah kot..

      hehe..istana ais Elsa..sama kaler putih, berkilau, bersinar-sinar..

      Delete
  12. THB1,000 tu utk 6-7 tempat sehari? kalau jaraknya jauh setiap satu mmg berbaloi kak Nohas

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jaraknya jauh-jauh..Mae Sai paling utara, Golden Triangle dh border di timur..yg lain-lain semuanya on the way..berbaloi jg..

      Delete
  13. yg mana satu kak nohas ni...yg baju belang tu or yg berdiri depan entrance tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer teka..hehe..akak yg pakai baju belang tu..

      Delete
  14. kecil2 lagi dah pakai gelang leher...rasa x selesa lak tgk..bila mkn x rasa tercekik ke...pastu kalau gatal mcm mana lah nak garu bhgn leher tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak taulah mereka ni pakai gelang leher tu setiap masa ke atau tidak, mungkin ditanggal masa makan ..tapi gelang tembaga tu rasa sejuk je..takde kot rasa gatal2..

      Delete
  15. white temple tu mmg cantik..pernah tgk dalam blog sape ntah x ingat..pastu ada gimik dalam lubang neraka kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang unik designnya..yg ada tengkorak manusia, rangka2 tangan, itulah gimik dlm neraka..malas nak tulis, nanti ada yg percaya, rosak akidah pulak..biarlah kan, berpegang teguh dgn Surah Al-Kafirun..untuk mereka agama mereka, untuk kita agama kita..

      Delete
  16. Kiranya tema travel hari ni black & white la ye. Hihihi menarik senibina white temple tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tulah mula-mulanya, tapi bila dah masuk kpg hilltribe, bertukar menjadi colourful..hihihi..senibina yg unik..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!