Wednesday 7 October 2015

Taman Negara: Lubok Simpon and Night at the Jungle

Masih lagi di hari pertama di Mutiara Taman Negara. Petangnya aktiviti santai, keluar dari chalet, lepak-lepak tepi sungai, depan Restoran Seri Mutiara. 

Tengok ramai staff resort yang berbaju hijau daun pisang dok duduk-duduk di sini. Rupa-rupanya mereka sedang menunggu untuk buat persembahan selamat datang pada satu kumpulan guest yang akan check-in..

 yang ditunggu sudah tiba
yang dikiri sekali tu, Mr Sathi, operation manager


menarik juga persembahan mereka ni, muzik orang asli

tengah diskus untuk aktiviti di sini
notice board tu ada papar package aktiviti oleh resort
ada rapid shooting, canopy walk, night jungle walk
a boat trip to Lata Berkoh dan lawatan ke kampung orang asli
 
Untuk aktivit petang ni, mula-mula tu nak pergi ke kampung orang asli. Kenalah pegi kan, mana aci, kat Chiang Mai, pergi kampung orang asli mereka, kat sini kenalah pergi tengok juga..support local people. Orang asli di Kuala Tahan ialah suku kaum Bateq, salah satu kaum Negrito. 

 suku kaum Bateq
source: astroawani

Tapi memandangkan tak ramai yang nak pergi, takde group lain yang ikut, so tak jadi pergi.

 ayam yang jinak jalan-jalan tepi kitaorang

Diskus lagi, last-last, setuju ambik tiga aktiviti iaitu night jungle walk, canopy walk dan a boat trip ke Lata Berkoh. Malam ni buat night jungle walk, boat trip pada petang Sabtu dan canopy walk pada pagi Ahad. Bayar masa nak check-out, ada baiknya juga macam ni...huhu..

Nak masuk ke Taman Negara, kena ambik permit dari Jabatan PERHILITAN. Jom kita ke pejabat PERHILITAN. Dekat je, dalam kawasan resort ni juga..

pejabat PERHILITAN

Isi borang, kemudian bayar RM1.00 untuk permit dan RM5.00 untuk kamera.

kadar bayaran

Kemudian ke Kelah Square, di sebelah pejabat ni..ikan kelah dalam akuarium yang dah berlumut..antara nampak dengan tidak ikan kelahnya, blur je..

banyak betul ikannya, besar-besar pulak tu
goreng pun sodap ni

Adalah tiga akuarium, lepas tu tak tau nak pergi mana lagi..terjumpa dengan staff tadi, dia kata boleh pergi ke Lubok Simpon, tak jauh dari sini, lebih kurang satu kilometre je..

 Banyak betul tempat menarik

Memandangkan banyak masa lagi, kami pun bercadang ke Lubok Simpon..menapaklah ikut camping site..masuk hutan, jungle-trekking yang pertama tapi jalan atas platform kayu yang dibina di sepanjang jalan..Alhamdulillah, takde lah takut digigit pacat dan yang seangkatan dengannya..

 jungle trekking ke Lubuk Simpon

Tapi jalan-jalan, tak sampai-sampai juga, dah jauh masuk dalam hutan, dah lebih dari satu kilometer ni....akhirnya bila sampai kat satu sungai kecik, kena turun tangga,  menyeberang sungai, kemudian kena panjat tangga pula..surrender, semua setuju untuk patah balik je...nak turun tangga tu dahlah menjunam kebawah, nak naik balik pun tinggi juga..lebih baik simpan tenaga untuk night jungle walk...so, takdelah story tentang Lubuk Simpon ni..

On the way balik chalet, nampak seekor tupai ni..cutenya..

------------------------------------------------
Pukul 8.30 malam, berkumpul di depan pejabat untuk aktiviti meredah hutan di waktu malam. Jengok ke bawah, tengok ramai orang berkumpul, depan restoran..rupa-rupanya ada ni..

 seekor tapir sedang makan kulit tembikai

jinak sungguh, namanya Tahan, lebih popular dari artis
ramai yang nak bergambar

Dah bergambar dengan Tahan, naik balik ke pejabat. Tiba-tiba terdengar orang perempuan menjerit dari arah kanan..rupa-rupanya ada seorang Mat Salleh perempuan kena patuk ular. Bukan ke kena patuk ular ni, ada orang nak masuk meminang? ohh...itu mimpi..hihi..Ular ni tengah cari port untuk tidur...hee..menakutkan..

ular tidur berbelit kat pokok

OK, aktiviti night jungle walk bermula. Sila bawa lampu suluh sendiri sebab resort tak sediakan lampu suluh. Tour guide bagi taklimat, motif utama night jungle walk ni ialah untuk tengok serangga. Serangga pun seranggalah..mungkin serangga di sini lain dari yang biasa kita jumpa..

Ada beberapa group lain yang sama-sama buat aktiviti ni. Sesak juga di atas laluan platform. Laluan night jungle walk ni macam separuh bulatan, ada kumpulan yang datang dari sebelah barat, kami datang sebelah timur. Bertembung atas platform..

Naik ke viewpoint untuk tengok haiwan-haiwan liar seperti rusa, harimau datang malam-malam untuk jilat garam (salt lick) atau jenut atau sira gajah. Info tentang sira gajah ni boleh baca dalam entry adik Sobri Explorasi Khazanah Hutan Belum Temenggor - Sira Gajah..

