Friday, September 4, 2015

Souka Mukha on 30 Ogos

Assalamualaikum..tinggal sekejap kisah Thai odyssey, kita beri laluan entry terlajak ni..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah, di dalam nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda..perjuangan mereka yang tiada tandingnya dalam menegakkan agama Allah di mukabumi ini menjadikan Islam itu subur di merata dunia..

Entry sempena birthday pada 30 Ogos, happy birthday to me...sebenarnya jarang celebrate birthday, dah tua-tua ni, birthday is JAD..just another day..

Syukran pada bloggers yang wished me on that day..Kak Paridah Ishak yang ada mention my birthday dalam entry dia, rupanya birthday saya sama dengan cucu kak PI.. xiexie, toche toche..nhhas Huda (syukran kerana selalu ajak akak pergi majlis ilmu - semoga Allah memberkatimu sentiasa) dan Bunda_nora..thank you..gracias..

Takde party yang grand2, birthday cake, tiup2 lilin segala...cuma makan lempeng saja..huhu..maklumlah orang kampung...

 inilah lempengnya

nama glamernya
pancake gulung stuffed with banana and topped with 
grated coconut and ice-cream

Minum air ni..fresh lemon lime bitter soda..

ada lemon, ada air limau kasturi, daun pudina and fizzy soda
selalu makan lempeng, minum kopi O pekat, baru ngam
takpe, break the norm, dahaga sangat

Makan di Mukha Souka di Lorong Rahim Kajai 13, sederet dengan Kulcats Barrio, tapi lain bangunan. Kedai orang Islam ni. Mukha ialah satu nama tempat di negara Yemen.


Jom tengok restoran 
Cafe ni ada masuk dalam program JJCM TV3. Mukha ialah kedai kopi dan Souka ialah cake bakery..gabungkan sekali di dalam satu kedai. Ada juga jual nasi arab..Gulf Rice. Next time boleh try.

Lepas makan, pergi buat bekam di Akubekam. Tujuan utama datang ke sini. One of my health regimes, ialah berbekam. Dalam entry Jom Bekam, lokasinya lain, corner lot. Ya, betul, Akubekam dah pindah ke sini, dibelakang lokasi yang lama.

Cari kedai kek Kulcats, nampaknya dah takde, diganti dengan kedai sports.

Akubekam & Kulcats Barrio

apa churros tu?
orang KL panggil cakoi, 
orang Perak panggil kundas

ingatkan kedai burger, rupanya kedai gunting rambut

sekian saja, aktiviti pada 30 Ogos..JAD..

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk, dan dari doa yang tidak didengari, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari ilmu yang tidak bermanfaat.  Aku berlindung kepada-Mu dari empat keburukan tersebut"

(Riwayat at-Tirmizi daripada Ibnu Umar r.a.)

26 comments:

  1. Happy belated birthday Nohas....... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....

    ReplyDelete
  2. Oh... kakak terlewat but still nak wish juga happy belated birthday dear:)
    Lempeng special mana nak sama dgn lempeng kakak yg buat sendiri kat rumah cecah dgn sambal tumis tau... ini ada topped with grated coconut dan pisang lagi:)

    Apa pun restoran kalau dah masuk JJCM TV3 mesti akan jadi tumpuan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, luv...lempeng akak buat mesti sedap, homemade, authentic..the real one..yg ni fusion style..kalau tk masuk JJCM, tak tau ada kedai ni...pergi area ni just utk berbekam je..

      Delete
  3. Happy belated birthday...moga beroleh keberkatan dalam usia yang berlalu dan akan datang dan dianugerahkan ketenangan serta kebahagiaan dunia dan akhirat...nampak sedap lempeng tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..syukran, Ayda...memang sedap lempeng tu, boleh try bila ke sini..

      Delete
  4. HAPPY BIRTHDAY NOHAS...WAH MAKAN PANCAKES SPECIAL SEDAP TU..DIDOAKAN SENTIASA SHT SJHTERA MENERUSKAN KHIDUPAN DGN RIANG GEMBIRA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..terima kasih Kak PI...dah byk kali ke kawasan ni, baru first time makan pancake ni...sedap kak, nanti boleh try buat..

      Delete
  5. Sanah helwah skali lagi kak....
    Semoga Allah berkati mu dunia dan akhirat...

    Insya Allah...

    ReplyDelete
  6. Jom kakak g mkn cheese nan... sy blanja jom
    .. putrajaya nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..nanti kita plan..Putrajaya pun boleh..

      yg famous kedai RSMY dkt ofis akak, depan Maju Junction..mana2 pun boleh..

      Delete
  7. Happy belated birthday sis~ :D

    lempeng strawberry special tu... much better than a cake (well, to me lah... saya tak minat makan kek sebenarnya, hehehe). bila birthday, saya akan cari domino's pizza atau baked macaroni, or just a plate of chicken chop, hewhew ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, plain..

      ya betul, cari benda lain selain drpd kek.. tapi kalau org belanja, makan juga..hehe..*nanti kecik ati pulok*..

      Delete
  8. Happy belated birthday. Hope not too late :)

    ReplyDelete
  9. ishh nape JM terlepas entri ni...happy belated besay sis Nohas...JM doakan sentiasa sihat dan ceria..g mkn sorang ke tu? x kan x de org temankan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks JM..aamiin..sorang je, matcham biasa (pinjam ayat tiga lalat)..hehe..sebab lepas tu nak gi bekam pulak..lama tuu kalau org nak tunggu..

      Delete
  10. Wah dah lambat baru nampak.. Selamat Puja usia. Semuga Allah sentiasa melimpahi dan merahmati Kehidupan Nohas. Dimurahkan rezeki dipanjangkan usia sentiasa diberkati kehidupan seharian. Umur yang bertambah mengingatkan kita usia yang semakin kurang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..terima kasih..aamiin..betul tu, semakin meningkat usia, semakin hampir kita ke alam yg berikutnya..

      Delete
  11. betullah , bila dah tua ni kan , mcm tak rasa apa bila sampai tarikh dilahirkan . nak khabar kat org pun mcm kita cari tumpuan lak ... selamat menyambut hari lahir . semoga perjalanan yang entah bila akan berhenti itu akan terisi dengan amal ibadah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat...dlm whatsapp group, dlm fb, tak letak birthdate..
      aamiin..syukran, semoga sisa-sisa hidup ni dipenuhi dgn amal ibadah kepadaNya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...