Monday 28 September 2015

Jom Masuk Wataniah

Assalamualaikum..

Tetiba je ajak jadi Askar Wataniah (AW)..bukanlah sebab kena merentas hutan belantara (jungle trekking) sampai tiga kali di Taman Negara Pahang tempohari..tapi berkesempatan ke pameran promosi Askar Wataniah di Bangunan SUK, Shah Alam, tiga minggu lepas...untuk bunuh masa (to kill time) sementara menunggu kaunter dibuka..


Dah lama dengar tapi apakah Askar Wataniah ni? Askar Wataniah ialah satu pasukan dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Motto AW - Berkhidmat Untuk Negara.

 pameran di main entrance Bangunan SUK, Shah Alam

Sejarah Penubuhan

Kalau ikutkan sejarah, pasukan sukarela telah lama wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela 'Penang Volunteer'. Kemudian beberapa pasukan sukarela baru ditubuhkan seperti 'Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force' (UMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF).

Semasa perang dunia kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Apabila tercetusnya darurat di Malaya pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri telah dapat dikawal semula, Pasukan Kawalan Kampung telah dibubarkan. Tetapi ramai anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang tenaga sukarela mereka. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan The Territorial Army Ordinance pada tahun 1958 sebagai panduan perkhidmatan sukarela. Dengan kuasa Ordinan ini, pasukan sukarela yang baru dikenali sebagai Askar Wataniah ditubuhkan pada 1 Jun 1958 secara rasmi. 

 pakaian-pakaian Askar Wataniah

Pasukan-pasukan Askar Wataniah
Askar Wataniah telah distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
  • Elemen Tempur
  • Elemen Bantuan Tempur
  • Elemen Bantuan Perkhidmatan
  • Elemen Pakar
  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Anda berpeluang memilih mana-mana pasukan untuk berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

OK, mari kita lihat tugas dan peranan elemen-elemen diatas (sila bayangkan situasi semasa peperangan meletus):

Elemen Tempur

Rejimen Siri 500 Askar Wataniah 
berperanan sama seperti pasukan infantri Angkatan Tetap - maknanya kena bergerak dibarisan hadapan, yang pegang senjata

Armor
Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor (AW) yang diintegrasikan dalam setiap regimennya. 

Elemen Bantuan Tempur

Yang ni membantu Elemen Tempur terdiri dari Semboyan (sebagai barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD), Jurutera (melatih AW dalam aspek kejuruteraan medan), Artileri, Risik dan Polis Tentera.

Elemen Bantuan Perkhidmatan

Kor Perkhidmatan-Kompeni Angkut, Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara
Kor Ordnans
Kor Jurutera Letrik dan Jentera - mengendali workshop
Kor Kesihatan - kompeni ubat

Elemen Pakar

Kor Semboyan
Dianggotai oleh individu yang bertugas dengan Telekom Malaysia. Kesemua skuadron Semboyan DiRaja (AW) dibawah pentadbiran Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Kor Jurutera
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Pelabuhan
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Keretapi
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Air
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa

(dianggotai oleh kakitangan pekerja pelabuhan, KTMB, Bekalan Air dan TNB)


PALAPES
 
Untuk melahirkan pegawai-pegawai lepasan IPTA yang terlatih dalam ilmu ketenteraan sebagai sumber tenaga bagi Angkatan Tetap dan Simpanan.  IPTA yang mempunyai unit PALAPES ialah UM, UKM, UPM, UiTM, USM, UUM, UTM, UMS, UNIMAS, UPSI, UTHM dan UNIMAP.

Syarat-syarat Penyertaan AW ialah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (lain-lain pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (pegawai) dan tiada rekod jenayah.

Kemudian ada latihan-latihan asas ketenteraan, kursus Asas Perajurit Muda, Latihan Kem Tahanan, dll. Ada elaun dan saguhati dan juga perkembangan kerjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
Tel: 03-2071 2306/2283/3330/3322
laman web: http://army.mod.gov.my/web_kor/raw/index.html

Macamana, adik-adik semua, berminat? Kalau masih muda, nak juga masuk tapi tang latihan askar tu cam lemah sikit..hehe..


Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, 
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
sebelum kami berjaya, jangan harap kami pulang, 
inilah sumpah pendekar kita, menuju medan bakti
andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara
semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti..

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" (Ali Imran: 200)

22 comments:

  1. Saya dah tua sangat nak sertai askas wataniah nohas...tak larat nak kawad dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, Sweetie..kena jungle trekking, dah semput..hihi..

      Delete
  2. Dolu-dolu suka nak masuk tapi kalau sekarang mahu tanggal kaki lutut... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita..latihan asas tentera tu cam lemah sikit..hihihi..

      Delete
  3. Replies
    1. mcm best pulak bila baca pamphlet tu..rasa nk tulis semua..hihi...masa taip ni, teringat cerita perang...hehe..

      Delete
  4. orang muda mmg patut sertai askar wataniah ni...caril sedikit ilmu dlm bidang ketenteraan ia sgt berguna tika susah r senang tambah kala hadapi saat kritikal yg xdijangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong 100%..bidang ketenteraan ni displin tinggi..

      Delete
  5. Info ...Baca di blog saja tak payah cari di pps

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi info takde kt sini spt elaun (info penting ni..hihi)..

      Delete
  6. kecik-kecik dulu confuse ingat arwah ayah ada 2 kerja,rupa-rupanya join askar wataniah,kena panggil duty ms tragedi 13 mei,mmg bagus pasukan ni..sokong ramai-ramai join wp diri sendiri rasanya tak fit dah nk g military training ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jg yg jadi askar sukarelawan masa zaman perang dan darurat dulu...military training tu payah sikit..nak lari pun dah semput..

      Delete
  7. tidaaaaaak !!! eheheh tak boleh la geng2 yang ni hehe..
    dulu lecturer masuk dalam palapes eh palapes eh.. nangis2 tamo.. lastnya kena buat
    khidmat masyarakat 3 bulan.. xpalaaaaaa rela hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh geng..hehe..kalau akak pun pilih buat khidmat masyarakat..hihi...

      Delete
  8. Replies
    1. kasi gegarr..takdelah, cuma seronok baca pamphlet AW ni, rasa nk share info tentang persediaan perang..walaupun ada istilah2 militari yg tak faham..hehe..

      Delete
  9. Bagus ni. Untuk adik-adik yang minat nak jadi askar.

    ReplyDelete
  10. Dulu semasa di kampus, suka tengok rakan-rakan yang bersemangat sertai askar simpanan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka tengok time kawad...segak bergaya dgn uniform..

      Delete
  11. saya nak tahu uniform askar wataniah tahun 1971

    ReplyDelete
    Replies
    1. mnta maaf, takde maklumat..kena check website askar wataniah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!