Wednesday, September 30, 2015

Cuti Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

Hari Raya Eidul Adha sudah berlalu, hari tasyrik dan takbir raya pun sudah tamat..kerja haji sudah selesai, ditutup dengan tawaf dan saei haji serta bertahlul. 

Apabila dikenang-kenang, pada saat ini, disaat helaian rambut digunting, perasaan itu bercampur-baur, rasa syukur, sedih, gembira, sayu, masing-masing berpelukan, menangis gembira, mengenang peristiwa perjalanan yang ditempuhi...tak dapat diluahkan dengan perkataan...huhu...Arafah, Mudzalifah, Mina..tetap dalam kenangan...Makkah dan Madinah yang dirindui..
-----------------------------------------
Cuti raya haji 4 hari. Balik kampung pada malam raya, selepas Maghrib. Sesak di highway, tengah malam baru sampai di kampung.

Pagi raya, bersolat di masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), dekat saja dengan rumah. Suka solat raya di sini sebab khutbah rayanya sangat power. Tajuk khutbah raya haji - Pengorbanan dan Persaudaraan.

 ada Imam Muda Jabar


                           orang perempuan tak ramai bersolat di tingkat atas

 Masjid KUISAS

 kampus
 -----------------------------------------------------------

Dapat daging korban..buat sup..rebus guna dapur kayu..

 memasak sup daging guna dapur kayu
*smoke gets into your eyes*

 pokok pisang tepi rumah, ada dua tandan pisang raja

 Ada banyak mangga muda, buat pajeri..


Gambar pajeri mangga tak snap pula

Dah masak-masak, makan-makan, turun bukit untuk ke tepi sungai..

 menghirup udara petang di Dataran Sungai Perak
Alhamdulillah, jerebu sangat kurang di sini 

Bestnya cuti..

24 comments:

  1. Alhamdulillah nikmatnya dapat balik kampung. Wah masak masih guna dapur kayu lagi.... sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, seronok balik kpg...kena rebus lama, tu yg guna dapur kayu..

      Delete
  2. First time dengar pajeri mangga........
    mangga banyak boleh buat mangga asam boi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time jg, ada jiran yg buat bg kt mak saya..tak sempat bua mangga asam boi, dah masak buahnya..

      Delete
  3. Moga kita dapat bertemu hari raya aidil adha di tahun hadapan.
    Moga dimurahkan rezeki untuk terus membuat ibadah korban..
    Best kan balik kampung...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, semoga dipanjangkan usia utk bertemu lg di hari raya korban..amiin...
      best balik kpg..

      Delete
  4. seronoknya bercuti raya haji di kampung laman sendiri...pajeri mangga xpernah rasa lagi...mesti sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok, masak2, makan2...pajeri mangga..masam2..penambat selera..

      Delete
  5. Indah terasa bukan di mata saja tapi di hati juga kalau begini cara meraikan raya dan cuti..
    Kakak tengok pun rasa seronok. Masak style camping kat hutan tu seronok kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak stye camping..best, back to basic...rasa relax je cuti-cuti di kpg..

      Delete
  6. Bestnya ada kampung. Sup daging korban (daging segar) mmg kaw!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sup daging segar memang kaw, manis dagingnya..buat jg sambal kicap...buat mee sup..

      Delete
  7. seronok raya haji kali ni,cuti agak panjang..boleh santai-santai cuti,mkn sup daging fresh n jalan-jalan.Mmg rare pajeri mangga tu...first time dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sup daging fresh memang best..sup powerr....saya pun first time mkn pajeri mangga ni, jiran yg introduced..

      Delete
    2. nohas org perak ke?sama la Kat
      Masjid tu cantiknya

      Delete
    3. kpg di Kuala Kangsar...bhg dalam masjid memang cantik..warna cream..

      Delete
  8. Bab masak guna dapur kayu tu seronok tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena masak lama2, memang selalu guna dapur kayu..dapur kayu hasil kreativiti mak saya..hihihi..

      Delete
  9. wah..kena panggil kak nohas hajjah la ni ye..Alhamdulillah, saya pun rindu sangat nk ke tanah suci Mekah lagi.

    seronok betul raya di kampung.saya raya di KL je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak panggil pun takpe..hihi..segan le pulok, setiap kali musim haji, mesti teringat...in shaa Allah, semoga dapat ke sana lagi...amiin..

      lain sikit suasananya beraya di kpg, di KL pun meriah jg esp. di taman2 perumahan, ramai ahli kariah surau dan masjid tak balik kpg, sbb nak urus majlis korban..

      Delete
  10. Waa dapur kayu kat luar... lama dah tak nampak, betul tu kalau nak rebus daging lama2 n dlm kuantiti yg agak besar, better guna dapur kayu. Rasa daging tu akan jd special with a smokey flavor *thumbs up*

    ReplyDelete
    Replies
    1. time raya, baru berasap dapur kayu...hihi..lebih jimat utk rebus lama2 dan makanan jd lebih sedap..

      Delete
  11. banyaknya mangga ... masak dgn dapur kayu lagi sedap nohas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki ada mangga muda..ya, betul, lebih sedap dan wangi masakannya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...