Wednesday 23 September 2015

Makkah Yang Dirindui

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha 1436H.

In shaa Allah, esok, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan pada hari ini 9 Zulhijjah, para jemaah haji akan berwukuf di Arafah, bermula waktu Zuhr hingga Maghrib di Arab Saudi bersamaan lebih kurang pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam, waktu Malaysia. Diantara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa...

Mudzalifah

Hari Raya Aidil Adha juga mengingatkan kita kepada peristiwa agung yang berlaku di antara Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as, sebagai lambang pengorbanan dan ketaqwaan peringkat tertinggi. Di antara penceritaan kisah ini yang paling saya suka baca dan paling terkesan di hati ialah entry dalam blog Kereta Mayat Apabila Malaikat pun bertanya?
------------------------------
Suka untuk berkongsi artikel menarik mengenai Kota Makkah oleh Tuan Haji Mohamad Zaini Hassan dalam pamphlet Tabung Haji. Semoga bermanfaat..

Kota Suci Makkah Al-Mukaramah sentiasa dirindukan oleh hati jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, kota di mana turunnya wahyu-wahyu Ilahi kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w., kota di mana terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah Al-Musyarafah yang menjadi tanda kebesaran Allah swt. Selain itu kota ini adalah kota yang paling suci di atas permukaan bumi ini dan paling dicintai Allah dan RasulNya. Ianya juga adalah tanah tumpah darah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan menjadi pusat terpancarnya Nur Allah di muka bumi ini. 

Abdullah bin 'Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: "Demi Allah! Kamu (wahai Mekkah) adalah tanah Allah yang terbaik, dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir daripada kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majahdan Tirmidhi).

Ibn 'Abbas pula berkata: Rasulullah saw bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orang -orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain".

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan berbagai nama yang berjumlah sebelas kesemuanya, diantaranya ialah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura, Al-Baidah Al-Tayyibah dan sebagainya.

Bahkan Allah swt pun bersumpah dengan kota suci ini, dan memberikan kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota-kota lain di dunia ini.

Kehendak Allah Yang Maha Kuasa dengan meletakkan Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan Kota Suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam di sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arahnya sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam, dan menjadi tempat untuk seluruh kaum muslimin sedunia datang berhaji dan umrah.

Mudzalifah

Dipinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur, turunnya wahyu Ilahi yang pertama iaitu Surah Al-Alaq. Di sini jugalah menjadi tempat Nabi Muhammad menyendiri dan beribadat kepada Allah swt.  Setelah itu berturut-turut wahyu Ilahi turun kepada Nabi Besar kita melalui Malaikat Jibril Al-Amin, sehingga ayat-ayat suci Al-Quran yang turun di kota ini dinamakan Surah Makkiyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.

Makkah terletak lebih kurang 80 kilometer dari pantai, dikelilingi oleh banjaran bukit-bukau dari semua sudutnya kecuali tiga laluan yang sempit.  Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim yang membawa isterinya Siti Hajar serta anaknya Nabi Ismail, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah pedagang. Tempat itu adalah lembah gersang tanpa air dan tanpa tumbuh-tumbuhan.

Setelah munculnya perigi zam-zam lahirlah Kota Makkah apabila suku Jurhum datang beramai-ramai untuk hidup bersama-sama Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. Keturunan Nabi Ismail yang berkahwin dengan gadis dari suku kaum ini terus berkembang dan di antaranya ialah kaum Arab Quraisy, iaitu suku kaum Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Jurhum ini membuat perkampungan di Bukit Qu'aiqu'an yang dikenali sekarang ini sebagai Jabal Hindi.

Di antara penduduk awal Kota Makkah ialah kaum atau puak 'Amaliqah, yang berasal dari Yaman.  Mereka membuat kampung di Jiyad dan memerintah di sebelah bawah Makkah (al-Misfalah).

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail membangunkan Kaabah, Kota Makkah terus berkembang dan sangat dipandang mulia oleh orang-orang Arab.

Di samping menjadi kota ibadah, Kota Makkah ketika itu turut menjadi kota perdagangan dan kota kesenian di mana pertandingan membaca puisi dan syair sering diadakan.  Ia juga berperanan sebagai pusat media di mana berita dan maklumat disebarkan.  Orang-orang Arab ketika itu juga menjadikan Kota Makkah sebagai tempat mereka mengadakan perjumpaan, persidangan dan mengikat perjanjian.

Begitulah kebesaran dan kekuasaan Allah swt.  Dari lembah yang gersang tanpa penghuni bertukar menjadi kota yang menjadi kerinduan bagi setiap umat Islam sedunia. 

 kenangan di Kota Makkah - ada pulak yang interframe..

 kenangan di airport Jeddah

*gambar2 lama - disnap terus dari dalam album gambar

Selamat pulang ke kampung halaman bagi mereka yang beraya di kampung dan selamat beribadah korban

34 comments:

  1. rindu mekah kan mak., huhu2

    salam aidiladha maaf zahir batin .,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekah sentiasa dirindui...

      Salam Aidil Adha jg..

      Delete
  2. SALAM IDILADHA NOHAS...MAAF ZAHIR BATIN..PERKONGSIAN ILMU YG MENAFAAT..TQ.

    ReplyDelete
  3. Sayu bila tengok kaabah.
    Moga ada rezeki sampai ke sana.
    Salam AidilAdha Nohas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada rezeki akan ke sana jua, sooner or later..

      Salam Aidil Adha, Fidah..

      Delete
  4. Kakak g thn bila?
    #rinduBaitullah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Selamat menyambut hari raya aidil adha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..selamat hari raya aidil adha, sdr...

      Delete
  6. Salam AidilAdha...rindu kaabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha..gi haji pulak lepas ni..

      Delete
  7. salam aidiladha utk nohas
    akak pun rindu jugak kaabah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha, Kak Noor...baitullah sentiasa dirindui oleh umat Islam..

      Delete
  8. selamat menyambut aidil adha ... alhamdulillah , nohas sudah berjaya menunaikan rukun Islam . semoga saya akan sampai ke sana jua nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha..didoakan QV juga akan sampai ke sana..In shaa Allah..

      Delete
  9. Salam AidilAdha, hajjah nohas ;3

    ReplyDelete
  10. Salam Aidiladha, Sis Nohas. Besar ertinya Kota Makkah ini buat semua umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha, Farrah..kota Makkah sentiasa dirindui oleh umat Islam yg beriman..

      Delete
    2. Moga kita akan berpeluang utk menjadi tetamu-Nya lagi pada masa akan datang :)

      Delete
    3. amiin..in shaa Allah, nak jg tengok Mekah yg sekarang..dah semakin luas kwsn Masjidil Haram..

      Delete
  11. Selamat Hari Raya Aidiladha,moga diundang lagi menjadi tetamu Allah di kota suci ini.Tahun ni banyak mencatatkan sejarah yang sedih di sana,moga para jemaah yg selamat terus berada dalam lindungan Allah dan yang telah pergi kembali dalam keadaan husnul khatimah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha, Ayda...aamiin..
      semoga para jemaah dpt menghabiskan rukun & wajib haji dgn sempurna..

      Delete
  12. selamat hari raya aidiladha.. moga diundang menjadi tetamuNya 1 hari nanti..insya Allah

    ReplyDelete
  13. kalau ikut giliran lambat lagi CT satu keluarga punya giliran..
    tapi nak pegi buat umrah dlu.. doakan2 ya.. mudah2an ada rezeki kami 1 fam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga niat SYM 1 fam ke tanah suci utk haji dan umrah dimakbulkan Allah swt....aamiin..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!