Sunday, September 20, 2015

Jom berkenalan..

Assalamualaikum..

Jom berkenalan..dengan siapa? dengan UBAT. Siapa tak pernah makan ubat? hehe..siapa yang tak pernah tu, memang tabikk lah, bolehlah share experience, camna nak jaga kesihatan supaya sentiasa sihat walafiat..

Nak promote entry adik nhhas Huda dalam blog Real Life is Real.. 


dan silalah jawab soklan cepu cemas beliau tu, nak test kefahaman orang awam mengenai ubat,..takpe, nhhas ni baik dan peramah orangnya..uhuk, uhuk..terbatuk lak..hihihi..

Menarik sekali entry nya, boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai cara-cara menyimpan ubat. Selama ni, apa yang kita buat, betul ke tak, memudarat ke idok..kalau bukan untuk diri sendiri, boleh share dengan ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, jiran-jiran, saudara-mara..sharing is charing.. 

dah macam mini farmasi lak
Saya simpan ubat macam ni je..unorganised..hehe..takde pill box..setiap kali nak makan, belek-belek dulu, takut tersilap..haha..

Alhamdullllah, selama ni saya memang jarang makan ubat pil, panadol pun jarang telan...kalau demam, saya cuma makan vitamin C dan ambil MC je, ubat-ubat lain yg doktor bagi, jarang sangat saya makan..dah set minda, badan kita mempunyai keupayaan untuk membaikpulih dengan sendiri..

Bila dah didiagnosis macam ni, nak makan ubat pil, memang payah sikitlah..doktor suruh makan dua biji, saya makan sebiji je..setiap kali jumpa doktor, dapat ubat, nak cakap ubat ada banyak lagi, takut lak kena marah dengan doktor...tu yang jadi menimbun ubat-ubatan..makan lak ikut suka hati..teruk tul perangai..ini kalilah..

OK, semua, jangan lupa baca entry tu, marilah sama-sama membuat perubahan, anjakan paradigma..jika bukan kita, siapa? jika bukan sekarang, bila lagi? hehe..a reminder to myself..

24 comments:

  1. Hahadoiii... bnyk betul crime medicine kakak ku yg seorang ni...

    Hahaha ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak berubah..will try slowly..

      Delete
  2. "tiap kali jumpa doktor, dapat ubat, nak cakap ubat ada banyak lagi, takut lak kena marah dengan doktor...tu yang jadi menimbun ubat-ubatan..makan lak ikut suka hati"...


    Kannnn... sama lah kita... hi-5 sket kak... sep sep

    ReplyDelete
    Replies
    1. huii..sama juga ke..haha..hi-5..sep sep...

      Delete
  3. kalau sakit mesti nk cepat baik jadi jangan culas mkn ubat nohas..kesihatan diri penting dijaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kak..mmg selalu culas makan ubat..

      Delete
  4. Nohas, ada kencing manis ker??? ubat-ubat yang nampak tu macam ubat kencing manis?
    Nohas bagaimana nohas control diabetes, sebab from your n3 you culas makan ubat. Please share with me ya how you control your diabetes...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, start medication bulan puasa tahun ni, tak control makan..

      baru dengar talk on diabetes pada 9/9, baru nak start control...makan nasi putih sekali sehari je (small portion), cut down buah2an yg manis2, baru start mkn ubat secara regular....berbekam dan terapi ozone..tak tau lg result nya mcmana..

      Delete
  5. Rasa kakak semua org dah pernah makan ubat tak kiralah ubat apa..

    Kakak ingat nak promote juga tapi singkat sangat masa Huda buat. Saturday/Sunday off blog buat kakak so this morning baru terjumpa. Hari ini Huda pulak dah nak short-listedkan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia & penyakit..berpisah tiada..

      takpe, kak, niat dah ada, tapi masa pula tak mengizinkan....kita tunggu jawapan kpd soklan cepu cemas Huda..hihi..

      Delete
  6. Menarik topik tu...bolehlah terjah nanti...On gliclazide ke tu,wah memang kena comply n strict diet,skrg ni dah ada supplement dari peria untuk membantu diabetic control..mungkin bagus juga sebab dari dulu pernah dengar kebaikan peria ni untuk merawat diabetes

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni dah start mkn ubat regularly n strict diet...belum try lg supplement peria, thanks for the info..

      Delete
  7. Yerlah menarik topik ni... pergi jumpa doktor sebab nak kan ubat...nak baik...tapi dah baik sikit dah tinggal ubat, ada tak menimbun... ..macam dah pernah buat jer kan...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..samalah kita..tapi sekrg dh start mkn ubat ikut time..in shaa Allah, semoga istiqomah...

      Delete
  8. thanks sis, lepas baca ni tetiba teringat nak gi check expiry dates pada stock ubat2an yang ada... hehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jg..akak pun ada byk ubat2an yg lama-lama, simpan dlm peti ais..nak kena check juga ni..

      Delete
  9. Ada kawan2 saya yang dah start makan 'happy pills'...takut kan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencegah lebih baik dari mengubati...

      Delete
  10. ubat dah lama tak makan . masa kecik dulu , klu demam kena mkn panadol . la ni kalu demam , saya cuma bykkan minum air dan kerap mandi utk sejukkan badan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sekrg ni kalau demam, cuma ambik vit c dan minum air byk2..ambik mc tuk berehat..

      Delete
  11. Bab simpan2 ubat ni,...ingat dah betul. Rupanya ada juga yang salah cara penyimpanannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila baca jawapan Huda, baru ada pencerahan sikit camna nk simpan ubat..selama ni ingat dah betul..jom buat perubahan..

      Delete
  12. dulu masa zaman kena telan 20 jenis ubat satu hari mmg masuk dalam boxes ubat2 nya..
    alhamdulillah dah berlalu.. tinggal beberapa jenis je.. CT bleh bezakan sbb sarung kaler lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..sampai 20 jenis...senang nk cam kalau sarung lain2 kaler..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...