Adalah seekor rusa yang datang, suluh guna torchlight, tapi sebab saya ni rabun jauh, lagipun suasana kabur, takdelah nampak sangat..

Inilah saja serangga yang nampak jelas di malam hari..

mentadak mentadu, bagaimana engkau tidur?

Lebih kurang sejam lebih juga aktiviti ni..sampai di hotel, ada lagi Tahan, berjalan nak masuk restoran pula..


Balik chalet, berehat, sebelum tidur, bukak fail, study sikit, prepare untuk tugasan rasmi esok hari. Thanks for reading..

30 comments:

  1. Itulah ayam pegar... Harapkan pegar, pegar makan padi...

    Nak kena pergi ke sini juga nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..itu ayam pegar...x pernah tengok seblm ni..

      kena pegi Tmn Negara ni, pelancong asing yg ramai dtg sini...

      Delete
  2. Eii gelilah... tengok ular berbelit2 kat pokok camtu. Saya pun takut dengan mentadak mentadu tu... geli tengok tangan dia yang panjang mengapai-gapai. Kawan saya pernah masuk hutan taman negara ni... katanya pacat besar-besar dan boleh 'melompat' naik ke kaki kita... betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg geli tengok ular tu, selepas kejadian tu, bila lalu kwsan ni mlm2, bawa torchlight suluh atas jalan...mentadak mentadu tu kiut..hihi..

      takde pulak jumpa pacat..sbb jln atas platform kayu..mungkin bhg lain Taman Negara ada kot..

      Delete
  3. Kakak terpikat ayam mutiara yg jinak itu. Kalau dapat sepasang boleh membiak agaknyg. Kenapa tak tangkap No hihi... Squirrel pun dpt dicapturedkan. Tangkas kakak perhatikan No dlm bab memfokus camera. Menarik utk ditatap yg membaca entri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jinak ayam tu, kak..lalu-lalang tepi kitaorang...memang rasa nk tangkap bawak balik KL..hihi..ada gambar2 dlm entri Taman Negara ni, bos saya yang ambik mcm gambar tupai tu, dia guna DSLR...camera sy takleh nak zoom, dah kaput..cilok gmbr dia tapi buh watermark saya..hihi..

      Delete
  4. Oh itu namanya ayam Pegar ya... patutlah lain daripada ayam biasa. Tahan tu bukan main lagi jinak sungguh. Ular melengkor.... huhuhu cabut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tau jg...hihi..Tahan tu dah dilepaskan dlm hutan tapi tak pandai cari makan sendiri dlm hutan sbb tu merayau2 kat kwsn resort ni..

      Delete
  5. Replies
    1. memang takutt..dah dkt hutan, expect the unexpected...

      Delete
  6. tapir mmg banyak kat hutan phg ni kdg ada yg mati dilanggar kereta di tepi lebuhraya...apalagi kat taman negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapir ni seekor saja yg selalu dtg cari makan kt resort..tak reti nak berkubang dlm lumpur, sbb tu badan dia ada byk kulat..kata guide..

      Delete
  7. Replies
    1. ular melengkor tido...best, dapat pergi sekali pun jadilah...

      Delete
  8. wah pengalaman menarik meneroka khazanah alam yg berharga...tapir tu sampai dah tak heran dgn orang...tp part reptilia tu mmg ngeriii....apa khabar la mangsa patukan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangsa patukan tu dibawa ke klinik kesihatan di seberang sungai...tapir tu tetamu tetap resort, dah tak kisah dgn orang ramai..

      Delete
  9. Tak pernah pulak tengok ayam macam tu

    ReplyDelete
  10. mobile phone pon kene ade lesen rm5 tuuuu., huhu2

    ReplyDelete
  11. seronok nya lah menikmati alam semulajadi ni... dah lama tak masuk resort dlm hutan ni.. jinak nya Tapir.. senang juga nak bergambar erk... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat jinak, selamba tapir je jenjalan kat resort ni...ni betul2 resort dlm hutan, mcm2 haiwan datang bertandang..

      Delete
  12. wow first time ni tengok gambar ayam/burung pegar... macam tu rupanya dia :3

    huhuu ada risiko boleh kena patuk ular... harap ular tu tak bahaya sangat, naya tourist tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun first time jg..cantik species ni...

      dah dkt hutan..mcm2 binatang yg kluar..org resort tu cakap ular tu tak bahaya sangat..mungkin jg..tgk pompuan yg kena patuk tu rileks je..

      Delete
  13. Eh eh ... tapir... first time tengok... hihihi...

    Pastu yg kelah square tu ... mcm kelah sanctuary kt kenyir tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelah square tu akuarium je...kelah sanctuary pun ada juga, ditepi Sungai Tahan..

      Delete
  14. oooookay tapir tu manja ka ? slalu nampak kat zoo ja.. ehehe..
    terlepas free dak penah tngk. tapi cem seram je kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapir yg ni tak pandai cari makan sendiri, sbb tu selalu datang cari makan kt kwsn resort ni..oklah, tak kacau org, org yg kacau dia..tapi takleh dekat2 sangat takut kena sondol..

      Delete
  15. Replies
    1. yang ni the real one, pegi masuk hutan tengok haiwan..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!